Rabu, 29 Disember 2021

LATIHAN RUMUSAN 6 - KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI DAN PUNCA MASYARAKAT KURANG BEREKREASI


Soalan 9 :  Rumusan

 

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan

 

Bahan 1 – Petikan

 

          Rekreasi ialah segala aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal dan pergerakan anggota badan di samping keupayaan mind, kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.  Rekreasi melibatkan aktiviti secara individu seperti bebasikal, dan secara baerkumpulan seperti bola sepak.  Walau apa-apa pun jenis aktiviti yang dijalankan, rekreasi memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan agar dapat dijalankan dengan jayanya.  Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti rekreasi mampu melahirkan keluarga bahagia dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.  Hal ini demikian kerana, ahli keluarga akan turut serta menjalankan pelbagai aktiviti dengan memainkan peranan masing-masing.  Selain itu, aktiviti rekrasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat kerana merweka dapat menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang.

          Amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan.  Sebagai contoh, apabila kita melibatkan diri dalam aktiviti sukan ekstrem seperti terjunan udara, tubuh badan kita akan berpeluh sekali gus dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.  Kesannya, penyakit kronik seperti sakit jantung, ldarah tinggi dan kencing manis dapat dielakkan.  Namun begitu, masyarakat hari ini sering beranggapan bahawa aktiviti rekreasi ini hanya membuang masa kerana terdapat sesetengah aktiviti rekreasi memerlukan tempoh masa yang lama untuk dilakukan.  Kesibukan masyarakat mengejar kemewahan duniawi menyebabkan mereka tidak berminat untuk melakukan aktiviti ini. 

          Akhir sekali , aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea dan buah fikiran dalam kalangan masyarakat.  Pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemimiran masyarakat.  Misalnya. Melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, sikap individualisme dapat dihaoyusjann dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar.  Aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat.  Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian  kerana sesungguhnya , minda yang cerdas terletak pada badan yang sihat.

             

                                     


BAHAN 2 - PANTUN




BAHAGIAN C : RUMUSAN

[ 30 markah ]

 

Markah penuh 30 dibahagikan kepada

a)      Isi                                -           20 markah

b)      Bahasa                         -           10 markah

 

a)      Isi [20 markah]

Nota :

i.    Panduan mengira perkataan :

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :

·         nama khas

·         perkataan berulang

·         penggunaan kata sendi di dan ke

·         tarikh

·         angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

·         gelaran

·         penanda wacana

·         peribahasa/ slogan

ii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.

iii  Berikan 2 markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

iv  Rumusan mesti mengandungi pendahuluan, 8 isi tersurat dan

kesimpulan 

                   v  8 isi tersurat diambil daripada Bahan 1 dan Bahan 2 dan                                      menyentuh semua fokus 

b)      Bahasa [10 markah]



Pendahuluan

 

P1.    Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1) dan punca / sebab / faktor masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan(F2)                                                                                                                         - 2m

P2.    Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan/ faedah/ kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1)                                                                                      - 1m

 

 

Bahan 1

 

A1.    Melahirkan keluarga bahagia

A2.    Mampu mengeratkan hubungan silaturahim

A3.    Mampu memberi ketenangan jiwa kepada masyarakat

A4.    menyihatkan badan

A5.    Mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran

A6.    Sikap individualisme dapat dihapuskan

A7.    Semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakarkan

 

Fokus 2  Punca masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan

 

Bahan 1

 

B1.    Membuang masa

B2.    Kesibukan masyarakat mengejar kemewahan duniawi

 

Bahan 2

 

C1.    Remaja gemar bermain peranti / gajet / telefon bimbit / Internet

C2.    Tiada galakan daripada keluarga

C3.    Anggapan sukan merupakan aktiviti yang berbahaya

 

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan aktiviti berekreasi / bersukan agar masyarakat hidup sejahtera. 2m                                                 

Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama                         menggalakkan  masyarakat berekreasi. 1m


Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama                      menggalakkan aktiviti ini agar kesihatan masyarakat terjamin.- 0 m



  


        









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.