Bab 21 – Hidup
Dirundung Malang
Sinopsis:
Sinopsis:
Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya.
Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.
Latar tempat:
Pondok tengah sawah – Razali termenung kesedihan
atas tindakan ayah tirinya
Latar Masa
Waktu petang – Razali berjalan-jalan di tengah
sawah menenangkan fikirannya
Watak:
Pak Zakaria, Mak cik Sopiah dan Razali
Munir, Selvam, Leong
Persoalan:
- Persoalan kasih
sayang seorang ibu terhadap anaknya.
- Persoalan keinginan
seorang anak untuk mengetahui tentang ayah kandungnya.
- Persoalan kesedihan
seorang ibu kerana kisah silamnya yang pahit
- Persoalan kasih saya
anak terhadap ibunya.
Peristiwa penting/Menarik
Peristiwa penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Razali termenung dan bersedih atas tindakah
ayahnya yang menuduhnya tanpa bukti dan tergamak menghalaunya dari rumah.
Ketika mak cik Sopiah
menemani Razali di pondok tepi sawah, Razali bertanya tentang ayah
kandungnya.
Mak Cik Sopiah sangat
sedih dan mahu Razali bertanya lagi
tentang ayah kandungnya. Mak
cik Sopiah sangat sayang kepada Razali dan tidak mahu berpisah dengan anaknya
itu.
Mak cik Sopiah tidak
mahu Razali bertanya lagi kerana sejarah hidupnya dengan ayah Razali ialah
sejarah hitam bagi beliau.
Razali memeluk ibunya
dan berjanji tidak akan bertanya dan
menyakiti hati ibunya lagi.
|
Nilai kasih sayang
|
Jangan lah mudah menuduh orang lain tanpa bukti
kerana akan menganiaya orang dan menimbulkan kebencian
Kita hendaklah sayang kepada ahli keluarga kita
supaya hubungan berkekalan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.