Selasa, 23 Mei 2023

RUMUSAN KSSM - TEMA KAEDAH/STRATEGI MEMILIH PEKERJAAN DI PASARAN



  

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

 

Bahan 1 – Petikan

          Selepas tamat belajar, setiap individu mestilah mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan mereka demi masa depan.  Pada masa ini, bukan mudah mendapatkan pekerjaan jika tidak kena cara dan gayanya.  Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh seorang pencari kerja terutamanya peluang kerja yang kurang berbanding minat sesorang pencari kerja.    Hal ini ditambah pula dengan kegawatan ekonomi, dan kelulusan atau kelayakan yang tidak seiring dengan kehendak bidang pekerjaan.

 

          Bagaimanapun, seseorang pencari kerja mestilah memikirkan pelbagai kaedah dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan.  Mereka mestilah mengetahui jenis pekerjaan yang terdapat di pasaran.  Mereka juga mestilah menyesuaikan pekerjaan tersebut dengan kelulusan yang dimiliki dan sepadan pula dengan syarat yang diperlukan untuk memperoleh pekerjaan yan diingini.  Di samping itu, penyelidikan dan pencarian berkaitan pekerjaan serta organisasi yang menawarkan pekerjaan mestilah diambil kira oleh seseorang pencari kerja.  Kemudian, seseorang itu juga mesti membuat analisis dan senarai pendek pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelulusan.  Sikap positif dan proaktif dalam mencari dan menghidu peluang mestilah ada bagi seorang pencari kerja agar senang memperoleh pekerjaan.

 

          Setiap pencari kerja mestilah mendapatkan pelbagai info menerusi media masa yang selalu memaparkan iklan.  Rakan-rakan yang bekerja juga boleh dijadikan tempat untuk bertanya soal pekerjaan.  Seseorang pencari kerja juga boleh pergi ke tempat-tempat atau organisasi yang menawarkan pekerjaan bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan.  Seterusnya seseorang itu perlu memastikan bahawa pekerjaan yang dicari itu adalah pekerjaan yang diminati.  Hal ini demikian, kerana minat akan menentukan seseorang itu berpuas hati dengan kerja yang dilakukan.  Seseorang itu menjadi sayang akan pekerjaan yang dilakukan.  Jika tidak  berjaya, carilah pekerjaan yang ada potensi untuk menimbulkan minat diri.  Tegasnya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum seseorang itu terjun ke bidang pekerjaan.  Sebelum bekerja, seseorang tiu perlu membuat pelbagai kajian demi memperoleh pekerjaan yang menjamin masa depan.

Dipetik dan diubah suai daripada “Tips mencari pekerjaan”  Berita Harian. 

TEMA :  Usaha/kaedah untuk memilih pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pencari kerja

Fokus 1 –  

Fokus 2 –  


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.