HALAMAN 2

Jumaat, 1 Oktober 2021

TATAHABAHASA SPM KSSM - PENGUKUHAN PERIBAHASA

SOALAN PERIBAHASA

Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

 

                   “Minggu lepas, saya sekeluarga telah pergi ke Hutan Lipur Sungkai Congkak.    Keadaan di sana amat menyedihkan.  Hati saya bagai kaca terhempas ke batu, “ kata Rosmawati

“Betulkah begitu, Rosmawati?

                    “Betul, Hasnul.  Banyak prasarana yang disediakan telah rosak dan diconteng.  Mereka tidak menghargai langsung kemudahan yang disediakan malah merosakkannya pula.  Sikap mereka ini seperti kera mendapat bunga.  Buka sahaja perlakuan vandalisme, sampah sarap pula terdapat di mana-mana.

                       “ Ye betul tu, sepatutnya, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh kepada anak-anak agar menjaga kebersihan kawasan rekreasi bak kata orang tua-tua, bagaimana acuan begitulah kuihnya,” tambah Hasnul.

                        “Tanggungjawab dan kesedaran menjaga tempat awam perlulah dididik sejak kecil seperti peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” kata Rosmawati.


   Senaraikan empat peribahasa dan kemudian;

a)       Beri maksud peribahasa tersebut

b)      Bina ayat anda sendiri menggunakan peribahasa tersebut

c)       Beri peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Jawapan:

Peribahasa

1. bagai kaca terhempas ke batu

2. seperti kera mendapat bunga

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya

 

Maksud

1. bagai kaca terhempas ke batu-Hati yang hancur kerana dukacita.

2. seperti kera mendapat bunga-Seseorang yang tidak tahu menilai pemberian orang lain.

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya-Seseorang anak itu akan mengikut perangai ibu bapa.

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya-Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Ayat

1. bagai kaca terhempas ke batu-Ali berasa sangat sedih akibat kematian kucing peliharaannya bak kata peribahasa bagai kaca terhempas ke batu.

2. seperti kera mendapat bunga-Ali yang tidak menghargai jasa ibu bapa boleh dikaitkan dengan peribahasa seperti kera mendapat bunga.

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya-Ibu bapa haruslah sentiasa menjaga tingkah laku diri kerana anaklah yang akan mencontohi sikap mereka bak kata peribahsa bagaimana acuan begitulah kuihnya.

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya-Amalan menabung haruslah dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Peribahasa sama maksud:

1. bagai kaca terhempas ke batu-bagai dihiris dengan sembilu

2. seperti kera mendapat bunga-bagai kera diberi kaca

3. bagaimana acuan begitulah kuihnya- ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi √/Bapa borek anak rintik

4. melentur buluh biarlah dari rebungnya-  sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari.













TATABAHASA - PENGUKUHAN SINTAKSIS DAN MORFOLOGI



2. SOALAN MORFOLOGI

Kata Dasar

Kata Nama Terbitan

Kata Majmuk

Bina Ayat

(i) Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata dasar bagi 4 perkataan berimbuhan yang dicondongkan dan dihitamkan.  Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

            Industri pelancongan sudah diketahui oleh umum sebagai sektor yang menyumbangkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.  Untuk memperkasakan sektor pelancongan domestik, lebih banyak tenaga mahir dan berpengalaman luas diperlukan oleh Malaysia dari semasa ke semasa.  Selaras dengan perkembangan itu, pelbagai program pengajian yang berkaitan dengan bidang perhotelan dan pelancongan ditawarkan oleh banyak institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta, khusus bagi merka yang berhasrat untuk mendalami bidang tersebut.

a)      kata dasar

i.sumbang   

ii.perkasa

iii.kembang

      iv.kaji √  

     Bina ayat


     i.sumbang-

Mereka ditangkap kerana berkelakuan sumbang di khalayak ramai.

Wang tunai dan barang-barang dapur telah saya sumbang kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir kilat.

ii.perkasa-

Laksamana Hang Tuah merupakan seorang hulubalang Melayu yang gagah perkasa.

iii.kembang- 

Biskut yang dimasukkan oleh adik ke dalam air kopi itu menjadi kembang.

Bunga-bunga yang sedang kembang di taman itu berwarna-warni dan berbau harum.

iv.kaji-

Sila  kaji semula permohonan modal daripada pihak penduduk tempatan supaya tidak ada yang tertinggal. √   – ayat perintah


a)    (ii)  Senaraikan tiga kata nama terbitan.

Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

i.                    pertumbuhan-

Industri pertanian dan perindustian dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

ii.                  pengajian-

Abang Aiman bertolak ke England untuk meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran.

iii.               perhotelan-

Sektor perhotelan di Malaysia menjadi terkenal kerana menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pelancong domestik dan luar negara.

 

(iii) Senaraikan tiga kata majmuk.

Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata dasar tersebut yang jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.                    industri pelancongan-

Industri pelancongan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara terutama melalui kemasukan pelancong asing.

ii.                  tenaga mahir

-Tenaga mahir amat diperlukan dalam perkembangan teknologi pelbagai bidang.

iii.               institusi pengajian tinggi-

          Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal di Malaysia.

                        








Rabu, 29 September 2021

LATIHAN SINTAKSIS - SUBJEK PREDIKAT, POLA AYAT & AYAT SONGSANG

PENGUKUHAN TATABAHASA - SINTAKSIS
TINGKATAN 5 ST. 28/9/2021

SINTAKSIS

 

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang antara hutan simpan yang paling tua di dunia.  Usianya lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil.  Selain pengunjung tempatan, taman negara ini sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai sebagai destinasi percutian mereka.  Mereka ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah.  Aktiviti yang menanti pengunjung ialah aktiviti merentas hutan, menelurusi sungai dan berkelah di Lata Berkoh.  Dalam perjalanan ke Lata Berkoh, penulis singgah sebentar di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Destinasi Ekopelancongan Terbaik” olah Zubir Mohd Yunus, Berita Hatian Online, 12 Januari 2019)

 

Berdasarkan petikan di atas , terdapat 6 ayat yang perlu dianalsis.

    a)  Kenal pasti subjek dan predikat  (12 markah)

    b)  Nyatakan pola ayat-ayat   (6 markah)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN)

Frasa Nama + Frasa Adjektif  (FN+FA)

c)  Songsangkan ayat-ayat tersebut dengan betul. (6 markah)


      a)    Kenal pasti subjek dan predikat  (12 markah)

i.                    Taman Negara Kuala Tahan, Pahang antara hutan simpan yang paling tua di dunia.

Subjek:Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Predikat:antara hutan simpan yang paling tua di dunia.

ii.                  Usianya lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil.

Subjek:Usianya

Predikat:lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil.

iii.               Selain pengunjung tempatan, taman negara ini sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai sebagai destinasi percutian mereka.

Predikat:taman negara ini

Subjek:sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai sebagai destinasi percutian mereka selain pengunjung tempatan.

iv.                Mereka ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah.

Subjek:Mereka

Predikat:ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah.

v.                  Aktiviti yang menanti pengunjung ialah aktiviti merentas hutan, menelurusi sungai dan berkelah di Lata Berkoh.

Subjek:Aktiviti yang menanti pengunjung

Predikat: ialah aktiviti merentas hutan, menelurusi sungai dan berkelah di Lata Berkoh.

vi.                Dalam perjalanan ke Lata Berkoh, penulis singgah sebentar di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun.

Subjek:penulis√1m

Predikat:singgah sebentar di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun dalam perjalanan ke Lata Berkoh. √   12 markah – tahniah


    b)     Nyatakan pola ayat-ayat   (6 markah)

Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN)

Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN)

Frasa Nama + Frasa Adjektif  (FN+FA)

i.                    Taman Negara Kuala Tahan, Pahang  antara hutan simpan yang paling tua di dunia.

FN+FSN 

ii.                  Usianya lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil.

FN+FA

iii.               Selain pengunjung tempatan, taman negara ini sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai sebagai destinasi percutian mereka.

FN+FK

iv.                Mereka ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah.

FN+FSN

v.                  Aktiviti yang menanti pengunjung ialah aktiviti merentas hutan, menelurusi sungai dan berkelah di Lata Berkoh.

FN+FN

vi.                Dalam perjalanan ke Lata Berkoh, penulis singgah sebentar di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun.

FN+FK


       c)     Songsangkan ayat-ayat tersebut dengan betul. (6 markah)

i.    Taman Negara Kuala Tahan, Pahang antara hutan simpan yang paling tua di dunia.

Antara hutan simpan yang paling tua di dunia Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.

ii.   Usianya lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil.

Lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil usianya.

iii.  Selain pengunjung tempatan, taman negara ini sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai sebagai destinasi percutian mereka.

Sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai sebagai destinasi percutian mereka selain pengunjung tempatan taman negara ini.

iv.  Mereka ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah.

Ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah mereka.

v.   Aktiviti yang menanti pengunjung ialah aktiviti merentas hutan, menelurusi sungai dan berkelah di Lata Berkoh.

Ialah aktiviti merentas hutan, menelurusi sungai dan berkelah di Lata Berkoh aktiviti yang menanti pengunjung.

vi.  Dalam perjalanan ke Lata Berkoh, penulis singgah sebentar di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun.

Singgah sebentar di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun dalam perjalanan ke Lata Berkoh penulis. √   tahniah su chen

                                                             6 markah



Selasa, 24 Ogos 2021

LATIHAN RUMUSAN KSSM - KEBAIKAN MELALUI PERMAINAN CONGKAK








Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak.

 

Bahan 1 – Petikan


Permainan tradisional dikenali juga sebagai permainan rakyat yang dipusakai daripada generasi terdahulu. Bentuk permainan rakyat yang berseni ini merupakan salah satu daripada identiti negara yang patut dipelihara demi kepentingan generasi pada masa hadapan. Contoh permainan tradisional ialah permain guli, batu seremban, congkak, kaki gajah dan galah panjang. Antara permainan tersebut, congkak merupakan permainan tradisional yang paling popular. Walau bagaimanapun, perubahan teknologi telah mencipta pelbagai jenis permainan digital yang menjejaskan minat generasi baharu terhadap permainan tradisional, termasuklah permainan congkak.

 

Sekiranya diperhalusi, permainan congkak yang menetapkan dua orang pemain dalam satu permainan membolehkan semangat setia kawan dizahirkan yang menjadi asas kepada kerukunan hidup bermasyarakat. Di samping itu, permainan congkak dalam kalangan masyarakat terdahulu berupaya mencerdaskan ketajaman akal. Hal ini berkaitan dengan perkataan congkak itu sendiri membawa maksud pengiraan. Kemahiran pengiraan ditekankan melalui mengira mata membuktikan bahawa generasi dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik. Permainan congkak juga mampu dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan. Permainan ini boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

 

Selain itu, permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang sebaris dan dua lubang ibu yang dipanggil “kampung” terletak di hujung papan. Lubang ibu tersebut mestilah diisi dengan buah sebanyak mungkin untuk mencapai kemenangan. Secara tidak langsung, permainan congkak menekankan nilai kejujuran apabila pemain mematuhi peraturan permainan tanpa melakukan penipuan walaupun berkeinginan untuk memenangi pertandingan tersebut. Kegagalan generasi muda memahami falsafah ini dalam permainan congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang. Tambahan pula, sesetengah ibu bapa pada hari ini menganggap bahawa setiap permainan tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-anak mereka. Alangkah ruginya jika warisan dan budaya tinggalan nenek moyang tidak lagi dihargai sehingga hilang dalam arus peredaran masa.

 

    Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memugar Permainan Tradisional,’                      Oleh Nazri Hussein, Dewan Budaya, Bil. 3/2019

Bahan 2 – Sajak

 

GADIS-GADIS YANG BERSIMPUH DI BERANDA

 

Semilir angin petang membawa simfoni damai melodi syahdu dirasakan penuh harmoni

ayu busana dan senyuman lirih kesantunan gadis-gadis yang bersimpuh di beranda bermain congkak warisan bonda.

 

Jari-jemari mengatur buah-buah congkak bagai lenggang gemalai

di medan persaingan yang menuntut ketekunan andaiannya menjangkau jauh ke hadapan menang tidak pernah sombong diri

kalah tiada terlintas rasa iri.


Gadis-gadis yang bersimpuh di beranda bermain congkak warisan bonda melestari seni budaya dalam utuh maruah moyang tercinta

tanpa gundah diri dicerca mundurnya minda.


M. Arif

Jalan Munsyi Abdullah, Melaka



LATIHAN RUMUSAN KSSM - KHASIAT CENDAWAN TERHADAP KESIHATAN DAN LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN PERUSAHAAN CENDAWAN


NAMA:

TINGKATAN:  5 ST

TARIKH      :  24/8/2021

 

LATIHAN RUMUSAN  

Baca petikan dan bahan grafid di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

 

 

          Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan.     

 

          Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat demikian oleh manusia. Hai ini demikian disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun dan dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi.  

 

          Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan.  

 

           Perusahaan cendawan yang berkembang pesat, seperti cendawan tumbuh selepas hujan sebaik-baiknya hendaklah seiring dengan kesedaran tentang manfaat pemakanan cendawan. Kemen-kempen dan promosi tentang kebaikan cendawan perlu diperluaskan oleh pelbagai pihak.  Pelbagai insentif kepada pengusaha penanaman cendawan juga penting untuk meningkatkan daya saing mereka.  Malah pasaran produk cendawan perlu diperluas sehingga ke peringkat antarabangsa agar perusahaan ini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan perusahaan dan  produk tanaman yang lain.

 

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’ oleh Wardah Abdul Rahman, Dewan Kosmik,  April 2011.

 

BAHAN 2 - GRAFIK




 

RANGKA ISI

PENDAHULUAN : ____________________________________________________________________________

ISI-ISI PENTING

Nyatakan Fokus dan senaraikan isi-isi penting dalam jadual.

BAHAN 1 – PETIKAN

 

FOKUS 1 :

FOKUS 2

 

1.

2.

 

 

 

 

 

 

BAHAN 2 – GRAFIK

Mana-mana satu fokus yang berkaitan bahan grafik

senaraikan isi-isi penting dalam jadual.

FOKUS 1 :

FOKUS 2

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN:   _______________________________________________________________________

 

RUMUSAN LENGKAP:

                                     ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.

 

 


 JAWAPAN