SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR
NOTA
& LATIHAN PKP FASA
3
NOVEL DI SEBALIK DINARA
Nama:
Tingkatan :
Tarikh: 6/4/2020
Lengkapkan sinopsis novel ‘Di Sebalik
Dinara’ dengan perkataan atau rangkai kata
yang sesuai . sila gunakan font berwarna biru.
Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor berkisar tentang seorang gadis
bernama Farisha yang dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan kerana mampu
menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar iaitu (a) ____________.
Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan
sistem komputer yang dikenali sebagai (b) ____________. Akram berusaha untuk membawa Farisha masuk ke
dalam Soft Lab kerana amat memerlukan (c) ____________ Farisha untuk menyelamatkan
Dinara. Kebetulan, rakan serumah Farisha,
iaitu (d) ____________ telah ditawarkan sejumlah wang RM40 ribu untuk menulis
sebuah rencana dan sebuah buku biografi tentang Dinara.
(e) ____________ sebenarnya hasil kerja Karl dan Medina. Semasa di Soft Lab, Farisha berasa pening kepala. Farisha berada di bawah sedar dan mampu (f)
____________ dengan Karl dalam keadaan tersebut.
Karl telah mereka khas (g) ____________ yang tertanam di tubuh Farisha. Keadaan ini membolehkan Karl menyalurkan (h)
____________ kepada Farisha. Dr. Maxi
berjaya menyakinkan Shida agar (i) ____________ tempat Farisha. Dua batang jarum mudah lentur ditusukkan ke
tengkuk Shida untuk tujuan bahan uji kaji.
Azraai memberitahu bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah (j) ____________ wanita Portugal. Nama ayahnya pula tidak tercatat dalam fail. Azraai segera membawa Farisha keluar dari
hospital dan mencari tempat untuk (k) ____________ Farisha. Hal ini demikian kerana ada pihak yang mahu mengancam
keselamatan Farisha.
Semasa Shida berada di bawah sedar, Karl terlah (l) ____________ dalam
tubuh Shida. Karl yang menjalankan uji kaji
sains telah mengubahkannya menjadi imej baharu.
Alia pula memperkenalkan dirinya yang sebenar. Dia menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl. Nama sebenarnya ialah (m) _________
tetapi Karl telah (n) _________ menjadi Alia. Medina memberitahu bahawa 30 tahun yang lampau
Karl telah mengubah Marilyn menjadi (o) ____________. Karl juga menjadikan Farisha sebagai bahan
uji kajinya.
Akram menjelaskan bahawa punca dendam Medina terhadap Karl adalah apabila
Karl (p) __________ Medina semasa menjalankan uji kaji. Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila. Akram pula membocorkan rahsia dirinya, iaitu
dia telah diberikan (q) ____________ yang baharu. Umurnya 60 tahun bukan 30 tahun. Nama asalnya ialah Akeem dan merupakan (r)
____________ kepada Karl. Dia terencat akal. Uji kaji Karl terhadap Akram berjaya.
Tepat jam 7.00 malam, Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir. Wasiat Karl adalah agar mayatnya dibakar
dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
menabur abu mayat dilakukan di Port Dickson. Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila
Shida (s) ____________ kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl. Farisha terkesima apabila mengetahui bahawa Karl
yang berkata-kata melalui (t) ____________ Shida.
(42 markah)
Pilihan Jawapan:
1. mengungkapkan
- Rusmina
- mikrocip
- Secured Shell Sdn. Bhd.
- Soft Lab
- identiti
- Medina
- kepakaran
- Dinara
- Shida
- menyembunyikan
- Rusmina
- berada
- Marilyn
- berkomunikasi
- menggantikan
- adik
- pemikirannya
- menukarnya
- tubuh
- mensabotaj
Selamat menjawab
Semak jawapan di sini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.