Sabtu, 28 Mac 2020

Latihan Tatabahasa - kerja kerja transitif


Lengkapkan karangan di bawah dengan mengisi tempat-tempat kosong dengan kata kerja kerja transitif yang betul.

Penduduk di kawasan tempat tinggal anda menghadapi masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.  Sebagai setiausaha persatuan penduduk kawasan tersebut, anda diminta untuk membuat aduan berhubung dengan masalah ini kepada pihak berkuasa.

Tulis surat itu selengkapnya.


No 4, Jalan Baiduri
Taman Flora,
83000, Batu Pahat,
Johor.

__________________________________________________________


Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Batu Pahat,
Jalan Pegawai,
83000, Batu Pahat,
Johor.                                                                             27 MAC 2020

Tuan,

Masalah Sampah Sarap yang Tidak Dikutip di Taman Flora            

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Taman Flora , Batu Pahat ingin ____(1)____ aduan tentang masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual di kawasan perumahan kami.

2.  Untuk makluman pihak tuan, sejak beberapa bulan yang lalu, sampah sarap di kawasan perumahan ini tidak dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak tuan.  Akibatnya, sampah sarap yang diletakkan oleh penduduk di dalam  tong sampah di hadapan rumah masing-masing semakin membukit. Sampah sarap itu juga ____(2)____ bau yang busuk.  Justeru, hal ini telah ____(3)____ keselesaan penduduk.   

3. Selain itu,  sampah sarap yang tidak dipungut ini turut ____(4)____persekitaran penduduk kerana terdapat anjing, kucing dan tikus berkeliaran di kawasan sampah sarap itu pada setiap hari untuk ____(5)____ makanan.  Malahan, lalat dan nyamuk juga semakin banyak di kawasa tong sampah tersebut.   Keadaan ini ____(6)____ penduduk kepada penyakit bawaan vektor tersebut. Malahan, bilangan penduduk yang terpaksa ke klinik untuk ____(7)____ rawatan kesihatan kian bertambah.                    

4.  Pihak kami telah membuat aduan secara bertulis kepada pihak kontraktor tersebut tetapi maklum balsas yang diberikan oleh pihak tersebut tidak ____(8)____ hati kami.  Malahan, kami mendapati pihak terbabit tidak bersungguh-sungguh untuk ____(9)____masalah ini.

5.   Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat ____(I0)____ tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini.  Hal ini demikian kerana, keadaan ini benar-benar telah ____(11)____ kesabaran penduduk.

Kerjasama tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Khairul Nain
.......................................
(KHAIRUL NAIM BIN HARON)
Setiausaha Persatuan Penduduk,
Taman Flora, Batu Pahat.



Pilihan Jawapan

mengeluarkan            mencacatkan
mendapatkan             mencari
membuat                   mengambil
mengganggu              mendedahkan
         mencabar                  menyelesaikan

         memuaskan







 .............. Semak jawapan di sini.... 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.