HALAMAN 2

Rabu, 29 Disember 2021

LATIHAN RUMUSAN 6 - KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI DAN PUNCA MASYARAKAT KURANG BEREKREASI


Soalan 9 :  Rumusan

 

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan

 

Bahan 1 – Petikan

 

          Rekreasi ialah segala aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal dan pergerakan anggota badan di samping keupayaan mind, kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.  Rekreasi melibatkan aktiviti secara individu seperti bebasikal, dan secara baerkumpulan seperti bola sepak.  Walau apa-apa pun jenis aktiviti yang dijalankan, rekreasi memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan agar dapat dijalankan dengan jayanya.  Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti rekreasi mampu melahirkan keluarga bahagia dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.  Hal ini demikian kerana, ahli keluarga akan turut serta menjalankan pelbagai aktiviti dengan memainkan peranan masing-masing.  Selain itu, aktiviti rekrasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat kerana merweka dapat menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang.

          Amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan.  Sebagai contoh, apabila kita melibatkan diri dalam aktiviti sukan ekstrem seperti terjunan udara, tubuh badan kita akan berpeluh sekali gus dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.  Kesannya, penyakit kronik seperti sakit jantung, ldarah tinggi dan kencing manis dapat dielakkan.  Namun begitu, masyarakat hari ini sering beranggapan bahawa aktiviti rekreasi ini hanya membuang masa kerana terdapat sesetengah aktiviti rekreasi memerlukan tempoh masa yang lama untuk dilakukan.  Kesibukan masyarakat mengejar kemewahan duniawi menyebabkan mereka tidak berminat untuk melakukan aktiviti ini. 

          Akhir sekali , aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea dan buah fikiran dalam kalangan masyarakat.  Pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemimiran masyarakat.  Misalnya. Melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, sikap individualisme dapat dihaoyusjann dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar.  Aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat.  Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian  kerana sesungguhnya , minda yang cerdas terletak pada badan yang sihat.

             

                                     


BAHAN 2 - PANTUN




BAHAGIAN C : RUMUSAN

[ 30 markah ]

 

Markah penuh 30 dibahagikan kepada

a)      Isi                                -           20 markah

b)      Bahasa                         -           10 markah

 

a)      Isi [20 markah]

Nota :

i.    Panduan mengira perkataan :

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :

·         nama khas

·         perkataan berulang

·         penggunaan kata sendi di dan ke

·         tarikh

·         angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

·         gelaran

·         penanda wacana

·         peribahasa/ slogan

ii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.

iii  Berikan 2 markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

iv  Rumusan mesti mengandungi pendahuluan, 8 isi tersurat dan

kesimpulan 

                   v  8 isi tersurat diambil daripada Bahan 1 dan Bahan 2 dan                                      menyentuh semua fokus 

b)      Bahasa [10 markah]



Pendahuluan

 

P1.    Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1) dan punca / sebab / faktor masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan(F2)                                                                                                                         - 2m

P2.    Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan/ faedah/ kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1)                                                                                      - 1m

 

 

Bahan 1

 

A1.    Melahirkan keluarga bahagia

A2.    Mampu mengeratkan hubungan silaturahim

A3.    Mampu memberi ketenangan jiwa kepada masyarakat

A4.    menyihatkan badan

A5.    Mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran

A6.    Sikap individualisme dapat dihapuskan

A7.    Semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakarkan

 

Fokus 2  Punca masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan

 

Bahan 1

 

B1.    Membuang masa

B2.    Kesibukan masyarakat mengejar kemewahan duniawi

 

Bahan 2

 

C1.    Remaja gemar bermain peranti / gajet / telefon bimbit / Internet

C2.    Tiada galakan daripada keluarga

C3.    Anggapan sukan merupakan aktiviti yang berbahaya

 

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan aktiviti berekreasi / bersukan agar masyarakat hidup sejahtera. 2m                                                 

Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama                         menggalakkan  masyarakat berekreasi. 1m


Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama                      menggalakkan aktiviti ini agar kesihatan masyarakat terjamin.- 0 m



  


        









Khamis, 9 Disember 2021

SKEMA PEPERIKSAAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN SPM 2021


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2021

SOALAN 6 : PETIKAN UMUM (2)

 

i)   - Maksud rangkai kata basahan perbualan ialah

-  perkara/hal biasa percakapan/pertuturan                                                           2m

[2 markah]

 

 soalan (ii) Banding beza

ii) Perbezaan langkah-langkah menyuburkan perpaduan dalam kalangan rakyat

Bahan 1

A1 Semua pihak menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama

A2 Semua rakyat yang sederhana dan patriotik untuk terus memperjuangkan usaha membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu

 

 Bahan 2

B1 Portfolio perpaduan diwujudkan dalam Kabinet Malaysia

B2 Penubuhan Kementerian Perpaduan oleh kerajaan

B3 Keseriusan kerajaan melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional

* Perkataan yang ditebalkan wajib ada

[maksimum 3 markah] [isi cukup 2 isi daripada kedua-dua bahan]

KBAT

iii)  Peranan media dalam mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat

P1 Menerbitkan buku-buku /bahan bacaan tentang keharmonian negara dan perpaduan kaum

P2 Menayangkan filem-filem atau dokumentari bertemakan perpaduan/cinta akan negara/kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia/tokoh-tokoh sejarah/pemimpin negara

P3 Menguar-uarkan/ mempromosikan kejayaan negara dalam pelbagai bidang

P4 Kementerian Multimedia dan Komunikasi menganjurkan pertandingan nyanyian lagu- lagu patriotik / kenegaraan

P5 Menyiarkan iklan secara berterusan dan menyeluruh

P6 Menyiarkan laporan/berita/rancangan yang positif dan mempunyai nilai-nilai murni

                                                                                     [maksimum 3 markah]

[isi cukup 2 isi]

PENYELESAIAN MASALAH

 

iv)  Persediaan-persediaan yang anda perlu buat supaya majlis rumah terbuka berjalan lancar 

P1 menyediakan segala peralatan yang lengkap

P2 menyediakan makanan dan minuman yang bersih, sesuai dan mencukupi untuk para tetamu

P3 menghormati budaya kaum-kaum lain

P4 berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang sesuai P5 memberi layanan mesra kepada tetamu

P6 menyediakan kemudahan kawasan meletak kenderaan

*Jawapan calon mesti menyebut perkataan “saya”

[maksimum 4 markah]

[isi cukup 3 isi]


SOALAN 7 PETIKAN SASTERA

(i)                Maksud. melaksanakan pendidikan ialah menjalankan/mengerjakan/ menyelesaikan proses belajar / proses mencari ilmu / pengetahuan

 

[maksimum : 2 markah]

 

       SEMUA BAHAN

(ii)               Berdasarkan semua bahan, bagaimanakah cara seseorang    menambahkan ilmu pengetahuan untuk kegunaan pada masa hadapan?

 

Bahan 1 - Petikan Sajak

A1– Melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading 

A2 – Meneroka / mengkaji ilmu tanpa jemu

 

Bahan 2 Petikan Drama 

B1 belajar melalui Youtube

B2 – menggunakan pelbagai aplikasi media sosial 

B3 – menonton sidang video

 

Bahan 3 Pantun

C1 – Berguru / mencari guru 

C2 – Sedia mematuhi guru

 

[maksimum : 4 markah] [isi cukup : 3 isi daripada 3 bahan]

 

 KBAT

(iii)            Kelebihan pendidikan aliran kemahiran ialah

 

P1 Membuka peluang pekerjaan yang banyak P2 Meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan P3 Memperoleh gaji yang lumayan

P4 Mendapat sokongan dan bantuan / dana kerajaan

P5 Menghasilkan sumber tenaga tempatan berkemahiran tinggi P6 Menjadi tonggak pembangunan industri negara

[maksimum : 4 markah]

[isi cukup : 3 ]

 

       PENYELESAIAN MASALAH

(iv)             Tindakan yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda bagi mencapai cita- citanya?

 

P1 Menasihatinya sentiasa kuat semangat P2 Mencadangkan bekerja sambilan

P3 Meminta pendapat kaunselor / guru di sekolah / Penghulu / Ketua Kampung / ibu bapa


P4 Membawanya ke pejabat Pendidikan Yayasan Pelajaran / MARA/Baitulmal P5 Memberikan/meminjamkan wang

P6 Menjalankan kutipan derma / bantuan kewangan

 

[ maksimum : 3 markah ]

[ isi cukup : 2 ]

 

 



SOALAN 8 : NOVEL

 

Perhatian bagi soalan 8 [novel]

Panduan penskoran

8. (i) Jawapan berdasarkan petikan novel.

Markah

(i)         Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

4

(ii)        Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis.

3

(iii)       Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat masih gramatis.

2

(iv)       Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis

1

(v)        Isi tidak tepat/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis

0

 

 

[ Maksimum : 4 markah ]

[ Isi cukup : 3 isi ]

 

 

8.(ii) Jawapan berdasarkan sebuah novel.

 

(i)                    Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan jelas.

(ii)                  Beri 2 markah bagi setiap peristiwa yang tepat, lengkap dan jelas.

(iii)               Markah isi maksimum 4 markah ( berdasarkan 2 isi yang tepat, lengkap dan jelas).

(vi)                Markah bahasa maksimum 2 markah

(vii)              Markah bahasa diberi secara impression.

Baik                   : 2 markah

Lemah               : 1 markah

(viii)           Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah bahasa.

(ix)               Calon tidak menjawab 0 markah

 

[ Maksimum: 6 Markah ]

 

 

8 (i) Kesan-kesan peperangan terhadap sosioekonomi masyarakat di Tanah Melayu

 

p-  rakyat hidup dalam kesusahan

P2-  penduduk kampung tidak dapat lagi menoreh getah kerana getah tidak dapat dijual

P3-  peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan tentera tentera Jepun


P4-  para petani takut turun ke sawah kerana pertempuran sering berlaku antara Jepun dengan pasukan penentang yang bersembunyi di dalam hutan

P5-  apabila berlaku pertempuran antara kedua-dua belah pihak, maka penduduk kampung menjadi mangsa

P6-  akibat ketiadaan beras, rakyat memakan ubi, pisang dan apa-apa sahaja yang boleh menjadi pengalas perut

 

[ Maksimum : 4 markah ]

[ Isi cukup : 3 isi ]

 

 

 

8 (ii) PERISTIWA YANG MENGGEMBIRAKAN PEMBACA DI SEBALIK DINARA

1.      Farisha menerima tawaran sebanyak RM 1.5 juta sebagai jururunding bagi menggodam Sistem Dinara selepas meminta pandangan/pendapat daripada abangnya, Azraai. Secara tidak langsung syarikat yang ditubuhkan oleh Farisha bersama-sama rakan kongsinya, Rosman dapat berkembang sepertimana yang diimpikan. Akhirnya, Farisha berjaya mendapatkan projek untuk syarikatnya, Secured Shell Sdn Bhd.

Peristiwa ini mengembirakan pembaca kerana ....

 

2.    Medina berjaya menjejaki dan bertemu dengan anak kandungnya, Farisha dengan bantuan dua orang suruhannya, iaitu Farid dan Amin setelah penat berusaha mencari dan terpisah sekian lama.

 

3.      Aqram berjaya bertemu dengan Farisha setelah lama berusaha menjejaki dan mengekori Farisha. Melalui DNA yang diambil daripada sampel cawan yang digunakan oleh Farisha semasa di dalam pesawat, Dr Maxi mengesahkan bahawa perempuan yang dicari oleh Soft Lab selama ini benar-benar Farisha.

 

4.     Azraai memasang ‘retinal scanner’ di apartmen Farisha dan menghubungkan interkom ke rumahnya bagi memastikan keselamatan Farisha terjamin. Sebagai seorang abang, Azraai berasa bertanggungjawab menjaga keselamatan Farisha walaupun Farisha hanyalah adik angkatnya.

 

5.   Shida yang sedang bermain skuasy segera meninggalkan gelanggang skuasy apabila Farisha memaklumkan bahawa dia tidak dapat masuk ke rumahnya. Shida yang merupakan sahabat sejati sanggup membantu Farisha yang sedang menghadapi masalah.

 

6.   Shida sedia menghantar Farisha ke stesen monorel untuk menghadiri Simposium di Hotel Renaissance. Farisha terpaksa meminta bantuan dengan mengejutkan Shida yang ketika itu sedang tidur untuk menghantarnya ke stesen monorel kerena kereta Rosman rosak. Shida sebagai sahabat baik sanggup membantu Farisha yang menghadapi kesusahan.


SILIR DAKSINA

 

1.   Umi, walid dan Siti Asiyah hadir menyaksikan Haiqal membuat persembahan zapin di Kampung Seri Purnama walhal umi sendiri pada awalnya tidak merestui tindakan Haikal untuk ke Johor. Kedatangan ibu Haiqal suatu yang tidak diduga kerana dia tidak bersetuju dengan tindakan Haiqal untuk menjejaki memori arwah ayahnya, Abdullah Kayan.

 

2.      Cadangan Haiqal untuk menghidupkan semula tarian zapin di Kampung Seri Purnama diterima oleh beberapa orang lama di kampung tersebut walaupun dia baharu sahaja berkenalan dengan penduduk kampung tersebut. Hasrat Haiqal untuk menghidupkan kembali tarian zapin yang pernah ditubuhkan dan dipopularkan oleh arwah ayahnya iaitu Abdullah b Kayan mendapat sokongan  daripada penduduk kampung.

 

3.    Ong See Hwa bersedia untuk menggantikan Lazim yang terlibat dengan kemalangan jalan raya sebagai penari zapin dan berpasangan dengan Haiqal bagi menjayakan majlis malam kebudayaan di kampung mereka. Kesediaan Ong See Hwa sebagai sahabat dapat membantu Haiqal menjayakan persembahan zapin pada malam tersebut.

 

4.   Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejaki warisan peninggalan arwah ayah kandungnya, Abdullah bin Kayan walaupun tidak mendapat sokongan ibunya. Kedatangannya di kampung halaman ayahnya, iaitu Kampung Seri Purnama memberi peluang kepada Haiqal untuk melepaskan perasaan rindu yang terpendam terhadap ayahnya selama ini.

 

5.        Haiqal mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung untuk mengadakan persembahan zapin D’Purnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Kumpulan Zapin D’Purnama yang telah terkubur selama ini dengan ahli- ahlinya yang telah terpisah akhirnya bersatu kembali dan berjaya memberi persembahan yang hebat pada malam kebudayaan tersebut

 

[ Maksimum: 6 Markah ]



BAHAGIAN C : RUMUSAN

[ 30 markah ]

 

Markah penuh 30 dibahagikan kepada

a)      Isi                                -           20 markah

b)      Bahasa                         -           10 markah

 

a)      Isi [20 markah]

Nota :

i.             Panduan mengira perkataan :

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :

·         nama khas

·         perkataan berulang

·         penggunaan kata sendi di dan ke

·         tarikh

·         angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan

·         gelaran

·         penanda wacana

·         peribahasa/ slogan

ii.                        Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

iii.                        Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.

iv.                        Berikan 2 markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

v.                        Rumusan mesti mengandungi pendahuluan, 8 isi tersurat dan kesimpulan

vi.              8 isi tersurat diambil daripada Bahan 1 dan Bahan 2 dan menyentuh semua fokus.

vii.                         Terima sekiranya calon menulis dalam satu perenggan


b)      Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

 

Peringkat

Markah Bahasa

Huraian

 

 

Cemerlang

 

 

8 - 10

 

-   Kesinambungan isi baik

-   Struktur ayat / tatabahasa baik

-   Kosa kata amat luas

-   Tanda bacaan / ejaan betul

 

 

Baik

 

 

 

5- 7

 

-   Kesinambungan isi baik

-   Struktur ayat / tatabahasa baik

-   Kosa kata luas

-   Tanda bacaan / ejaan betul

 

 

Sederhana

 

 

3 - 4

-   Kesinambungan isi masih baik

-  Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan

-   Kosa kata masih memuaskan

-   Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

 

 

1 – 2

- Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan

 

[ Markah bahasa maksimum: 10 markah]

 Mengenal pasti fokus dalam semua  bahan dan tema 


Pendahuluan

 

P1.    Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1) dan punca / sebab / faktor masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan(F2)                                                                                                                         - 2m

 

P2.    Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan/ faedah/ kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1)                                                                                                         - 1m

 

P3.    Rumusan membincangkan punca / sebab / faktor masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan                                                                                                                                - 1m

 

P4.    Rumusan membincangkan masyarakat tidak berminat untuk berekreasi                        - 0m Fokus 1 – Kepentingan rekreasi / bersukan

Bahan 1

 

A1.    Melahirkan keluarga bahagia

A2.    Mampu mengeratkan hubungan silaturahim

A3.    Mampu memberi ketenangan jiwa kepada masyarakat

A4.    menyihatkan badan

A5.    Mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran

A6.    Sikap individualisme dapat dihapuskan

A7.    Semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakarkan

 

Fokus 2 Punca masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan

 

Bahan 1

 

B1.    Membuang masa

B2.    Kesibukan masyarakat mengejar kemewahan duniawi

 

Bahan 2

 

C1.    Remaja gemar bermain peranti / gajet / telefon bimbit / Internet

C2.    Tiada galakan daripada keluarga

C3.    Anggapan sukan merupakan aktiviti yang berbahaya

 

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan aktiviti berekreasi / bersukan agar masyarakat hidup sejahtera. 2m                                                 

Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan masyarakat berekreasi.

1

Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan aktiviti ini agar kesihatan masyarakat terjamin.  0 m