HALAMAN 2

Selasa, 21 Julai 2020

SKEMA RUMUSAN – LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN WABAK DENGGI



SKEMA RUMUSAN – LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN WABAK DENGGI
Pendahuluan :
Rumusan membincangkan kaedah-kaedah/cara-cara/tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan wabak denggi dan kesannya jika negara bebas daripada wabak tersebut. [2m]

Isi-isi tersurat : (Langkah-Iangkah mengurangkan wabak denggi) .
1. MengambiI langkah berjaga-jaga dalam memastikan penyakit demam denggi tidak menulardan mengorbankan lebih banyak nyawa. [2m]

2. Rakyat perlu memahami simptom-simpton apabila dijangkiti demam denggi. [2m]

3. Rakyat bertanggungjawab untuk memastikan tiada ruang untuk nyamuk aedes membiak. [2m]

4. setiap individu memastikan tiada takungan air. [2m]

5. aspek kebersihan di kawasan persekitaran perlu diberikan perhatian. [2m]

6. Kawalan dan pencegahan penyakit demam denggi perlu menerusi uasah bersepadu dan besar-besaran. [2m]

7. Aktiviti penyemburan asap untuk membunuh nyamuk aedes diperingkat dan diperluas. [2m]

8. PBT perlu lebih kerap turun padang untuk memeriksa tahap kebersihan. [2m]
9. Pemeriksaan di tapak-tapak projek terbengkalai wajar menjadi keutamaan PBT. [2m]

10. PBT perlu meningkatkan pemeriksaan di kawasan projek pembinaan. [2m]

Isi-isi tersirat : (Kesannya jika negara be bas daripada denggi)

1. Kos perubatan merawat penyakit denggi dapat digunakan untuk mengubati penyakit yang lebih kritikal. [2m]

2. Kerajaan dapat memberikan lebih banyak fokus terhadap pembangunan Negara. [2m]

3. J umlah kematian rakyat berpunca daripada penyakit tersebut dapat dikurangkan. [2m]

4. Rakyat tidak berasa bimbang dan lebih berkeyakinan menjalankan kehidupan seharian. [2m]


Kesimpulan : Kesimpulannya , masyarakat perlulah bekerjasama dengan kerajaan dalam mengurangkan pembiakan nyamuk aedes agar rakyat dapat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. [2m]


Contoh rumusan lengkap:

                                     *******************


       Rumusan membincangkan kaedah-kaedah yang perlu diambil untuk mengurangkan wabak denggi dan kesannya jika negara bebas daripada wabak tersebut. 

           Antara langkahnya ialah  rakyat juga perlu memahami simptom-simptom apabila dijangkiti demam denggi.  Rakyat bertanggungjawab untuk memastikan tiada ruang untuk nyamuk aedes membiak dan memastikan tiada takungan air.  Seterusnya, aspek kebersihan di kawasan persekitaran perlu diberikan perhatian dan aktiviti penyemburan asap untuk membunuh nyamuk aedes diperingkat. langkah seterusnya ialah PBT perlu lebih kerap turun padang untuk memeriksa tahap kebersihan.  

              Kesan-kesannya jika negara bebas daripada denggi ialah Kos perubatan merawat penyakit denggi dapat digunakan untuk mengubati penyakit yang lebih kritikal dan jumlah kematian rakyat akibat denggi dapat dikurangkan.   

             Kesimpulan  masyarakat perlulah bekerjasama dalam usaha mengurangkan pembiakan nyamuk aedes agar rakyat dapat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. 



(103 patah perkataan)
























Tiada ulasan: