2. SOALAN MORFOLOGI
Kata Dasar
Kata Nama Terbitan
Kata Majmuk
Bina Ayat
(i) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata dasar bagi 4 perkataan berimbuhan yang dicondongkan dan dihitamkan.
Industri
pelancongan sudah diketahui oleh umum sebagai sektor yang menyumbangkan
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Untuk memperkasakan sektor pelancongan domestik, lebih
banyak tenaga mahir dan berpengalaman luas diperlukan oleh Malaysia dari semasa
ke semasa. Selaras dengan perkembangan
itu, pelbagai program pengajian yang berkaitan dengan bidang
perhotelan dan pelancongan ditawarkan oleh banyak institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta, khusus
bagi merka yang berhasrat untuk mendalami bidang tersebut.
a) kata dasar
i.sumbang
√
ii.perkasa√
iii.kembang√
iv.kaji √
Bina ayat
i.sumbang-
Mereka ditangkap kerana berkelakuan sumbang di khalayak ramai. √
Wang tunai dan barang-barang dapur telah saya sumbang kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir
kilat.
ii.perkasa-
Laksamana Hang Tuah merupakan seorang hulubalang Melayu yang gagah perkasa. √
iii.kembang-
Biskut yang dimasukkan oleh adik ke dalam air kopi itu
menjadi kembang.
Bunga-bunga yang sedang kembang
di taman itu berwarna-warni dan berbau harum.
iv.kaji-
Sila kaji semula permohonan modal daripada pihak penduduk tempatan supaya tidak ada yang tertinggal. √ – ayat perintah
a) (ii) Senaraikan tiga kata nama terbitan.
Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar
tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas
i.
pertumbuhan-√
Industri pertanian dan perindustian dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara. √
ii.
pengajian-√
Abang Aiman bertolak ke England untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran. √
iii.
perhotelan-√
Sektor perhotelan
di Malaysia menjadi terkenal kerana menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pelancong domestik dan luar negara. √
Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar
tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
industri pelancongan-√
Industri
pelancongan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara terutama melalui kemasukan pelancong asing. √
ii.
tenaga mahir√
-Tenaga mahir
amat diperlukan dalam perkembangan teknologi pelbagai bidang. √
iii.
institusi pengajian tinggi-√
Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.