HALAMAN 2

Sabtu, 12 Januari 2019

SINOPSIS BAB NOVEL HEMPASAN OMBAK

 Novel Hempasan Ombak : Sinopsis BAB   (Novel Tingkatan 3)
(Zailiani Taslim) 


Image result for imej novel hempasan ombak

Sinopsis BAB 1

Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik keluarga. Farid kerap mengingati pesan arwah bapanya, bahawa perniagaan ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukan yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik ayahnya yang kian malap dengan hutang yang banyak. Takkan ibunya, Hajah Zaoyah (56tahun) yang menanggung beban itu, abangnya Lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda. Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM. Adik-adiknya Hanisyah (15tahun) dan Hisyam(tahun) sangat mentah. Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah  merupakan kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit dengan pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.

 Sinopsis BAB 2

Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Kata doktor ayahnya mengalami barah dalam perut ( Hypertension). Walaupun ada yang menyatakan ayahnya disantau. Farid terima takdir Allah. Farid menyakinkan dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam  perniagaan . Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik), menurut Pak Nik kuato pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang. Manakala batik keluaran mereka kurang laris dipasaran. Pak Nik menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid meminta bayaran kepada ejen yang masih berhutang lagi.

Sinopsis BAB 3

Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyan makan malam bersama. Mereka bercerita banyak perkara. Ibunya menyedari bahawa Farid semakin kurus dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Ibu dan abangnya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialami semasa menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan masalahnya . Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia tidak mahu syarikat ayahnya dibubarkan kerana tinggalan ayahnya. Ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat. Farid terfikir sebelum tidur tentang cadangan ibunya. Dia baru teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa seseorang.

Sinopsis BAB 4

Farid pagi-pagi  lagi ke tapak bangsal batik perusahaannya. Dia memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya berasaskan keluasan saiz tapak sedia ada. Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat kerja keras Haji Badrul ada pada Farid. Farid merupakan anak muda mempunyai keazaman yang tinggi. Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kaber berketurunan India Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina yang menjual mi. Kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Semangat kawannya itu menyebabkan Farid semakin yakin untuk bersama dengan industri batiknya.Dalam mesyuarat Farid melontarkan idea bernas iaitu membincangkan usaha meningkatkan kualiti batik perusahaannya di samping promosi efektif. Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan asset kurang produktif hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.

Sinopsis BAB 5

Farid ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan encik Mokhsein. Farid mendapat layanan yang baik daripada encik Mokhsein yang suka merendah diri dan gaya hidup sederhana. Encik Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid , anak muda yang berjiwa besar, inovatif dan berpandangan jauh. Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan orang melayu kursusunya dalam DEB. Encik Mokhsein berterus-terang Haji Badrul banyak mengajarnya selok-belok dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat Batik Nusantara milik keluarga Farid. Pendapat encik Mokhsein sama dengan Pak Nik bahawa masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat lain akan kejayaan Haji Badrul. Bagi mengatasi pesaingan perusahaan batik yang lain dan kejam, encik Mokhsein mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran baharu dan idea-idea yang baik untuk Farid lakukan.

Sinopsis BAB 6

Zuraida terkejut kedatangan Farid ke kedainya. Farid kagum dengan kegigihan Zuraida setelah sepuluh tahun mengusahaan perniagaan, rakan sekelasnya sejak tingkatan satu membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian di bazar MARA, Jalan Bonggol dekat dengan stesen bas lama. Ketika zaman persekolahan Zuraidah mencuri-curi untuk belajar ketika membantu ibunya berniaga di kedainya sementara menunggu pelanggan datang membeli. Zuraida tetap merendah diri dan mengatakan perniagaannya kecil di kaki lima tidak sehebat perusahaan Farid. Zuraida memberikan pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak bermodalkan petua ibunya supaya sabar dan manis muka melayan pelanggan.  Walaupun Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus , dia tetap berbual-bual dengan Farid. Farid telah balik ke pejabatnya dan bercerita dengan Kak Tom bahawa dia semalam berjumpa dengan encik Mokhsein dan hari ini dengan Zuraida. Bagi Farid , dia kagum dengan Zuraida dan encik Mokhsein  merupakan usahawaan yang gigih dan perlu dicontohi.

Sinopsis BAB 7

Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran Mail, seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, bahawa dia tidak menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah Berjaya menjadi taukeh besar. Farid merendah diri sambil mengatakan dia menghadapi krisis dan perlukan bantuan seseorang. Zuraida sedia membantu Farid tanpa mengharapkan balasan. Zuraida mencadangkan batik Farid dijual dikedainya. Farid menceritakan syarikatnya tidak dapat pusing modal kerana ada ejen yang tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual. Zuraida mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar pasaran luas, mampu bersaing dan menenuhi cita rasa pelanggan terkini. Zuraida  memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Faird supaya melaku-lakukan perlahan-lahan demi menarik pelanggan khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun Melawat Malaysia. Selesai makan dan menuju ke kedai Zuraida, farid merasakan hatinya ada bibit-bibit cinta dengan Zuraida.

Sinopsis BAB 8

Di pejabat, Farid rancak memikirkan batik corak baharu yang agak moden . zuraida mencadangkan batik canting yang agak moden mengikut minat pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik perusahaan. Farid bercadang meminta bantuan encik Mokhsein bagi memberikan pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang dengan encik Mokhsein petang itu, encik Mokhsein telah memuji Farid kerana contoh usahawaan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya saing untuk memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan melayu muflis ekoran majalah-majalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein bersetuju projek “ Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan segera. Menurut encik Mokhsein, Farid masih muda walaupun lepasan SPM tetapi berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan.  Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal menaikkan maruah bangsa dan martabat industri kampung. Farid perlu mendalami ilmu perniagaan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek pasaran agar produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, encik Mokhsein kerap bertanyakan perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan pengeluaran batik tradisi Cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.

Sinopsis BAB 9

Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina. Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran tertegaknya bangsal baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya , Harini Noor, graduan seni reka fabric lepasan UITM kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah adademik seni tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasan cemburu Zuraida dan dia meninggalkan majlis. Encik Mokhsein mencadangkan Farid mengambil belia tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan kos. Dengan bantuan Atan, tujuh orang  pekerja sudah disenaraikan namanya oleh Farid. Hartini meminta Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor menceritakan kepada Farid tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (sarung) serta pengalamannya belajar. Farid yakin batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain dan tidak lupa janjinya hendak meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.

Sinopsis BAB 10

Zuraida terkejut bila farid muncul di gerainya pada pukul 10.15 pagi. Dia tidak menyangka Farida da masa berjumpa dengannya walaupun ada primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu Zuraida. Akhirnya Farid menjelaskan Hartini Noor bekerja secara kontrak sebulan sahaja dan dia telah bertunang sertanya umurnya 25tahun menyebabkan Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor telah Berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik Farid dengan baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleeh Hartini sangat halus. Farid mengajak  Zuraida mengelilingi Semanjung sebagai strategi  promosi dan yakin dengan sifat semula jadi keperempuannya. Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau melihat hasil kerja Hartini. Namun Hartini merendah diri dan dia tidak mahu dianggap primadona malah upahpun dia tidak ambil kerana percubaan untuk mengangkat martabat batik.

Sinopsis BAB 11

Mukhtar marah jualan batiknya merosot walaupun komisen diberi 35%. Dia puas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas kematian Haji Badrul. Namun Mukhtar amat marah apabila mendapat tahu batik keluaran syarikat Rajawali miliknya susah laku kerana batik moden kini menambat hati pengguna. Mokhtar mengganggap farid, budak mentah tidak mampu berbuat apa-apa meyelesaikan masalah syarikat awrah bapanya. Bagaimanapun Mukhtar mula risau apabila mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat Mokhsein dan berbaik dengan Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika terus menjual batik moden keluaran syarikat Farid. Zuraida mula terpikir, mungkin Mukhtar dalang kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu. Farid pula telah mendapat surat layang. Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi dia tidak takut kerana menyedari ugutan  tersebut kerana cemburu dengan bengkel baharrunya berupaya menghasilkan corak lebih moden, namun ibunya berazam melaporkan surat layang kepada pihak polis.

Sinopsis BAB 12

Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan daripada Zuraida. Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara penting. Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid kerana ada orangg mengugut gerainya akan dirobohkan sekiranya menjual batik moden syarikat Farid. Oleh itu, Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia. Ibu  Zuraida suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa saudara Zuraida tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan berasa bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan Mukhtar dan bunyinya hampir sama dengan surat layang. Manakala di bengkel Farid pula, Mahmood membuat kekacauan kononnya sebelum Masri dan Azmi merupakan bekas pekerja syarikat majikannya yang dirampas olrh Syarikat Batik Nusantara. Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi diperlakukan kasar oleh Mahmood menyebabkan Masri ingin membantu tetapi Mahmood mencurahkan lilin panas ke muka Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang ingin melaporkan kepada pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikatnya disambut dengan aduan kekacauan tersebut.

Sinopsis BAB 13

Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal batik baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu memecut. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bengsal batik modennya yang dibinanya tidak sampai sebulan musah dan sebahagian besarnya tinggal rangka . Siasatan mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan abangnya bahawa kebakaran bengsal batik mode nada kaitan dengan ugutan surat layang yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid menerima takdir tuhan selepas solat subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat Keluarga Farid dan bersempati. Inspector Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali punca segalanya.

Sinopsis BAB 14

Mukhtar ditahan di lokap Balai polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa mengupah tiga samseng membakar bangsal batik moden syarikat Farid. Tiga hari kemudian, encik Mokhsein yang baru balik dari Singapura . Menurut encik Mokhsein punca segalanya berlaku kerana sifat hasat denggi, dia juga menerima ugutan sejak berbaik dengan Farid. Encik Mokhsein menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa butik dari Singapura dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden keluaran perniagaan Farid. Selain itu, encik Mokhsein merancang mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukkan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan kraftangan Malaysia. Farid terhutang budi dengan encik Mokhsein , Zuraida dan Hartini Noor yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun dalam bidang pertadbiran  perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa  Mukhtar didapati bersalah dan akan meringkuk tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik  dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran dahulu.



Tiada ulasan: