Jumaat, 10 April 2020

SKEMA LATIH TUBI MENUKAR AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG.



SKEMA LATIH TUBI MENUKAR AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG.

SET I
Tukar ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang

(a)         Program Strategi Kecemerlangan Akademik anjuran SMK Convent itu dihadiri oleh ramai pelajar tingkatan lima.

(b)         Ayat songsang : Dihadiri oleh ramai pelajar tingkatan lima program Strategi Kecemerlangan Akademik anjuran SMK Convent itu


(c)         Menurut Kementerian Kewangan, pendapatan pekerja sektor swasta sudah setanding dengan pendapatan sektor awam.

Ayat songsang :  Menurut Kementerian Kewangan, sudah setanding dengan pendapatan sektor awam pendapatan pekerja sektor swasta.

(d)        Sanak saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

Ayat songsang :  Seronok berjumpa dan berbual-bual mesra sanak saudara Pak Hashim semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

(e)         Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.

(f)          Ayat songsang : Akan pergi ke Seremban Pasukan forum remaja sekolah kami untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.

(g)        Amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan supaya tubuh kekal sihat.

Ayat songsang :  Dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan amalan minum air mineral supaya tubuh kekal sihat.

(h)        Menteri Kewangan mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

(i)          Ayat songsang : Mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat Menteri Kewangan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.


(j)          Dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan penduduk kampung.

Ayat songsang : Menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu dia kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan penduduk kampung.

(k)         Ibu rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit walaupun baru sebulan anaknya ke sana.

(l)          Ayat songsang :  Rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit ibu walaupun baru sebulan anaknya ke sana.


(m)       Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan perlindungan burung perlu dikekalkan.

(n)        Ayat songsang :  Perlu dikekalkan hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan perlindungan burung.


(o)         Kegiatan pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi telah menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan.

(p)         Ayat songsang :  Telah menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan kegiatan pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi.



LATIHAN TUBI MENUKAR AYAT
SET 2
Tukar ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa.
Sila gunakan huruf berwarna Biru.

(a)         Membersihkan kawasan kediaman mereka penduduk taman perumahan itu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ayat susunan biasa :  Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan kediaman mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

(b)         Telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah seorang guru sekolah kami kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

Ayat susunan biasa :  Seorang guru sekolah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

(c)         Mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa kawasan kegiatan pembakaran secara terbuka.

(d)        Ayat susunan biasa :  Kegiatan pembakaran secara terbuka mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa kawasan.


(e)         Telah dibaca oleh Hashim majalah berkaitan sejarah Malaysia pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.

(f)          Ayat susunan biasa :  Majalah berkaitan sejarah Malaysia telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.


(g)        Seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.

Ayat susunan biasa :   Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.

(h)        Dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan membentuk diri supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain                 kemahiran bersosial.

Ayat susunan biasa :  Kemahiran bersosial dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan membentuk diri supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain                

(i)          Berpeluang untuk memilih mana-mana barangan elektrik seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu.

(j)          Ayat susunan biasa :  Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barangan elektrik seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.


(k)         Telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kemalangan yang berlaku di Jalan Teratai itu.

(l)          Ayat susunan biasa :  Kemalangan yang berlaku di Jalan Teratai itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.


(m)       Sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai para petugas kesihatan itu.

(n)        Ayat susunan biasa :  Para petugas kesihatan itu sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai.


(o)         Akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk lupus plastik yang dibuang ke merata-rata tempat kerana sukar diurai secara semula jadi.

Ayat susunan biasa :  Plastik yang dibuang ke merata-rata tempat akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk lupus kerana sukar diurai secara semula jadi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.