ANALISIS PERISTIWA NOVEL
DI SEBALIK DINARA
BAB 1
1. Latar tempat
1. Balai berlepas Lapangan Terbang senai
2. di kaunter daftar masuk Syarikat Penerbangan Malaysia
- Farisaha beratur di belakang seorang perempuan yang bercakap di telefon dengan nada suara yang tinggi tanpa mepedulikan orang di sekeliling dan di belakangnya seorang lelaki yang bercakap dengan bersopan santun
3. Di dalam pesawat -Farisha duduk bersebelahan dan berbual-bual Aqram dalam pesawat penerbangan ke kuala lumpur
4. Balai ketibaan KLIA – Farisha sampai dari Johor Bahru
5. Apartment Farisha – tempat tinggal Farisha dan rakannya Shida
6. Bilik Dr . Maxi – Aqram dan Dr Maxi membuat ujian DNA sample air liur Farisha dan hasil kajian mendapati Farisha merupakan orang yang dicari-cari oleh mereka.
Latar Masa: 10 malam – Farisha sampai ke apartmen nya dari KLIA
2. Watak:
Farisha
Dr Maxi
Aqram
Shida – rakan serumah
Farisha
Azraai – abang Farisha
3. Peristiwa
penting/peristiwa menarik/peristiwa menggembirakan/peristiwa yang menyentuh perasaan/peristiwa
yang mengejutkan/peristiwa yang memberi pengajaran/peristiwa yang memaparkan
nilai dalam kehdupan
Peristiwa1
Azraai abang Farisha telah
memasang Retinal Scanner di pintu masuk apartment Farisa untuk menjaga
keselamatan Farisha. Azraai juga telah
menyambung Intercom apartmen Farisha ke
telefon rumahnya. Tindakan abang Farisha bertujuan menjaga keselamatan Farisha
berikutan kejadian pembunuhan yang berlaku berdekatan dengan apartmen Farisha
Analsis peristiwa: KBAT
ANALISIS KBAT |
HURAIANNYA |
a) Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana… |
peristiwa ini menarik kerana jelas menggambarkan kasih sayang dan
tanggungjawab seorang abang untuk menjaga keselamatan adiknya walaupun bukan
adik kandungnya sendiri tetapi keselamatan sentiasa dijaga. |
b) Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana … |
Kita mestilah/sebagai abang kita mestilah sentiasa menjaga keselamatan
adik beradik/ahli keluarga kita daripada sebarang masalah dan bencana Kita hendaklah sentiasa saling menyayangi dan sentiasa menjaga
keselamatan ahli keluarga kita yang tercinta. |
c) Peristiwa menggembirakan… |
Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan
sikap dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh seorang abang yang sentiasa
memberi kasih sayang dan melindungi keselamatan adik |
d) Peristiwa menyentuh hati… |
Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana saya berasa kagum/terharu
dengan kasih sayang abang terhadap adik angkatnya sehingga sanggup berbuat
sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan adik sentiasa terjamin |
e) Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan… |
Peristiwa ini memaparkan nilai murini iaitu nilai kasih sayang seorang
abang kepada adiknya yang sentiasa menjaga keselamatan adik angkatnya dari
sebarang mara bahaya. |
|
|
Peristiwa 2:
Aqram berpura-pura
tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia
berjaya mengambil cawan kecil bekas minuman Farisha dan menguji kesan air liur
yang melekat pada cawan itu, Ujian DNA telah dibuat oleh Dr Maxi pada kesan air
liur yang melekat di cawan. Hasil ujian
tersebut menunjukkan mereka berjaya menemui Farisha yang akan menyelamatkan
Sistem Dinara.
Analisis KBAT
ANALISIS KBAT |
HURAIANNYA: |
a) Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana… |
peristiwa ini menarik kerana Jelas menggambarkan kebijaksanaan dalam
memastikan tugas berjaya dilaksanakan dan menggambarkan kecanggihan sains dan
teknologi apabila DNA seseorang boleh dikesan melalui ujian air liur sahaja |
b) Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana … |
Kita mestilah bijak berusaha untuk memastikan tugas dan matlamat dapat
dicapai dengan jayanya serta menggunakan ilmu sains dan teknologi dengan
bijak supaya mencapai kejayaan |
c) Peristiwa menggembirakan… |
Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan
kebijaksanaan Aqram mendapatkan sample DNA bagi memastikan Farisha lah orang
yang dicari-cari yang dapat membantu menyelamatkan sistem Dinara |
d) Peristiwa menyentuh hati… |
Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan
kebijaksanaan Aqram mendapatkan sample DNA bagi memastikan Farisha lah orang
yang dicari-cari yang dapat membantu menyelamatkan sistem Dinara |
e) Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan… |
Peristiwa ini memaparkan nilai murini iaitu nilai kebjaksanaan
menyelesaikan tugas dan kebijaksanaan menggunakan kemajuan sains dan
teknologi untuk kebaikan dalam kehidupan.
|
|
|
Peristiwa 3
Aqram boleh
mempengaruhi pemikiran orang lain dengan bertentang mata walaupun dia gagal
berbuat demikian terhadap Farisha.
Farisha memiliki
pendinding yang dipanggil WALL – menghalang mindanya dibaca oleh orang lain
Penciptaan Penetrato r
ilindder logam sepanjang 6 inci diberikan oleh Dr Maxi kepada Aqram untuk melemahkan
WALL yang dimiliki oleh Farisha.
Penetrator boleh berubah bentuk mengikut apa yang difikirkan oleh orang
yang memegangnya,
Aqram mempunyai jam
tangan yang berfungsi sebagai pusat kawalan elektronik. Hanya perlu menekan butang paling kanan untuk
mematikan semua alat elektronik yang dibawa oleh Aqram
a) Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana… |
peristiwa ini menarik kerana jelas menggambarkan kemajuan bidang sains
dan teknologi sehingga manusia mampu mencipta pelbagai peralatan yang dapat
membantu memudahkan tugas manusia dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam
kehidupan. |
Peristiwa 4:
Shida yang sedang berada di gelanggang skuasy segera balik
ke apartmennya dalam tempoh lima minit untuk membukakan pintu apartmen apabila
Farisha tidak dapat masuk ke dalam. Setelah mengimbas retinal scanner yang
dipasang oleh Azraai , mereka masuk ke dalam apartment
Analisis KBAT
ANALISIS KBAT |
HURAIANNYA: |
a) Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana… |
Shida kawan Farisha menunjukkan semangat persahabatan yang tinggi
sehingga bergegas balik ke apartment supaya Farisha tidak perlu menunggu
teralalu lama untuk masuk dan berehat. |
b) Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana … |
Sebagai kawan kita mestilah sentiasa mempunyai semangat persahabatan
yang tinggi dan sentiasa memudahkan urusan kawan |
c) Peristiwa menggembirakan… |
Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa gembira apabila
Shida berusaha untuk kembali ke apartmennya
dalam tempoh lima minit sahaja dan dengan itu Farisha yang baru pulang
dan kepenatan dapat segera berehat di apartmen mereka |
d) Peristiwa menyentuh hati… |
Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana saya berasa gembira apabila
Shida berusaha untuk kembali ke apartmennya
dalam tempoh lima minit sahaja dan dengan itu Farisha yang baru pulang
dan kepenatan dapat segera berehat di apartmen mereka |
e) Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan… |
Peristiwa ini memaparkan nilai murni iaitu setiakawan kerana berusaha
untuk memudahkan urusan kawan kita |
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.