Jumaat, 1 Oktober 2021

TATAHABAHASA SPM KSSM - PENGUKUHAN PERIBAHASA

SOALAN PERIBAHASA

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

 

                   “Minggu lepas, saya sekeluarga telah pergi ke Hutan Lipur Sungkai Congkak.    Keadaan di sana amat menyedihkan.  Hati saya bagai kaca terhempas ke batu, “ kata Rosmawati

“Betulkah begitu, Rosmawati?

                    “Betul, Hasnul.  Banyak prasarana yang disediakan telah rosak dan diconteng.  Mereka tidak menghargai langsung kemudahan yang disediakan malah merosakkannya pula.  Sikap mereka ini seperti kera mendapat bunga.  Buka sahaja perlakuan vandalisme, sampah sarap pula terdapat di mana-mana.

                       “ Ye betul tu, sepatutnya, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh kepada anak-anak agar menjaga kebersihan kawasan rekreasi bak kata orang tua-tua, bagaimana acuan begitulah kuihnya,” tambah Hasnul.

                        “Tanggungjawab dan kesedaran menjaga tempat awam perlulah dididik sejak kecil seperti peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” kata Rosmawati.


   Senaraikan empat peribahasa dan kemudian;

a)       Beri maksud peribahasa tersebut

b)      Bina ayat anda sendiri menggunakan peribahasa tersebut

c)       Beri peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Jawapan:

Peribahasa

1. bagai kaca terhempas ke batu

2. seperti kera mendapat bunga

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya

 

Maksud

1. bagai kaca terhempas ke batu-Hati yang hancur kerana dukacita.

2. seperti kera mendapat bunga-Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya-Seseorang anak itu akan mengikut perangai ibu bapa.

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya-Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Ayat

1. bagai kaca terhempas ke batu-Ali berasa sangat sedih akibat kematian kucing peliharaannya bak kata peribahasa bagai kaca terhempas ke batu.

2. seperti kera mendapat bunga-Ali yang tidak menghargai jasa ibu bapa boleh dikaitkan dengan peribahasa seperti kera mendapat bunga.

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya-Ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku diri kerana anaklah yang akan mencontohi sikap mereka bak kata peribahsa bagaimana acuan begitulah kuihnya.

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya-Amalan menabung haruslah dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Peribahasa sama maksud:

1. bagai kaca terhempas ke batu-bagai dihiris dengan sembilu

2. seperti kera mendapat bunga-bagai kera diberi kaca

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya- ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi √/Bapa borek anak rintik

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya-  sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.













TATABAHASA - PENGUKUHAN SINTAKSIS DAN MORFOLOGI



2. SOALAN MORFOLOGI

Kata Dasar

Kata Nama Terbitan

Kata Majmuk

Bina Ayat

(i) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata dasar bagi 4 perkataan berimbuhan yang dicondongkan dan dihitamkan.  Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

            Industri pelancongan sudah diketahui oleh umum sebagai sektor yang menyumbangkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.  Untuk memperkasakan sektor pelancongan domestik, lebih banyak tenaga mahir dan berpengalaman luas diperlukan oleh Malaysia dari semasa ke semasa.  Selaras dengan perkembangan itu, pelbagai program pengajian yang berkaitan dengan bidang perhotelan dan pelancongan ditawarkan oleh banyak institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta, khusus bagi merka yang berhasrat untuk mendalami bidang tersebut.

a)      kata dasar

i.sumbang   

ii.perkasa

iii.kembang

      iv.kaji √  

     Bina ayat


     i.sumbang-

Mereka ditangkap kerana berkelakuan sumbang di khalayak ramai.

Wang tunai dan barang-barang dapur telah saya sumbang kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir kilat.

ii.perkasa-

Laksamana Hang Tuah merupakan seorang hulubalang Melayu yang gagah perkasa.

iii.kembang- 

Biskut yang dimasukkan oleh adik ke dalam air kopi itu menjadi kembang.

Bunga-bunga yang sedang kembang di taman itu berwarna-warni dan berbau harum.

iv.kaji-

Sila  kaji semula permohonan modal daripada pihak penduduk tempatan supaya tidak ada yang tertinggal. √   – ayat perintah


a)    (ii)  Senaraikan tiga kata nama terbitan.

Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

i.                    pertumbuhan-

Industri pertanian dan perindustian dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

ii.                  pengajian-

Abang Aiman bertolak ke England untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran.

iii.               perhotelan-

Sektor perhotelan di Malaysia menjadi terkenal kerana menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pelancong domestik dan luar negara.

 

(iii) Senaraikan tiga kata majmuk.

Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                    industri pelancongan-

Industri pelancongan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara terutama melalui kemasukan pelancong asing.

ii.                  tenaga mahir

-Tenaga mahir amat diperlukan dalam perkembangan teknologi pelbagai bidang.

iii.               institusi pengajian tinggi-

          Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal di Malaysia.