HALAMAN 2

Rabu, 31 Mei 2023

RUMUSAN KSSM SPM 2021




BAHAGIAN C: RUMUSAN

SPM 2021

[30 markah]

 

9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tapa mengubah maksud asal petikan.

 

 BAHAN 1 - PETIKAN

 

          Tanggal 16 Mei pada setiap tahun menjadi hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga bergelar guru atau panggilan keramatnya, 'cikgu'. Pada hari tersebut, sambutan hari guru diadakan sebagai tanda kita menghargai jasa dan pengorbanan golongan guru. Antara aktiviti sambutan hari guru adalah dengan mengadakan pelbagai persembahan menarik untuk menggembirakan hati guru. Tidak cukup dengan Guru yang tidak lekang di bibir mereka.

 

          Peranan guru dilihat sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Hal in dikatakan demikian kerana mereka sangat berharap agar anak didik yang diasuh menjadi manusia yang berguna. Selain itu, guru mendidik murid-murid menghindari keburukan agar mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, walaupun sesekali murid terpaksa dihukum tetapi tindakan itu diambil demi kebaikan mereka. Keikhlasan guru dalam mendidik telah menjadikan mereka mampu tersenyum puas apabila melihat kejayaan anak didiknya.

 

          Selaku manusia yang bermaruah, kita harus bertanya kepada diri sendiri, adakah kita masih ingat kepada orang yang pernah mengajar kita suatu masa dahulu? Kita seharusnya bertanya khabar dan menziarahi mereka walaupun sudah berjawatan tinggi selain menitipkan doa kepada mereka agar sentiasa sejahtera. Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan, jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan kerana hasil didikan guru telah meletakkan mereka pada kedudukan sekarang. Semua perkara ini sebagai bukti untuk menghargai jasa guru selama ini. Jadi, janganlah kita berasa sombong dengan pencapaian kita pada hari in kerana sejarah kejayaan seseorang dimulakan oleh seorang guru biasa.


Dipetik dan diubah suai daripada rencana*Guru Dihargai Mampu Galas Tanggungjawab' oleh Mary Yap Kain Ching, Berita Harian, 17 Mei 2016


      BAHAN 2 - BAHAN GRAFIK

                  
                

Pendahuluan  [2  MARKAH)                                                                                    

P1 membincangkan cara-cara / langkah-langkah / usaha-usaha / kaedah-kaedah

      menghargai jasa guru dan peranan / tugas / tanggungjawab guru                                         

 Isi [16 markah]

 

FOKUS 1: Cara-cara menghargai jasa guru

 

A Bahan 1

1    sambutan hari guru diadakan  .        2m                                                                                        

2    seharusnya bertanya khabar dan menziarahi. 2m                                                                                   

3    menitipkan doa kepada mereka.  2m                                                                                                             

4    jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan.   2m 

 

B Bahan 2

5    menghormati guru.  2m  

6    sentiasa membantu guru. 2m guru                                                                                                                

7    menyayangi guru . 2m  

 

C Bahan 3

8    menghadiahi guru (sejambak bunga) / Memberikan hadiah (Bahan 1)   2m

9    mengenang jasa guru           2m                                                                                               

FOKUS 2: Peranan-peranan guru  

D Bahan 1

1 membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek    2m

2.  mendidik murid-murid menghindari keburukan 

                                                                                                                                                                                                      

E Bahan 3

3 sentiasa menabur budi    2m  

 

Kesimpulan [2 markah]

K1 Kesimpulannya, jasa guru perlu dihargai agar ilmu yang diperoleh diberkati 

                                                                                                            2m


Rumusan lengkap;


        Rumusan membincangkan  usaha-usaha menghargai jasa guru dan peranan seorang guru.

 

          Antara usaha menghargai jasa guru ialah sambutan hari guru diadakan serta seharusnya  bertanya khabar dan menziarahi mereka.  Selain itu, kita juga perlu menitipkan doa kepada mereka dan jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan.  Usaha seterusnya ialah  sentiasa membantu guru ,menyayangi guru dan menghadiahi guru sejambak bunga.                         

 

          Antara peranan guru pula ialah untuk membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dan mendidik murid-murid menghindari keburukan di samping sentiasa menabur budi.

 

          Kesimpulannya, jasa guru perlu dihargai agar ilmu yang diperoleh diberkati dan melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.


                                                                          (112 patah perkataan)

                                                  

 

 








Selasa, 23 Mei 2023

RUMUSAN KSSM - TEMA KAEDAH/STRATEGI MEMILIH PEKERJAAN DI PASARAN



  

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

 

Bahan 1 – Petikan

          Selepas tamat belajar, setiap individu mestilah mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan mereka demi masa depan.  Pada masa ini, bukan mudah mendapatkan pekerjaan jika tidak kena cara dan gayanya.  Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh seorang pencari kerja terutamanya peluang kerja yang kurang berbanding minat sesorang pencari kerja.    Hal ini ditambah pula dengan kegawatan ekonomi, dan kelulusan atau kelayakan yang tidak seiring dengan kehendak bidang pekerjaan.

 

          Bagaimanapun, seseorang pencari kerja mestilah memikirkan pelbagai kaedah dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan.  Mereka mestilah mengetahui jenis pekerjaan yang terdapat di pasaran.  Mereka juga mestilah menyesuaikan pekerjaan tersebut dengan kelulusan yang dimiliki dan sepadan pula dengan syarat yang diperlukan untuk memperoleh pekerjaan yan diingini.  Di samping itu, penyelidikan dan pencarian berkaitan pekerjaan serta organisasi yang menawarkan pekerjaan mestilah diambil kira oleh seseorang pencari kerja.  Kemudian, seseorang itu juga mesti membuat analisis dan senarai pendek pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelulusan.  Sikap positif dan proaktif dalam mencari dan menghidu peluang mestilah ada bagi seorang pencari kerja agar senang memperoleh pekerjaan.

 

          Setiap pencari kerja mestilah mendapatkan pelbagai info menerusi media masa yang selalu memaparkan iklan.  Rakan-rakan yang bekerja juga boleh dijadikan tempat untuk bertanya soal pekerjaan.  Seseorang pencari kerja juga boleh pergi ke tempat-tempat atau organisasi yang menawarkan pekerjaan bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan.  Seterusnya seseorang itu perlu memastikan bahawa pekerjaan yang dicari itu adalah pekerjaan yang diminati.  Hal ini demikian, kerana minat akan menentukan seseorang itu berpuas hati dengan kerja yang dilakukan.  Seseorang itu menjadi sayang akan pekerjaan yang dilakukan.  Jika tidak  berjaya, carilah pekerjaan yang ada potensi untuk menimbulkan minat diri.  Tegasnya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum seseorang itu terjun ke bidang pekerjaan.  Sebelum bekerja, seseorang tiu perlu membuat pelbagai kajian demi memperoleh pekerjaan yang menjamin masa depan.

Dipetik dan diubah suai daripada “Tips mencari pekerjaan”  Berita Harian. 

TEMA :  Usaha/kaedah untuk memilih pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pencari kerja

Fokus 1 –  

Fokus 2 –  


  

Sabtu, 6 Mei 2023

ANALISIS PERISTIWA MENGIKUT BAB - NOVEL DI SEBALIK DINARA

TUGASAN 4 INSPIRASI - ANALISIS PERISTIWA MENGIKUT BAB

ANALISIS PERISTIWA NOVEL DI SEBALIK DINARA

 

BAB 1

1. Latar tempat

1.     Balai berlepas Lapangan Terbang senai

2.     di kaunter daftar masuk Syarikat Penerbangan Malaysia

-          Farisaha beratur di belakang seorang perempuan yang bercakap di telefon dengan nada suara yang tinggi tanpa mepedulikan orang di sekeliling dan di belakangnya seorang lelaki yang bercakap dengan bersopan santun

3.     Di dalam pesawat -Farisha duduk bersebelahan dan berbual-bual Aqram  dalam pesawat penerbangan ke kuala lumpur

4.     Balai ketibaan KLIA – Farisha sampai dari Johor Bahru

5.     Apartment Farisha – tempat tinggal Farisha dan rakannya Shida

6.     Bilik Dr . Maxi – Aqram dan Dr Maxi membuat ujian DNA sample air liur Farisha dan hasil kajian mendapati Farisha merupakan orang yang dicari-cari oleh mereka.

Latar Masa:  10 malam – Farisha sampai ke apartmen nya dari KLIA

 

2. Watak:

Farisha

Dr Maxi

Aqram

Shida – rakan serumah Farisha

Azraai – abang Farisha

3. Peristiwa penting/peristiwa menarik/peristiwa menggembirakan/peristiwa yang menyentuh perasaan/peristiwa yang mengejutkan/peristiwa yang memberi pengajaran/peristiwa yang memaparkan nilai dalam kehdupan

 

Peristiwa1

Azraai abang Farisha telah memasang Retinal Scanner di pintu masuk apartment Farisa untuk menjaga keselamatan Farisha.  Azraai juga telah menyambung Intercom apartmen  Farisha ke telefon rumahnya. Tindakan abang Farisha bertujuan menjaga keselamatan Farisha berikutan kejadian pembunuhan yang berlaku berdekatan dengan apartmen Farisha

Analsis peristiwa:  KBAT

ANALISIS KBAT

HURAIANNYA

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

peristiwa ini menarik kerana jelas menggambarkan kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang untuk menjaga keselamatan adiknya walaupun bukan adik kandungnya sendiri tetapi keselamatan sentiasa dijaga.

 

b)    Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana …

 

Kita mestilah/sebagai abang kita mestilah sentiasa menjaga keselamatan adik beradik/ahli keluarga kita daripada sebarang masalah dan bencana

 

Kita hendaklah sentiasa saling menyayangi dan sentiasa menjaga keselamatan ahli keluarga kita yang tercinta.

 

 

c)     Peristiwa menggembirakan…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan sikap dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh seorang abang yang sentiasa memberi kasih sayang dan melindungi keselamatan adik

 

d)    Peristiwa menyentuh hati…

 

Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana saya berasa kagum/terharu dengan kasih sayang abang terhadap adik angkatnya sehingga sanggup berbuat sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan adik sentiasa terjamin

 

e)    Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan…

 

Peristiwa ini memaparkan nilai murini iaitu nilai kasih sayang seorang abang kepada adiknya yang sentiasa menjaga keselamatan adik angkatnya dari sebarang mara bahaya.

 

 

 

 

Peristiwa 2:

Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang.  Dia berjaya mengambil cawan kecil bekas minuman Farisha dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan itu, Ujian DNA telah dibuat oleh Dr Maxi pada kesan air liur yang melekat di cawan.  Hasil ujian tersebut menunjukkan mereka berjaya menemui Farisha yang akan menyelamatkan Sistem Dinara.

 

Analisis KBAT

ANALISIS KBAT

HURAIANNYA:

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

peristiwa ini menarik kerana Jelas menggambarkan kebijaksanaan dalam memastikan tugas berjaya dilaksanakan dan menggambarkan kecanggihan sains dan teknologi apabila DNA seseorang boleh dikesan melalui ujian air liur sahaja

 

b)    Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana …

 

Kita mestilah bijak berusaha untuk memastikan tugas dan matlamat dapat dicapai dengan jayanya serta menggunakan ilmu sains dan teknologi dengan bijak supaya mencapai kejayaan

 

 

c)     Peristiwa menggembirakan…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan kebijaksanaan Aqram mendapatkan sample DNA bagi memastikan Farisha lah orang yang dicari-cari yang dapat membantu menyelamatkan sistem Dinara

 

d)    Peristiwa menyentuh hati…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan kebijaksanaan Aqram mendapatkan sample DNA bagi memastikan Farisha lah orang yang dicari-cari yang dapat membantu menyelamatkan sistem Dinara

 

e)    Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan…

 

Peristiwa ini memaparkan nilai murini iaitu nilai kebjaksanaan menyelesaikan tugas dan kebijaksanaan menggunakan kemajuan sains dan teknologi untuk kebaikan dalam kehidupan. 

 

 

 

 

Peristiwa 3

Aqram boleh mempengaruhi pemikiran orang lain dengan bertentang mata walaupun dia gagal berbuat demikian terhadap Farisha.

Farisha memiliki pendinding yang dipanggil WALL – menghalang mindanya dibaca oleh orang lain

Penciptaan Penetrato r ilindder logam sepanjang 6 inci diberikan oleh Dr Maxi kepada Aqram untuk melemahkan WALL yang dimiliki oleh Farisha.  Penetrator boleh berubah bentuk mengikut apa yang difikirkan oleh orang yang memegangnya,

Aqram mempunyai jam tangan yang berfungsi sebagai pusat kawalan elektronik.  Hanya perlu menekan butang paling kanan untuk mematikan semua alat elektronik yang dibawa oleh Aqram

 

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

peristiwa ini menarik kerana jelas menggambarkan kemajuan bidang sains dan teknologi sehingga manusia mampu mencipta pelbagai peralatan yang dapat membantu memudahkan tugas manusia dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan.

 

 

Peristiwa 4:

 

Shida yang sedang berada di gelanggang skuasy segera balik ke apartmennya dalam tempoh lima minit untuk membukakan pintu apartmen apabila Farisha tidak dapat masuk ke dalam. Setelah mengimbas retinal scanner yang dipasang oleh Azraai , mereka masuk ke dalam apartment

 

Analisis KBAT

ANALISIS KBAT

HURAIANNYA:

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

Shida kawan Farisha menunjukkan semangat persahabatan yang tinggi sehingga bergegas balik ke apartment supaya Farisha tidak perlu menunggu teralalu lama untuk masuk dan berehat.

 

b)    Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana …

 

 

Sebagai kawan kita mestilah sentiasa mempunyai semangat persahabatan yang tinggi dan sentiasa memudahkan urusan kawan

 

c)     Peristiwa menggembirakan…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa gembira apabila Shida berusaha untuk kembali ke apartmennya  dalam tempoh lima minit sahaja dan dengan itu Farisha yang baru pulang dan kepenatan dapat segera berehat di apartmen mereka

 

d)    Peristiwa menyentuh hati…

 

Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana saya berasa gembira apabila Shida berusaha untuk kembali ke apartmennya  dalam tempoh lima minit sahaja dan dengan itu Farisha yang baru pulang dan kepenatan dapat segera berehat di apartmen mereka

 

e)    Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan…

 

Peristiwa ini memaparkan nilai murni iaitu setiakawan kerana berusaha untuk memudahkan urusan kawan kita