SKEMA LATIH TUBI MENUKAR AYAT
SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG.
SET I
Tukar ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang
(a)
Program Strategi Kecemerlangan Akademik
anjuran SMK Convent itu dihadiri oleh ramai pelajar tingkatan lima.
(b)
Ayat songsang : Dihadiri oleh ramai
pelajar tingkatan lima program Strategi Kecemerlangan Akademik anjuran SMK
Convent itu
(c)
Menurut Kementerian Kewangan, pendapatan
pekerja sektor swasta sudah setanding dengan pendapatan sektor awam.
Ayat songsang : Menurut Kementerian Kewangan, sudah setanding
dengan pendapatan sektor awam pendapatan pekerja sektor swasta.
(d)
Sanak saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan
berbual-bual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya
baru-baru ini.
Ayat songsang : Seronok berjumpa dan berbual-bual mesra sanak
saudara Pak Hashim semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya
baru-baru ini.
(e)
Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi
ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.
(f)
Ayat songsang : Akan pergi ke Seremban Pasukan
forum remaja sekolah kami untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat
kebangsaan.
(g)
Amalan minum air mineral, makan buah-buahan
dan bersenam dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan supaya tubuh kekal
sihat.
Ayat songsang : Dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan
amalan minum air mineral supaya tubuh kekal sihat.
(h)
Menteri Kewangan mengingatkan ketua-ketua
jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat dalam keadaan ekonomi yang
tidak menentu pada masa ini.
(i)
Ayat songsang : Mengingatkan ketua-ketua
jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat Menteri Kewangan dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.
(j)
Dia menghadapi pelbagai masalah sejak
berpindah ke tempat yang baharu kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan
penduduk kampung.
Ayat songsang : Menghadapi pelbagai
masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu dia kerana belum dapat menyesuaikan
diri dengan penduduk kampung.
(k)
Ibu rindu akan anaknya yang melanjutkan
pelajaran di negara matahari terbit walaupun baru sebulan anaknya ke sana.
(l)
Ayat songsang : Rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran
di negara matahari terbit ibu walaupun baru sebulan anaknya ke sana.
(m)
Hutan paya bakau yang menjadi tempat
penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan perlindungan
burung perlu dikekalkan.
(n)
Ayat songsang : Perlu dikekalkan hutan paya bakau yang menjadi
tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan
perlindungan burung.
(o)
Kegiatan pembalakan haram yang semakin
menjadi-jadi telah menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan.
(p)
Ayat songsang : Telah menyebabkan spesies flora dan fauna
diancam kepupusan kegiatan pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi.
LATIHAN TUBI
MENUKAR AYAT
SET 2
Tukar ayat
susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa.
Sila gunakan huruf berwarna Biru.
(a)
Membersihkan kawasan kediaman mereka penduduk
taman perumahan itu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Ayat susunan biasa : Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan
kediaman mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
(b)
Telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah
seorang guru sekolah kami kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
Ayat susunan biasa : Seorang guru sekolah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah
kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
(c)
Mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa
kawasan kegiatan pembakaran secara terbuka.
(d)
Ayat susunan biasa : Kegiatan pembakaran secara
terbuka mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa kawasan.
(e)
Telah dibaca oleh Hashim majalah berkaitan sejarah
Malaysia pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
(f)
Ayat susunan biasa : Majalah berkaitan sejarah
Malaysia telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
(g)
Seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat
amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.
Ayat susunan biasa : Amalan kitar semula seharusnya
dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.
(h)
Dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan
membentuk diri supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain kemahiran bersosial.
Ayat susunan biasa : Kemahiran bersosial dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan
membentuk diri supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain
(i)
Berpeluang untuk memilih mana-mana barangan
elektrik seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan pembeli yang memenangi cabutan
bertuah itu.
(j)
Ayat susunan biasa : Pembeli yang memenangi cabutan
bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barangan elektrik seperti ketuhar
atau seterika yang dipamerkan.
(k)
Telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kemalangan
yang berlaku di Jalan Teratai itu.
(l)
Ayat susunan biasa : Kemalangan yang berlaku
di Jalan Teratai itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.
(m)
Sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai para petugas kesihatan itu.
(n)
Ayat susunan biasa : Para petugas kesihatan itu sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai.
(o)
Akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk
lupus plastik yang dibuang ke merata-rata tempat kerana sukar diurai secara
semula jadi.
Ayat susunan biasa : Plastik yang dibuang ke merata-rata tempat akan mengambil masa
berpuluh-puluh tahun untuk lupus kerana sukar diurai secara semula jadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan