Sabtu, 28 November 2020

LATIHAN MENULIS RUMUSAN TINGKATAN 4 KSSM 2020




Baca petikan dan teliti lirik lagu yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

 

Bahan 1 – Petikan

                Malaysia kini berhadapan dengan cabaran era globalisasi yang semakin rancak.  Penggunaan dan kemahiran bahasa sangat penting dalam meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.  Tahap penguasaan pelajar dalam bahasa juga penting kerana mereka bakal menjadi peneraju ekonomi negara.

                Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan seharian manusia.  Bahasa berperanan sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.  Melalui bahasa juga seseorang individu mampu untuk memnyampaikan kehendak perasaan, pendapat , pengalaman, buah fikiran dan pengetahuan.  Dalam sistem Pendidikan di Malaysia, bahasa utama yang diangkat sebagai medium penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.  Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara termasuklah dalam pendidikan.  Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan membolehkan pelajar yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. 

                Kebanyakan penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka.  Kepada pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka.  Proses penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dipengaruhi oleh elemen penting dalam diri pelajar.  Anaranya melibatkan sikap dan motivasi pelajar itu sendiri terhadap bahasa Melayu.  Oleh sebab itu, pelajar perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajari.  Sikap positif ini perlu ditunjukkan melalui tingkah laku, persediaan dan pengetahuan yang diteroka melalui pelbagai elemen seperti persekitaran, hubungan komunikasi dengan rakan, membuat rujukan, dan membaca pelbagai bahan.  Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa Melayu, maka pelajar tersebut akan berusaha untuk mengukuhkan dan membaiki kelemhan dalam menggunakan bahasa Melayu sabagai bahasa pertuturan.

                Sebagai kesimpulannya, penerimaan dan penguasaan  bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam kalangan bukan penutur bahasa Melayu adalah amat penting.  Kebolehan untuk menguasai bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

(Dipetik dan diubah  suai daripada “Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Utama” oleh Jaymani Sevanathan Dewan Siswa, Bil.8/2019)

 

    Bahan 2 – Lirik Lagu

 

                                  Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakalan lah bahasa kebangsaan kita

Marilah amalkan ramai-ramai

Bahasalah menyatukan kita semua

Yakinlah bahasa jiwa bangsa.

 

Marilah mari rakyat semua

Buktikanlah taat setia dengan satu bahasa

Maju bangsa maju negara

Megahkan bahasa kita

Bahasa jiwa bangsa

Lirik dan lagu;  Dol Ramli


             

 

 

 













HEBAT RUMUSAN 14 - MANFAAT BERSARAPAN

Nama :                                                                               Tarikh:

Tingkatan:











GEMILANG RUMUSAN SET 2

Soalan 1: Rumusan

[30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang manfaat-manfaat sarapan dan punca-punca masyarakat tidak mengambil sarapan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini dilakukan pada setiap pagi dan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja. Namun begitu, bagi sesetengah orang, bersarapan bukanlah satu kewajipan dalam kehidupan mereka. Ramai yang tidak mengetahui bahawa pengambilan sarapan merupakan pemula aktif bagi metabolisme untuk membantu membakar kalori sepanjang hari. Tinjauan Pemakanan Dewasa Malaysia melaporkan, golongan dewasa berusia antara 18 hingga 39 tahun tidak gemar mengambil sarapan berbanding makan tengah hari dan malam.

Pengambilan sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu seseorang untuk fokus di tempat kerja atau sekolah. Oleh hal yang demikian, sarapan tidak sepatutnya dipandang ringan oleh setiap individu. Masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat banyak impak negatif sekiranya mengabaikan sarapan. Orang yang tidak bersarapan berasa lebih lapar dan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu makan seterusnya. Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa makanan alternatif seperti madu dan minyak zaitun boleh diambil ketika sarapan kerana makanan tersebut dapat membekalkan tenaga kepada pengambilnya.

Banyak kajian mendapati bahawa sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan seseorang, malahan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat, iaitu lipoprotein berketumpatan rendah di dalam darah. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan diri kerana boleh menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah. Selain itu, pengambilan sarapan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik. Oleh hal yang demikian, mereka yang mengabaikan sarapan boleh membawa kepada risiko mendapat penyakit berbahaya.

Waktu yang paling optimum untuk mengambil sarapan adalah antara 30 minit hingga dua jam selepas terjaga daripada tidur. Pengambilan sarapan mampu membantu individu yang mahu menurunkan berat badan. Makanan yana tinggi seratnya boleh mengenyangkan dalam tempoh yang lama dan mengurangkan selera makan. Mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah disarankan mengambil sarapan supaya metabolisme badan dan komposisi kolesterol di dalam darah dapat dioptimumkan. Kesimpulannya, masyarakat yang mementingkan kesihatan perlu mengutamakan pengambilan sarapan pada setiap hari. Antara sajian sarapan yang disyorkan oleh pakar pemakanan ialah makanan yang sihat, seimbang dan lengkap dengan kandungan karbohidrat, protein, lemak serta sayur-sayuran.setiap hari. Antara sajian sarapan yang disyorkan oleh pakar pemakanan ialah makanan yang sihat, seimbang dan lengkap dengan kandungan karbohidrat, protein, lemak serta sayur-sayuran.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Sarapan

 CegahPenyakit' oleh Mohd. Faizal Mat Salleh,

Dewan Kosmik, Bil 9 / 2018




Soalan 2 : Pemahaman

 

Soalan 2 (a) — Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan I di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)  Berikan maksud rangkai kata amalan rutin.         [2 markah

      Jawapan:

 

 

   (ii).      Pengarang ada mengemukakan beberapa kesan sekiranya masyarakat tidak mengambil sarapan.

        Nyatakan kesan-kesan tersebut.                       [3 markah]                                          

   Jawapan:


  

 

   iii.        (iii) Pakar pemakanan ada menyatakan bahawa sarapan ialah sajian 

                awal perlu diambil pada setiap hari.  

Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan pengambilan sarapan dalam kalangan ahli keluarga?                                                     [4 markah]

Jawapan:

 

               semak jawapan di sini
             






Khamis, 26 November 2020

SKEMA JAWAPAN HEBAT RUMUSAN 13 - KEBURUKAN KETAGIHAN PERANTI ELEKTRONIK DALAM KALANGAN REMAJA


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja dan cabaran untuk menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



PENDAHULUAN [2 markah]

 

P1 Petikan/Rumusan membincangkan kesan/keburukan ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja dan cabaran dalam menanganinya.        [2 markah]

P2 Petikan membincangkan kesan/keburukan ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja di negara kita/Malaysia.           [2 markah]

 ISI TERSURAT: (4 hingga 12 markah)

 

S1 Pembaziran masa yang kritikal. 2 m

S2 Masalah kesihatan seperti obesiti. 2 m

S3 Kekurangan kemahiran bersosial. 2 m

S4 Berkemungkinan menyebabkan tingkah laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan identiti   2m  

S5 Menjejaskan penglihatan mereka dan menyebabkan mata menjadi rabun. 2m

S6 Menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan meningkatkan risiko bongkok pada usia muda.     2m 

S8 Mengurangkan tumpuan mereka terhadap pelajaran atau tugasan yang diberikan, 2 m

S9 Menjadi lebih pendiam, kurang sabar, tidak mempunyai teman rapat dan penguasaan bahasa yang tidak berkembang.     2m  

S10 Mengganggu perkembangan emosi dan kerohanian para remaja. 2 m

 

ISI TERSIRAT (4 hingga 12 markah)

 

T1 Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya berbanding memantau penggunaan peranti elektronik dalam kalangan anak-anak.

 

T2 Minat yang mendalam dalam kalangan remaja terhadap peranti elektronik.

 

T3 Penggunaan peranti elektronik sudah menjadi budaya masyarakat moden.

 

T4 Perkembangan kafe siber/kafe Internet  yang meluas di negara kita

 

T5 Sesetengah ibu bapa menyediakan kemudahan peranti elektronik kepada anak-anak. 




KESIMPULAN [2 markah] 


K1 - Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama menangani isu ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja agar dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti dan berjati diri yang tinggi.    [2 m]

 

K2- Kesimpulannya, semua pihak perlu lah memainkan peranan dalam usaha mengatasi masalah ketagihan penggunaan peranti elektronik dalam kalangan remaja agar dapat menyiapkan pelapis pemimpin negara yang berketerampilan pada masa hadapan.

 


Soalan 2(a) : Petikan Umum

 Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

(i) Berikan maksud rangkai kata perkembangan emosi.               [2 markah

(i) Maksud perkembangan emosi

- Pertumbuhan jiwa/keperibadian 2

[Maksimum : 2 markah]                                  [Isi cukup : 2 isi]


(ii) Dalam petikan ada menyatakan kesilapan ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan remaja terjerumus ke lembah ketagihan peranti elektronik.

Nyatakan kesilapan-kesilapan tersebut.   [3 markah

(ii) Kesilapan-kesilapan

 

P1 kebebasan dan keterbukaan ibu bapa melengkapkan anak remaja dengan peralatan elektronik.

P2 Segelintir ibu bapa pada masa ini mudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peranti elektronik untuk anak-anak remaja mereka sebagai ‘penjaga’ pada waktu mereka sibuk di luar rumah.

 

[ Maksimum : 3 markah]                                   [Isi cukup : 2 isi]


(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani masalah ketagihan peranti 
elektronik dalam kalangan remaja?              [4 markah]
 

(iii) Peranan ibu bapa

P1 Menunjukkan contoh dan teladan yang baik dalam penggunaan peranti elektronik.

P2 Mendidik anak-anak bersosialisasi/melakukan aktiviti berfaedah dengan rakan sebaya.

P3 Ibu bapa menyediakan aktiviti menarik yang lain kepada anaka-anak.

P5 Ibu bapa jangan membelikan/mendedahkan gajet untuk anak-anak pada peringkat awal,

P6 Setiasa memantau penggunaan peranti elektronik dalam kalangan anak remaja mereka

 

(Isi-isi lain yang sesuai boleh diterima)

 

[ Maksimum : 4 markah]                                    [Isi cukup : 3 isi]








Rabu, 25 November 2020

HEBAT RUMUSAN 13 - IMPAK KETAGIHAN PERANTI ELEKTRONIK




NAMA:                                                                          TARIKH:  

TINGKATAN:

 GEMILANG RUMUSAN SET 1



Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

 

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja dan cabaran untuk menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Peredaran zaman telah mengubah kecenderungan remaja pada masa ini untuk mengisi waktu terluang dengan peranti elektronik. Secara umumnya peranti elekronik bermaksud semua peralatan elektronik yang berfungsi sebagai medium penyampai maklumat dan komunikasi dalam kehidupan harian. Walaupun secara asasnya makna peranti elaktronik ini merujuk kepada perkembangan teknologi yang mampu memberikan kesan positif kepada pengguna, namun dalam kalangan remaja, perkembangan teknologi ini menjadi ancaman jika tidak dikawal penggunaannya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2014, sebahagian besar pengguna Internet di Malaysia terdiri daripada remaja.

 

Kecenderungan remaja menggunakan peranti elektronik secara berlebihan sebenarnya berpunca daripada kesilapan segelintir ibu bapa dan penjaga remaja terbabit. Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab dan mengakui bahawa isu ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja bermula daripada kebebasan dan keterbukaan ibu bapa melengkapkan anak remaja dengan peralatan elektronik. Di samping itu segelintir ibu bapa pada masa ini mudah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peranti elektronik untuk anak-anak remaja mereka sebagai ‘penjaga’ pada waktu mereka sibuk di luar rumah. Sehubungan itu terdapat pelbagai kesan negatif yang menimpa para remaja. Pembaziran masa merupakan antara impak negatif terhadap penggunaan peranti elektronik secara berlebihan. Masalah kesihatan seperti obesiti juga dikatakan berpunca daripada situasi tersebut. Dalam konteks yang lain para remaja akan berhadapan dengan masalah kekurangan kemahiran bersosial dan berkemungkinan menyebabkan tingkah laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan identiti.

 

Menurut seorang pakar pediatrik tempatan, remaja yang menggunakan aplikasi seperti permainan video melebihi dua jam akan menjejaskan penglihatan mereka dan menyebabkan mata menjadi rabung. Selain itu, bagi remaja yang menggunakan peranti elektronik dalam keadaan postur berbaring atau duduk terlalu lama akan meninggakan kesan kesakitan pada tulang belakang dan meningkat risiko bongkok pada usia muda. Di samping itu, remaja yang ketagihan penggunaan peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan mereka terhadap pelajaran atau tugasan yang diberikan oleh guru sebaliknyanya lebih terarah kepada dunia digital. Dalam aspek pergaulan dan berkomunikasi pula, remaja akan menjadi lebih pendiam, kurang sabar, tidak mempunyai teman rapat dan penguasaan bahasa yang tidak berkembang. Isu remaja dan masalah ketagihan peranti elektronik ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Masalah ini menjadi semakin kritikal akibat daripada perkembangan teknologi komunikasi yang semakin bervariasi.

 

Dalam membicarakan isu ketagihan remaja tehadap peranti elektronik ini, implikasi dari sudut perkembangan emosi pula akan mengganggu perkembangan emosi dan kerohanian para remaja. Pada usia yang muda, remaja akan terdedah dengan masalah daya tumpuan yang rendah dan kawalan emosi yang tidak tersusun dengan baik. Oleh itu semua pihak terutamanya ibu bapa dan penjaga perlu mengawasi penggunaan peranti elektronik dalam kalangan remaja. Perkembangan teknologi yang sangat pantas menyebabkan remaja tidak dapat lari daripada menggunakannya.

 

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan peranti elektronik telah menjadi suatu keperluan untuk menjalankan rutin harian. Namun begitu remaja seharusnya bijak memanfaatkan kecanggihan peranti tersebut, bukannya terjerumus ke lembah ketagihan.

 

Dipetik dan diubah suai daripada

‘ Punca dan Kesan Ketagihan Peranti Elektronik’ oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa, Jun 2018. 


Soalan 2: Pemahaman

 

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

(i) Berikan maksud rangkai kata perkembangan emosi.             [2 markah]

Jawapan:


(ii) Dalam petikan penulis ada menyatakan kesilapan ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan remaja terjerumus ke lembah ketagihan peranti elektronik.

Nyatakan kesilapan-kesilapan tersebut.                                [3 markah]

Jawapan:

 

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani masalah ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja.                                                                          [4 markah]

Jawapan: