Rabu, 8 April 2020

Skema Rumusan Set 7 - teknik ulang kaji yang efektif


Skema Rumusan Set 7

Baca petikan di bawah dengan teliti.  Kemudian buat satu rumusan tentang teknik ulang kaji yang efektif dalam masa yang singkat dan kesan-kesannya kepada pelajar.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi I20 patah perkataan.


Pendahuluan:

Rumusan membincangkan strategi/kaedah ulang kaji yang efektif dalam masa yang singkat dan kesan-kesannya kepada pelajar.  (2 markah)

Isi tersurat (12 markah)

1.   Membaca  nota secara fokus dan pantas.
2.   Mencatat serta meningati hanya isi-isi penting
3.   Membuat latihan pengukuhan
4.   Menganalisis kekerapan  soalan tahun-tahun lepas
5.   Mengingati nota ringkas yang dibuat
6.   Pembacaan pantas dan  efektif
7.   Belajar dalam kumpulan.
8.   Mengadakan perbincangan secara  tidak formal bagi mendapatkan pandangan serta nasihat daripada guru-guru yang mengajar

Isi Tersirat (4 markah)

1.   Dapat mengatasi tekanan yang dihadapi oleh  pelajar untuk menghadapi peperiksaan
2.   Membantu pelajar lulus dengan cemerlang
3.   Pelajar dapat mengingati maklumat dengan banyak dan pantas
4.   Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan

Kesimpulan: (2 markah)

Kesimpulannya, pelajar haruslah bijak menggunakan teknik ulang kaji yang efektif agar dapat melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam akademik.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.