Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya.
“Minggu lepas, saya sekeluarga
telah pergi ke Hutan Lipur Sungkai Congkak. Keadaan di sana amat menyedihkan. Hati saya bagai kaca terhempas ke batu,
“ kata Rosmawati
“Betulkah begitu, Rosmawati?
“Betul, Hasnul. Banyak prasarana yang disediakan telah rosak
dan diconteng. Mereka tidak menghargai
langsung kemudahan yang disediakan malah merosakkannya pula. Sikap mereka ini seperti kera mendapat bunga. Buka sahaja perlakuan vandalisme, sampah
sarap pula terdapat di mana-mana.
“ Ye betul tu, sepatutnya,
ibu bapa perlulah menunjukkan contoh kepada anak-anak agar menjaga kebersihan kawasan
rekreasi bak kata orang tua-tua, bagaimana acuan begitulah kuihnya,” tambah
Hasnul.
“Tanggungjawab dan kesedaran menjaga tempat awam perlulah dididik sejak kecil seperti peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” kata Rosmawati.
Senaraikan empat peribahasa dan kemudian;
a)
Beri
maksud peribahasa tersebut
b)
Bina
ayat anda sendiri menggunakan peribahasa tersebut
c)
Beri
peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Jawapan:
Peribahasa
1. bagai kaca
terhempas ke batu √
2. seperti
kera mendapat bunga √
3. bagaimana
acuan begitulah kuihnya √
4. melentur
buluh biarlah dari rebungnya √
Maksud
1. bagai
kaca terhempas ke batu-Hati yang hancur kerana dukacita. √
2. seperti
kera mendapat bunga-Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain. √
3.
bagaimana acuan begitulah kuihnya-Seseorang anak itu akan mengikut perangai ibu
bapa. √
4. melentur
buluh biarlah dari rebungnya-Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. √
Ayat
1. bagai
kaca terhempas ke batu-Ali berasa sangat sedih akibat kematian kucing
peliharaannya bak kata peribahasa bagai kaca terhempas ke batu. √
2. seperti
kera mendapat bunga-Ali yang tidak menghargai jasa ibu bapa boleh dikaitkan
dengan peribahasa seperti kera mendapat bunga. √
3.
bagaimana acuan begitulah kuihnya-Ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah
laku diri kerana anaklah yang akan mencontohi sikap mereka bak kata peribahsa
bagaimana acuan begitulah kuihnya. √
4. melentur
buluh biarlah dari rebungnya-Amalan menabung haruslah dipupuk oleh ibu bapa
kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya. √
Peribahasa
sama maksud:
1. bagai
kaca terhempas ke batu-bagai dihiris dengan sembilu √
2. seperti
kera mendapat bunga-bagai kera diberi kaca √
3.
bagaimana acuan begitulah kuihnya- ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi √/Bapa borek
anak rintik
4. melentur
buluh biarlah dari rebungnya- sedang
rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.