Lengkapkan
karangan di bawah dengan mengisi tempat-tempat kosong dengan kata kerja
kerja transitif yang betul.
Penduduk di kawasan
tempat tinggal anda menghadapi masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut
jadual yang ditetapkan. Sebagai
setiausaha persatuan penduduk kawasan tersebut, anda diminta untuk membuat
aduan berhubung dengan masalah ini kepada pihak berkuasa.
Tulis
surat itu selengkapnya.
No
4, Jalan Baiduri
Taman
Flora,
83000,
Batu Pahat,
Johor.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Yang
Dipertua,
Majlis
Perbandaran Batu Pahat,
Jalan
Pegawai,
83000,
Batu Pahat,
Johor. 27 MAC 2020
Tuan,
Masalah
Sampah Sarap yang Tidak Dikutip di Taman Flora
Merujuk
perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Taman Flora , Batu Pahat ingin ____(1)____
aduan tentang masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual di
kawasan perumahan kami.
2. Untuk makluman pihak tuan, sejak beberapa
bulan yang lalu, sampah sarap di kawasan perumahan ini tidak dipungut mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak
tuan. Akibatnya, sampah sarap yang
diletakkan oleh penduduk di dalam tong
sampah di hadapan rumah masing-masing semakin membukit. Sampah sarap itu juga
____(2)____ bau yang busuk. Justeru, hal
ini telah ____(3)____ keselesaan penduduk.
3.
Selain itu, sampah sarap yang tidak
dipungut ini turut ____(4)____persekitaran penduduk kerana terdapat anjing, kucing
dan tikus berkeliaran di kawasan sampah sarap itu pada setiap hari untuk
____(5)____ makanan. Malahan, lalat dan
nyamuk juga semakin banyak di kawasa tong sampah tersebut. Keadaan ini ____(6)____ penduduk kepada
penyakit bawaan vektor tersebut. Malahan, bilangan penduduk yang terpaksa ke
klinik untuk ____(7)____ rawatan kesihatan kian bertambah.
4. Pihak kami telah membuat aduan secara
bertulis kepada pihak kontraktor tersebut tetapi maklum balsas yang diberikan
oleh pihak tersebut tidak ____(8)____ hati kami. Malahan, kami mendapati pihak terbabit tidak
bersungguh-sungguh untuk ____(9)____masalah ini.
5.
Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat ____(I0)____
tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini.
Hal ini demikian kerana, keadaan ini benar-benar telah ____(11)____
kesabaran penduduk.
Kerjasama
tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang
benar,
Khairul Nain
.......................................
(KHAIRUL
NAIM BIN HARON)
Setiausaha
Persatuan Penduduk,
Taman
Flora, Batu Pahat.
Pilihan
Jawapan
mengeluarkan mencacatkan
mendapatkan mencari
membuat mengambil
mengganggu mendedahkan
mencabar menyelesaikan
memuaskan
.............. Semak jawapan di sini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan