Khamis, 9 April 2020

ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang


LATIH TUBI MENUKAR AYAT
NAMA:   ___________________
TINGKATAN: _______________                  TARIKH: 09 APRIL 2020


SET I
Tukar ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang
(a)         Program Strategi Kecemerlangan Akademik anjuran SMK Convent itu dihadiri oleh ramai pelajar tingkatan lima.

Ayat songsang : ___________________________________________
(b)         Menurut Kementerian Kewangan, pendapatan pekerja sektor swasta sudah setanding dengan pendapatan sektor awam.

Ayat songsang : ___________________________________________

(c)         Sanak saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.

Ayat songsang : ___________________________________________

(d)        Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.

Ayat songsang : ___________________________________________

(e)         Amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan supaya tubuh kekal sihat.

Ayat songsang : ___________________________________________

(f)          Menteri Kewangan mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.

Ayat songsang : ___________________________________________

(g)        Dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan penduduk kampung.

Ayat songsang : ___________________________________________

(h)        Ibu rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit walaupun baru sebulan anaknya ke sana.

Ayat songsang : ___________________________________________

(i)          Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan perlindungan burung perlu dikekalkan.

Ayat songsang : ___________________________________________

(j)          Kegiatan pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi telah menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan.

Ayat songsang : ___________________________________________


LATIHAN TUBI MENUKAR AYAT

SET 2

Tukar ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa.
(a)         Membersihkan kawasan kediaman mereka penduduk taman perumahan itu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(b)         Telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah seorang guru sekolah kami kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(c)         Mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa kawasan kegiatan pembakaran secara terbuka.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(d)        Telah dibaca oleh Hashim majalah berkaitan sejarah Malaysia pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
(e)         Seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(f)          Dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan membentuk diri supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain                 kemahiran bersosial.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(g)        Berpeluang untuk memilih mana-mana barangan elektrik seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(h)        Telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kemalangan yang berlaku di Jalan Teratai itu.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(i)          Sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai para petugas kesihatan itu.

Ayat susunan biasa : _______________________________________

(j)          Akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk lupus plastik yang dibuang ke merata-rata tempat kerana sukar diurai secara semula jadi.

Ayat susunan biasa : _______________________________________



             Semak jawapan di sini....  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.