CONTOH JAWAPAN KBAT
ESEI NOVEL – DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR
SOALAN 8(II)
LATIHAN 1.
(ii) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji
, jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhaian anda.
Kehendak soalan.
Menghuraikan 3
peristiwa dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa
yang menarik/menarik perhatian.
Antara peristiwa yang menarik dalam
novel ini ialah peristiwa Azraai telah memasang retinal scanner di
apartment adiknya Farisha serta menyambung intercom apartment Farisha ke
telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga keselamatan adiknya memandangkan
di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah rumah. Peristiwa ini
menarik kerana jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab dan kasih sayang yang
besar seorang abang terhadap adiknya dengan sentiasa menjaga keselamatan adiknya
itu.
Selain itu, peristiwa yang menarik
seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani
menerima tawaran daripada Soft Lab untuk menggodam Sistem Dinara yang
bermasalah dengan bayaran yang sangat
lumayan iaitu 1.5 juta. Setelah melawat
Soft Lab,Farisha mendapati tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan
mencabar tetapi Farisha dengan berani telah menerima tawaran tersebut setelah
mendapatkan pandangan daripada abangnya Azraai. Peristiwa ini menarik kerana
memaparkan keberanian dan kebijaksanaan seorang Wanita dalam menghadapi sesuatu
tugas yang sangat mencabar dan berisiko.
Farisha yang genius berasa mampu meggodam Sistem Dinara dan mendapatkan
bayaran yang lumayan tersebut.
Peristiwa menarik yang terakhir
ialah Peristiwa Farisha
memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah
ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk
mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26
tahun. Peristiwa ini menarik kerana
memaparkan sikap pemaaf Farisah terhadap bapa dan ibu kandungnya walaupun
mereka telah melakukan perkara yang buruk kepadanya,
Demikianlah peristiwa menarik dalam
novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4.
LATIHAN
2:
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda kaji, jelaska tiga peristiwa yang wajar dijadikan
teladan dalam kehidupan.
Kehendak soalan.
Menghuraikan 3
peristiwa dengan jelas
Menyatakan
alasan mengapa peristiwa boleh dijadikan teladani dalam kehidupan..
Gunakan frasa
..kita hendaklah
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa
yang bolej dijadikan teladan dalam kehidupan.
Antaranya ialah peristiwa Azraai
telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung
intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga
keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah
rumah. Peristiwa
ini wajar boleh dijadikan teladan kerana sebagai seorang abang kita hendaklah
bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan ahli keluarga terutama adik beradik.
kerana jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab dan kasih sayang yang besar
seorang abang terhadap adiknya dengan sentiasa menjaga keselamatan adiknya itu.
Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan
teladan seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani menerima tawaran daripada Soft Lab untuk
menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran yang sangat lumayan iaitu 1.5 juta. Setelah melawat Soft Lab,Farisha mendapati
tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan mencabar tetapi Farisha dengan
berani telah menerima tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan daripada
abangnya Azraai. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah
berani menghadapi cabaran dalam kehidupan sekiranya hendak berjaya.
Peristiwa yang terakhir ialah
peristiwa Farisha
memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah
ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk
mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun. Peristiwa ini boleh dijadikan kerana kita
hendaklah mengamalkan sikap pemaaf terhadap orang lain terutama keluarga dan
bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang.
Demikianlah
peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 4.
LATIHAN 3
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang menyentuh perasaan
anda.
Kehendak soalan.
Menghuraikan 3
peristiwa dengan jelas
Menyatakan perasaan
anda (terharu/kagum/bangga/gembira/dsb dan alasan mengapa anda berperasaan sedemikian.
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa
yang menyentuh perasaan.
Antaranya ialah peristiwa Azraai
telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung
intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga
keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah
rumah. Peristiwa
ini menyentuh perasaan kerana saya berasa
kagum dengan tanggungjawab dan kasih sayang seorang abang yang menyayangi
adiknya dan setiasa menjaga keselamatan adiknuya.
Selain itu, peristiwa yang menyentuh
perasaan seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani menerima tawaran daripada Soft Lab untuk
menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran yang sangat lumayan iaitu 1.5 juta. Setelah melawat Soft Lab,Farisha mendapati
tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan mencabar tetapi Farisha dengan
berani telah menerima tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan daripada
abangnya Azraai. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana saya berasa kagum
dengan keberanian menghadapi risiko dengan menerima tawaran lumayan daripada
Soft Lab.
Peristiwa yang menyentuh perasaan
terakhir ialah peristiwa Farisha
memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah
ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk
mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26
tahun. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya terharu dengan sikap
pemaaf Farisha yang sanggup memaafkan bapa dan ibu kandungnya orang telah menanam pelbagai implant di kepala
Farsha semata2 memenuhi hasrat mereka untuk menjadikan Farisha anak yang bijak
Demikianlah peristiwa yang meyentuh perasaan dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4
LATIHAN 4
Berdasarkan
sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang menggembirakan
.
Kehendak soalan.
Menghuraikan 3
peristiwa dengan jelas
Menyatakan
alasan peristiwa tersebut menggembirakan anda/pembaca
Contoh
jawapan Esei:
Novel yang telah saya kaji dalam
tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa
yang menggembirakan.
Antaranya ialah peristiwa Azraai
telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung
intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga
keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah
rumah. Peristiwa
ini menggembirakan kerana saya berasa kagum dengan tanggungjawab dan kasih
sayang seorang abang yang menyayangi adiknya dan setiasa menjaga keselamatan
adiknuya.
Selain itu, peristiwa yang
menggembirkan yang seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani menerima tawaran daripada Soft Lab untuk
menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran yang sangat lumayan iaitu 1.5 juta. Setelah melawat Soft Lab,Farisha mendapati
tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan mencabar tetapi Farisha dengan
berani telah menerima tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan daripada
abangnya Azraai. Peristiwa ini menggembirakan kerana keberanian Farisha menghadapi
risiko dengan menerima tawaran lumayan daripada Soft Lab.
Peristiwa yang terakhir ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan
tetap melawat Karl yang sedang nazak.
Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl
dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga
Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.
Peristiwa ini menggembirakan
kerana sikap pemaaf Farisha yang sanggup
memaafkan bapa dan ibu kandungnya orang telah menanam pelbagai implant di
kepala Farsha semata2 memenuhi hasrat mereka untuk menjadikan Farisha anak yang
bijak
Demikianlah
peristiwa yang menggembirakan dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan
4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.