HALAMAN 2

Isnin, 21 Januari 2019

ANALISIS BAB 1 - NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1

 ANALISIS NOVEL SEJAMBAK BAKTI.


Bab 1 – Kisah di Kedai Koperasi

Latar tempat:
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
Kedai Koperasi SM Teknik Pertanian Seri Kayangan

Latar Masa:                           
Waktu pagi – Murid berpusu-pusu datang ke sekolah

Watak: 
Swee Lan, Saridevi, Harun  - Ahli lembaga pengarah koperasi
Norlela – pembantu kedai koperasi
Cikgu Zulkifli

Peristiwa:        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran
Swee Lan, Saridevi dan Harun selaku ahli lembaga pengarah koperasi sekolah telah bekerjasama mengurus jualan koperasi sekolah mereka
dengan dibantu oleh Norlela pembantu kedai koperasi



Nilai bekerjasama
Nilai bertanggungjawab

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugas agar tugas yang berat menjadi ringan dan cepat diuruskan.

Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada dengan sebaik mungkin agar disenangi oleh orang.


Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik.  Walaupun kadang kala didesak dan disindir, namun senyuman mereka sentiasa terukir di bibir.


 Nilai kesabaran

 Kita perlulah sabar dalam menghadapi cabaran agar disukai oleh orang lain.


Seorang daripada murid cuba mencuri sebatang pen dan memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya tetapi Berjaya dihalang oleh Harun.


Kita jangan lah sesekali mengambil sesuatu barang yang bukan hak kita kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.



Tiada ulasan: