Soalan 1- Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah
ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
guru alaf baru mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kepentingan-kepentingan KBAT kepada
murid-murid. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Sistem
pendidikan acap kali berubah atas faktor tertentu untuk melahirkan modal insan yang seimbang pada masa akan
datang. Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi
(KBAT) kini menjadi fenomena baharu seiring dengan zaman teknologi yang makin
canggih walaupun fenomena ini sebenarnya sudah lama dalam dunia pendidikan
kita. Yang pasti, golongan yang perlu
bertindak ialah guru, iaitu pendidik abad ke-21.
Guru
perlu membuat pengubahsuaian kaedah pengajaran mereka dengan mengambil kira demografi
murid sama ada di bandar, di pinggir bandar, di luar bandar ataupun dia
pedalaman. Malahan, guru juga harus
kreatif dan inovatif untuk mengajar murid dengan menggunakan kaedah yang
bersesuaian dengan persekitaran. Seterusnya
guru juga patut sentiasa berfikir di luar kotak serta merentas pemikiran dan
pengajaran tradisional dengan tidak menggunakan buku teks dan lembaran kerja
semata-mata seperti guru pada masa dahulu.
Guru
yang mampu merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
jayanya dan menyentuh hati murid turut membantu. Bukan itu sahaja, guru juga mestilah
menerapkan nilai murni semasa menjalankan PdP bagi melahirkan individu yang
sihat dan cemerlang daripada aspek rohani.
Untuk tujuan tersebut, guru boleh memanfaatkan penggunaan komputer dan
aplikasi yang berkaitan sebagai satu daripada kaedah yang sesuai dan menarik
untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid.
Antaranya, guru boleh menfaatkan perisian seperti power point untuk mencipta permainan
bahasa. Selain itu, perisian Photoshop dan Fhotoscape
digunakan untuk mengedit dan
menghasilkan poser yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran., sekali gus dapat membuka
peluang jika terdapat pertandingan membuat poster anjuran sekolah. Manakala Aplikasi Frog VLE pula sangat bermanfaat kerana dapat
membimbing murid ke arah KBAT pada peringkat awal dan seterusnya dapat
membangunkan KBAT dalam kalangan murid untuk jangka panjang.
Selain
itu, guru perlu menguasai elemen merentas kurikulum, iaitu unsur yang
diterapkan dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modul insan agar dapat menangan cabaran
semasa dan masa hadapan. Guru juga harus
sentiasa berfikiran kreatif sesuai dengan peredaran zaman untuk menghasilkan
PdP yang efektif, seterusnya melahirkan produk yang berkualiti. Guru juga perlu menyebatikan hati dan minda
dengan kemahiran abad ke-21 yang kebanyakannya berdasarkan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) berbanding dengan literasi pada masa dahulu yang hanya
merangkumi membaca, menulis, dan mengira manakala pada abad ke-21 ini
melibatkan literasi digital. Oleh itu,
guru perlu membimbing murid melayari internet, mencari laman sesawang, memilih
perisisn yang sesuai, dan mengumpul serta mengulas maklumat. i
Oleh
itu, amat mustahak bagi guru berfikiran kreatif dan kritis semasa menangani
pelbagai tahap cabaran dalam karier mereka seperti mempersiapkan diri dengan
pelbagai idea agar mereka dapat menarik minat murid untuk mengikuti kelas
pembelajaran. Guru juga wajar memperkaya
ilmu psikologi dan ilmu teknologi agar proses PdP menjadi menarik, kreatif, dan
dapat menaikkan minat murid. Setiap perubahan
yang berlaku menuntut guru untuk meneroka ilmu dan kaedah baharu bagi meastikan
profesion ini kekal relevan.
Dipetik dan diubah suai darpada ‘KBAT: Masyarakat Perlu Terbuka’oleh Safina Ramli, Utusan Malayia, 23 Ogos 2017
Solan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata menjadi
fenomena [2 markah]
(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa
fungsi perisian komputer yang digunakan di sekolah untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan murid
Nyatakan cara guru memanfaatkan aplikasi dalam komputer untuk meningkatkan KBAT dalam kalangan pelajar [3 markah]
(iii) Pelaksanaan elemen KBAT juga diterapkan dalam aktiviti kokurikulum di
sekolah meliputi pasukan badan beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan
persatuan.
Pada pendapat anda, apakah aktiviti KBAT
yang mungkin dapat dilaksanakan oleh Persatuan Bahasa Melayu untuk mengatasi
masalah kurangnya pengetahuan dan minat ahli persatuan ini terhadap puisi
tradisional Melayu.
[4 markah]
[4 markah]
Klik untuk skema jawapan:
Kesimpulan
Isi tersurat /isi tersirat/rumusan lengkap
Jawapan untuk soalan 2a mana cikgu?
BalasPadamjawapan 2(a)
BalasPadam