BAHASA MELAYU KLASIK |
BAHASA
MELAYU STANDARD
|
Setelah datang
kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. |
Setelah bertemu dengan Patih Gajah Mada,
Kertala Sari duduk menyembah
|
Maka kata
Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil
anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, Jangan
tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri
Betara.
|
lalu Patih Gajah Mada berkata, "Wahai, anakku Kertala Sari, tujuan aku memanggil kamu adalah untuk menyampaikan pesanan bapamu kepada aku supaya mengasihimu kerana bapamu telah dibunuh ketika melaksanakan arahan Seri Betara." |
Akan
sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."
|
Sekarang aku hendak melantik kamu sebagai penggawa agung,”
|
Dipetik
daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Kementerian
Pendidikan Malaysi [6 markah] |
|
Khamis, 11 Ogos 2022
LATIHAN MENUKAR BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD
LATIH TUBI BAHASA MELAYU STANDARD
SET 2 (SPM 2021)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.