Selasa, 16 Ogos 2022

JAWAPAN ESEI NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 5


CONTOH JAWAPAN KBAT ESEI NOVEL – SILIR DAKSINA  KARYA NIZAR PARMAN

SOALAN  8(II)

LATIHAN 1.

(ii)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

            Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.  Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah kayan.

            Selain itu, peristiwa yang menarik seterusnya ialah Peristiwa ketabahan watak utama  Haiqal   menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas sendirian ke Johor kerana Uminya  tidak menyokong tindakan   tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan ketabahan dam kasih sayang seorang remaja untuk mengetahui kisah hidup arwah ayah kandungnya

            Peristiwa menarik yang terakhir ialah   peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan Ketika Haiqal di Kampung Sri Purnama.  Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim,   ayahnya seorang yang hebat. ..  Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat bantu-membantu tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan

            Demikianlah peristiwa menarik dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan 5

 

LATIHAN 2:

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaska tiga peristiwa yang wajar dijadikan teladan dalam kehidupan.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa boleh dijadikan teladan dalam kehidupan..

Gunakan frasa ..kita hendaklah

Contoh jawapan Esei:         

(ii)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

            Antara peristiwanya   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah Kayan.

            Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan teladan  seterusnya ialah  peristiwa  Haiqal  tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas sendirian ke Johor kerana Uminya  tidak menyokong tindakan   tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan  kerana kita hendaklah tabah menempuh cabaran dan rintngan untuk mencapai yang diingini.  Kita juga haruslah mempunyai perasaan  kasih sayang kepada keluarga terutama ayah dan ibu,

            Peristiwa  yang terakhir ialah   peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan Ketika Haiqal di Kampung Sri Purnama.  Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim,   ayahnya seorang yang hebat. ..  Peristiwa ini boleh dijadikan teladan  kerana dalam  kehidupan bermasyarakat kita hendaklah mengamalkan  semangat bantu-membantu tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan

            Demikianlah peristiwa yang boleh menjadi teladan dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan 5

 

  

 













5 ulasan:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.