SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR
NOTA & LATIHAN PKP FASA
3
NOVEL DI SEBALIK DINARA
Nama: Chow Shu Ling
Tingkatan : 4ST Tarikh: 6/42/2020
Lengkapkan sinopsis novel ‘Di Sebalik Dinara’ dengan perkataan
atau rangkai kata yang sesuai . sila gunakan font berwarna biru.
Novel
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor berkisar tentang seorang gadis bernama
Farisha yang dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan kerana mampu
menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar iaitu (a) Soft Lab.√
Farisha
dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan sistem
komputer yang dikenali sebagai (b) Secured
Shell Sdn. Bhd.√ Akram berusaha untuk
membawa Farisha masuk ke dalam Soft Lab kerana amat memerlukan (c)kepakaran √ Farisha untuk menyelamatkan Dinara.
Kebetulan, rakan serumah Farisha, iaitu (d) Shida √ telah ditawarkan sejumlah wang RM40 ribu untuk menulis sebuah rencana
dan sebuah buku biografi tentang Dinara.
(e)
Dinara √ sebenarnya
hasil kerja Karl dan Medina. Semasa di Soft Lab, Farisha berasa pening
kepala. Farisha berada di bawah sedar dan mampu (f) berkomunikasi √ dengan
Karl dalam keadaan tersebut.
Karl
telah mereka khas (g) mikrocip √yang
tertanam di tubuh Farisha. Keadaan ini membolehkan Karl menyalurkan (h) pemikirannya √
kepada Farisha. Dr. Maxi berjaya menyakinkan Shida agar (i) menggantikan √ tempat
Farisha. Dua batang jarum mudah lentur ditusukkan ke tengkuk Shida untuk
tujuan bahan uji kaji.
Azraai
memberitahu bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah (j) Marilyn √wanita
Portugal. Nama ayahnya pula tidak tercatat dalam fail. Azraai
segera membawa Farisha keluar dari hospital dan mencari tempat untuk (k) menyembunyikan √ Farisha. Hal ini demikian
kerana ada pihak yang mahu mengancam keselamatan Farisha.
Semasa
Shida berada di bawah sedar, Karl telah (l) berada √ dalam tubuh Shida. Karl yang menjalankan uji kaji sains telah
mengubahkannya menjadi imej baharu. Alia pula memperkenalkan dirinya yang
sebenar. Dia menjadi cacat kerana
diseksa oleh Karl. Nama sebenarnya ialah (m) Rusmina √ tetapi Karl telah (n) menukarnya √ menjadi
Alia. Medina memberitahu bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah mengubah
Marilyn menjadi (o) Medina.√
Karl juga menjadikan Farisha sebagai bahan uji kajinya.
Akram
menjelaskan bahawa punca dendam Medina terhadap Karl adalah apabila Karl (p) mensabotaj √ Medina
semasa menjalankan uji kaji. Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh
gila. Akram pula membocorkan rahsia dirinya, iaitu dia telah diberikan
(q) identiti √ yang baharu. Umurnya 60 tahun
bukan 30 tahun. Nama asalnya ialah Akeem dan merupakan (r) adik √ kepada
Karl. Dia terencat akal. Uji kaji Karl terhadap Akram berjaya.
Tepat
jam 7.00 malam, Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Wasiat Karl adalah agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat
Melaka. Upacara menabur abu mayat
dilakukan di Port Dickson. Semasa mahu
pulang, kejutan berlaku apabila Shida (s) mengungkapkan
√ kata-kata yang pernah diucapkan oleh
Karl. Farisha terkesima apabila mengetahui bahawa Karl yang berkata-kata
melalui (t) tubuh √ Shida.
1 ulasan:
Terima Kasih Anda Telah Membantu Hari Saya & Alhamdulillah Selesai Sudah Kerja Saya Yang Last Minit Ni Fuh 😪🙏🏻 Nah Hadiah Untuk Cikgu 🎁❤️ HEHEHEHEH Thank You 😘✨
Catat Ulasan