PERIBAHASA
BERTEMAKAN ALAM
SEMULA
JADI
1.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud :Seseorang yang pendiam jangan disangka penakut
.
2.Air yang dicencang tidak akan putus
Maksud:Pergaduhan antara saudara tidak akan berlarutan dan
akan berbaik semula .
3.Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Nasib seseorang itu sukar untuk dipastikan
adakalanya baik dan sebaliknya
.
4.Air setitik dilautkan , tanah sekepal
digunungkan
Maksud :Perbuatan memperbesar-besarkan kesalahan yang
kecil .
5.Ada angin , ada pokoknya
Maksud : Setiap sesuatu itu ada sumber atau asal-usulnya
6.Air sama air , sampah ke tepi juga
Maksud :Terlibat di dalam pertelingkahan antara ahli
keluarga orang lain dan disisihkan apabila mereka
berbaik semula .
7.Air besar sampan tak hanyut
Maksud : Niat atau hajat yang ketidaksampaian
.
8.Air beriak tanda tidak dalam
Maksud :Orang yang banyak bercakap tandanya tidak
berilmu .
9.Anjing menyalak bukit tidak akan runtuh
Maksud :Perbuatan orang jahat mengata orang baik tidak
akan meninggalkan kesan
.
10.Benih yang baik
,
kalau jatuh ke bumi menjadi gunung ,
kalau jatuh ke
laut menjadi pulau
Maksud : Seseorang yang berasal daripada keturunan yang
baik akan tetap dihormati
11.Bagai air titik ke batu
Maksud : Orang yang tidak menerima pengajaran yang
diberi kepadanya .
12.Bagai hujan jatuh ke pasir
Maksud : Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak
mengenang budi .
.13Bagai langit dengan bumi
Maksud :Mempunyai banyak perbezaan .
14.Batu direbus masakan empuk
Maksud: Seseorang yang dungu dan degil tidak akan mengikut apa yang telah diajar
15.Bagai berumah di tepi pantai
Maksud :Perasaan yang selalu gelisah
16.Bagai mencurahkan air ke daun keladi
Maksud :Nasihat yang sia-sia.
17.Cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud :Perkembangan yang sangat pesat
18.Embun di hujung rumput
Maksud :Kasih sayang yang tidak berkekalan
.
19.Garam jatuh ke laut
Maksud :Nasihat yang tidak didengari.
20.Gunung yang tinggi akan runtuh jika
setiap hari digali
Maksud :
Sebanyak manapun harta jika tidak ditambah lambat- laun
akan habis jua .
21.Hujan berbalik ke langit
Maksud :Orang yang berupaya dari segi harta atau ilmu meminta pertolongan orang yang lemah .
22.Hujan jatuh ke pasir
Maksud:
Melakukan kebaikan kepada seseorang yang tidak
tahu membalas budi .
23.Harapkan panas hingga ke petang
,
rupanya hujan di tengah hari
Maksud :
Mengharapkan kesenangan sepanjang masa tetapi
rupanya kesusahan yang menimpa
.
24.Hujan emas di Negara orang
, hujan batu di Negara sendiri
Maksud :
Walaupun terdapat kemewahan atau kesenangan di
tempat orang ,
lebih baik di tempat sendiri
walaupun serba kekurangan
.
25.Ke bukit sama didaki
, ke lurah sama dituruni
Maksud :
Susah atau senang tetap diharungi bersama.
26.Kuman di seberang laut nampak
,
gajah di hadapan mata tidak nampak
Maksud :
Kesalahan orang lain nampak walaupun kecil
, kesalahan diri sendiri tidak disedari .
27.Lubuk akal lautan budi
Maksud :
Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat banyak
.
28.Langit tidak selalu cerah
Maksud :
Nasib baik yang tidak selalu berpanjangan
.
29.Laut mana yang tidak bergelora
Maksud :
Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan
.
30.Lempar batu sembunyi tangan
Maksud :
Melakukan perbuatan yang tidak baik tetapi pura-pura tidak tahu
.
31.Lain padang lain belalangnya
Maksud :Setiap tempat mempunyai budaya yang
berbeza .
32.Mana sungai yang tidak berhulu
Maksud :Semua orang mempunyai tempat asal-usulnya
.
33.Meludah ke langit jatuh ke muka sendiri
Maksud :
Seseorang yang menceritakan keburukkan dirinya
kepada orang lain
34.Menangguk di air keruh
Maksud : Mengambil kesempatan .
35.Mendengar guruh di langit
,
air di tempayan dicurahkan
Maksud :Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
.
36.Ombak sudah kedengaran
, pasirnya tidak kelihatan
Maksud :
Sesuatu berita sudah didengari tetapi
buktinya tiada .
37.Ombak yang kecil jangan ditidakkan
Maksud : Sesuatu masalah yang kecil jangan dipandang
ringan
38.
Panas setahun dihapus oleh hujan ,
tak lekang dek panas
Maksud :Sesuatu perkara yang tidak akan berubah
.
39.Rendah gunung tinggi lagi harapan
Maksud :
Menggambarkan seseorang yang mempunyai
harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu
perkara.
40. Siang berpanas ,
malam berembun
Maksud :
Kehidupan yang sangat miskin dan tidak
mempunyai tempat tinggal
.
41.Setitik dijadikan laut
, sekepal dijadikan gunung
Maksud :Sesuatu perkara kecil dibesar-besarkan
.
42.Sediakan payung sebelum hujan
Maksud :Beringat-ingat sebelum ditimpa kesusahan
.
42.Sekali air bah
,
sekali pasir berubah
Maksud:Apabila berlaku pertukaran pemerintah
corak pemerintahan juga berubah .
43.Seperti rumput di tepi jalan
Maksud :
Seseorang yang tidak mempunyai kedudukan
.
44.Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Maksud :
Berusaha secara berterusan akan menghasilkan
kejayaan .
45.Tiada beban , batu
digalas
Maksud :
Sengaja mencari kesusahan
.
46.Ulat di dalam batu pun boleh hidup
Maksud :
Orang yang rajin tidak akan kelaparan
.
47. Untung atas angin
Maksud : Mendapat keuntungan tanpa
perlu berusaha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.