HALAMAN 2

Sabtu, 2 Februari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 21 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1

Bab 21  – Hidup Dirundung Malang

Sinopsis:


       Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya. 

        Mak Sopiah menangis dan merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya lagi.

Latar tempat:
Pondok tengah sawah – Razali termenung kesedihan atas tindakan ayah tirinya

  
Latar Masa

Waktu petang – Razali berjalan-jalan di tengah sawah menenangkan fikirannya

Watak: 
Pak Zakaria, Mak cik Sopiah dan Razali
Munir, Selvam, Leong

Persoalan:
  1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
  2. Persoalan keinginan seorang anak untuk mengetahui tentang ayah kandungnya.
  3. Persoalan kesedihan seorang ibu kerana kisah silamnya yang pahit
  4. Persoalan kasih saya anak terhadap ibunya.


Peristiwa penting/Menarik   


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran

 Razali termenung dan bersedih atas tindakah ayahnya yang menuduhnya tanpa bukti dan tergamak menghalaunya dari rumah.


Ketika mak cik Sopiah menemani Razali di pondok tepi sawah, Razali bertanya tentang ayah kandungnya.

Mak Cik Sopiah sangat sedih dan mahu Razali bertanya lagi  tentang ayah kandungnya.  Mak cik Sopiah sangat sayang kepada Razali dan tidak mahu berpisah dengan anaknya itu.

Mak cik Sopiah tidak mahu Razali bertanya lagi kerana sejarah hidupnya dengan ayah Razali ialah sejarah hitam bagi beliau.

Razali memeluk ibunya dan berjanji tidak akan bertanya  dan menyakiti hati ibunya lagi.

















Nilai kasih sayang


Jangan lah mudah menuduh orang lain tanpa bukti kerana akan menganiaya orang dan menimbulkan kebencian




Kita hendaklah sayang kepada ahli keluarga kita supaya hubungan berkekalan.


















Tiada ulasan: