BAHAGIAN C: RUMUSAN
SPM 2021
[30 markah]
9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tapa mengubah maksud asal petikan.
BAHAN 1 - PETIKAN
Tanggal 16 Mei pada setiap
tahun menjadi hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga bergelar guru atau
panggilan keramatnya, 'cikgu'. Pada hari tersebut, sambutan hari guru diadakan
sebagai tanda kita menghargai jasa dan pengorbanan golongan guru. Antara
aktiviti sambutan hari guru adalah dengan mengadakan pelbagai persembahan
menarik untuk menggembirakan hati guru. Tidak cukup dengan Guru yang tidak
lekang di bibir mereka.
Peranan guru dilihat sebagai
individu yang membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Hal in dikatakan
demikian kerana mereka sangat berharap agar anak didik yang diasuh menjadi
manusia yang berguna. Selain itu, guru mendidik murid-murid menghindari
keburukan agar mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, walaupun
sesekali murid terpaksa dihukum tetapi tindakan itu diambil demi kebaikan
mereka. Keikhlasan guru dalam mendidik telah menjadikan mereka mampu tersenyum
puas apabila melihat kejayaan anak didiknya.
Selaku manusia yang bermaruah, kita harus bertanya kepada diri sendiri, adakah kita masih ingat kepada orang yang pernah mengajar kita suatu masa dahulu? Kita seharusnya bertanya khabar dan menziarahi mereka walaupun sudah berjawatan tinggi selain menitipkan doa kepada mereka agar sentiasa sejahtera. Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan, jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan kerana hasil didikan guru telah meletakkan mereka pada kedudukan sekarang. Semua perkara ini sebagai bukti untuk menghargai jasa guru selama ini. Jadi, janganlah kita berasa sombong dengan pencapaian kita pada hari in kerana sejarah kejayaan seseorang dimulakan oleh seorang guru biasa.
Dipetik dan diubah suai daripada rencana*Guru Dihargai Mampu Galas Tanggungjawab' oleh Mary Yap Kain Ching, Berita Harian, 17 Mei 2016
Pendahuluan [2 MARKAH)
P1
membincangkan cara-cara / langkah-langkah / usaha-usaha / kaedah-kaedah
menghargai jasa guru dan peranan / tugas /
tanggungjawab guru
Isi [16 markah]
FOKUS 1: Cara-cara menghargai jasa guru
A Bahan 1
1 sambutan hari guru diadakan . 2m
2 seharusnya
bertanya khabar dan menziarahi. 2m
3 menitipkan doa kepada mereka. 2m
4 jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan. 2m
B Bahan 2
5 menghormati guru. 2m
6 sentiasa membantu guru. 2m guru
7 menyayangi guru . 2m
C Bahan 3
8 menghadiahi guru (sejambak bunga) / Memberikan
hadiah (Bahan 1) 2m
FOKUS 2: Peranan-peranan guru
D Bahan 1
1 membina dan membentuk
kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek 2m
2. mendidik murid-murid menghindari keburukan
E Bahan 3
3 sentiasa menabur budi 2m
Kesimpulan [2 markah]
K1 Kesimpulannya, jasa guru perlu
dihargai agar ilmu yang diperoleh diberkati
2m
Rumusan lengkap;
Rumusan membincangkan usaha-usaha menghargai jasa guru dan peranan seorang
guru.
Antara usaha menghargai jasa guru ialah sambutan
hari guru diadakan serta seharusnya bertanya khabar dan menziarahi mereka. Selain itu, kita juga perlu menitipkan doa
kepada mereka dan jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan. Usaha seterusnya ialah sentiasa membantu guru ,menyayangi guru
dan menghadiahi guru sejambak bunga.
Antara
peranan guru pula ialah untuk membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek dan mendidik murid-murid menghindari keburukan
di samping sentiasa menabur budi.
Kesimpulannya, jasa guru perlu dihargai agar ilmu yang diperoleh diberkati dan melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
(112 patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.