CONTOH
JAWAPAN ESEI
SOALAN
PERBANDINGAN DUA BUAH NOVEL
DI
SEBALIK DINARA DAN NOVEL SILIR DAKSINA
LATIHAN
1
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa menarik
daripada setiap novel tersebut. (6
markah)
Kehendak soalan.
Menghuraikan
satu peristiwa dari novel Silir Daksina
dan satu peristiwa daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa setiap peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman
dan novel dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara. Dalam kedua-dua novel ini terdapat beberapa
peristiwa yang menarik/menarik perhatian.
Antara peristiwa yang menarik dalam
novel Silir Daksina ialah ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa
Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid
dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang
balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan
semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap
kasih sayang dalam ahli keluarta. Umi
akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya
Abdullah kayan.
Manakala peristiwa yang menarik
dalam novel Di Sebalik Dinara pula ialah ialah peristiwa Azraai
telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung
intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga
keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah
rumah. Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab
dan kasih sayang yang besar seorang abang terhadap adiknya dengan sentiasa
menjaga keselamatan adiknya itu.
Demikianlah peristiwa menarik dalam
novel Silir Daksina dan Di Sebalik Dinara yang telah saya pelajari.
LATIHAN 2
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan SATU peristiwa
yang boleh dijadikan teladan daripada setiap novel tersebut. (6 markah)
Kehendak soalan.
Menghuraikan
satu peristiwa dari novel Silir Daksina
dan satu peristiwa daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa setiap peristiwa boleh dijadikan teladan dalam kehidupan –
gunakan frasa : Kita hendaklah….
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya pelajari dalam
tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina
karya Nizar Parman dan Di Sebalik Dinaran dalam tingkatan 4. Dalam novel-novel ini terdapat beberapa peristiwa yang boleh
dijadikan teladan dalam kehidupan.
Antara peristiwa dalam novel Silir
Daksina ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian
zapin Haiqal dan See Hwa Semasa persembahan
dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah
sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi
sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan
ayahnya. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menunjukkan
sikap kasih sayang dalam ahli keluarta.
Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin
ayahnya Abdullah Kayan.
Manakala dalam novel Di Sebalik Dinara pula,
peristiwa yang boleh dijadikan teladan
ialah peristiwa Farisha
memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah
ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk
mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun. Peristiwa ini
boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah mengamalkan sikap pemaaf terhadap
orang lain terutama keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih
tenang.
Demikianlah
peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 4 dan tingkatan 5
LATIHAN
3
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa dibahagian
peleraian cerita menggembirakan daripada setiap novel tersebut. (6 markah)
Kehendak soalan.
Menghuraikan
satu peristiwa di bahagian peleraian
cerita dari novel Silir Daksina dan satu peristiwa di bahagian peleraian cerita
daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa setiap peristiwa itu anda anggap menggembirakan
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman
dan novel dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara. Dalam kedua-dua novel ini terdapat beberapa
peristiwa yang menarik/menarik perhatian.
Antara peristiwa di bahagian peleraian yang menggembirakan
dalam novel Silir Daksina ialah ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa
Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid
dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang
balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk
menghidupkan semula pejuangan ayahnya.
Peristiwa ini menggembirakan saya kerana jelas menunjukkan sikap kasih sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya
merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah
kayan.
Manakala peristiwa yang menggembirakan
di bahagian peleraian cerita dalam novel
Di Sebalik Dinara pula ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl
yang sedang nazak. Farisha tetap
mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang
menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi
anak angkat selama 26 tahun. Peristiwa ini menggembirakan saya memaparkan sikap pemaaf
terutama kepada ahli keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih
tenang.
Demikianlah peristiwa menggembirakan
dalam novel Silir Daksina dan Di Sebalik Dinara yang telah saya pelajari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.