HALAMAN 2

Rabu, 4 September 2013

NOTA HIKAYAT SIAK - PROSA TRADISIONAL ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU



ANALISIS
PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT SIAK

Tuan Bujang (Raja Kecil) Dinobatkan

Tuan Bujang meminta izin daripada Sultan Pelembang hendak mengembara. Sultan Palembang mengizinkan sambil membekalkan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang mengembara ke Rawas. Di situ, Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Raja Kucing dan memperoleh seorang anak lelaki yang dinamakan Raja Alam.

Tuan Bujang mengembara ke Jambi dan singgah di Batu. Di situ baginda berperang dengan Sultan Maharaja kerana berebut kebesaran. Tuan Bujang luka di paha kiri dan akhirnya Sultan Maharaja menang.

Tuan Bujang mengembara pula ke Minangkabau dan singgah di Pagaruyung. Tuan Bujang menghadap sultan dan baginda terkejut apabila melihat Tuan Bujang. Sultan menanyakan sebab Tuan Bujang berada lama di laut. Tuan Bujang memberitahu bahawa dia melihat cupak gantang orang. Sultan ingin mengetahui tindakan yang akan diambil oleh Tuan Bujang. Tuan Bujang memberitahu bahawa dia akan menurut sahaja apa yang diperintahkan. Puteri Jilan memerintahkan supaya Tuan Bujang pergi ke Siak untuk mengambil semula takhta kerajaan Negeri Johor dan menuntut bela atas kematian ayahandanya.

Tuan Bujang dinobatkan oleh Yamtuan Sakti dan baginda ingin menguji Tuan Bujang sebagai pewaris Minangkabau. Apabila semua rakyat berkumpul, Tuan Bujang dipakaikan alat kerajaan oleh Puteri Jilan. Mahkota kerajaan dipakaikan oleh Yamtuan Sakti di kepala Tuan Bujang sambil menyebut-nyebut salasilah Tuan Bujang. Apabila diperlakukan sedemikian, muka Tuan Bujang berubah seperti bunga raya kembang pagi sehingga tidak dapat dipandang akibat bercahaya.

Apabila melihat keadaan sedemikian, semua orang sujud kepada Tuan Bujang sambil menyeru supaya Tuan Bujang berada dalam keadaan aman sebagai pemerintah yang agung. Tuan Bujang diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik.

Pada suatu hari, Puteri Jilan dan Yang Dipertuan Sakti membawa pedang kebesaran yang berasal dari Minangkabau. Puteri Jilan membekalkan rambutnya yang berukuran lima depa, dua butir kupang-kupang dan satu cap. Di dalam cap itu telah ditulis perjanjian supaya segala anak Minangkabau  menyembah Yang Dipertuan Raja Kecik dan jika enggan berbuat demikian maka akan terkena sumpah.

Apabila selesai dibuat perjanjian, Yang Dipertuan Raja Kecik memohon daripada Yang Dipertuan Sakti dan Puteri Jilan untuk berangkat. Baginda dibekalkan dengan pembesar dan hulubalang. Puteri Jilan mengucapkan selamat kepada cucunya itu dan berharap akan beroleh apa yang dihajati.

Kisah Raja Kecil

Sebelun tiba di Siak, baginda singgah di Bukit Batu. Di situ baginda membeli ikan terubuk beserta telurnya untuk dibawa ke Siak. Orang Siak tidak mengenali baginda dan baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk.

Baginda pergi ke Mengkalis untuk berjumpa dengan anak-anak Minangkabau. Baginda berjumpa dengan penghulu di situ sambil menyerahkan cap yang dibekalkan oleh Yang Dipertuan Sakti. Apabila melihat cap daripada Pagaruyung dan titah daripada Yang Dipertuan Sakti itu, semua orang menjadi terkejut dan takut. Semua penduduk Mengkalis berkumpul dan menyembah Yang Dipertuan Raja Kecik. Mereka akan menurut apa-apa sahaja yang diarahkan oleh baginda.

Baginda berangkat ke Batu Bahara dan mendapati ramai anak Mingkabau tinggal di situ. Baginda melantik penghulu di situ dan semuanya memberikan sokongan kepada baginda. Baginda ingin menyerang Johor.




Raja Kecil Menyerang Johor

Raja Bugis yang terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Celak dan Raja Tuha datang ke Mengkalis. Mereka menghadap Yang Dipertuan Raja Kecik kerana sudah mengenali baginda semasa baginda berada di Bangkah Kota sewaktu tinggal bersama Sultan Palembang. Mereka berbincang untuk menyerang Johor. Mereka membuat perjanjian jika berjaya menakluk Johor, baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daeng Parani akan menjadi Yang Dipertuan Muda. Setelah semuanya bersetuju, Daeng Parani meminta izin hendak ke Langat bagi mengambil segala orang Bugis yang berada di situ. Keesokannya, Sepucuk surat telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Johor untuk memberitahu anakanda Marhum Mangkat Dijulang hendak menuntut bela serta meminta supaya membaiki kota yang sudah rosak dan mendalamkan parit.

Apabila membaca surat tersebut, Yang Dipertuan Johor mengumpulkan seluruh rakyat supaya bersama-sama membaiki kota dan mendalamkan parit. Apabila tersebar berita bahawa anakanda Marhum Mangkat Dijulang akan datang, semua rakyat keluar kerana ingin berjumpa dengan Yang Dipertuan Raja Kecik dan memberitahu bahawa mereka juga datang dari Minangkabau. Apabila semuanya telah sempurna, baginda berangkat ke Johor sambil diiring oleh segala rakyat.

Apabila tiba di Johor, seluruh rakyat Johor menjadi gempar dan datang menghadap baginda. Mereka memberitahu jika benar baginda raja yang sebenar, baginda perlu membuat supaya air yang masin menjadi tawar. Baginda bersetuju dengan mengambil rotan untuk dilingkar dan memasukkan air ke dalamnya. Dengan Izin-Nya, air tersebut menjadi tawar. Seluruh rakyat Johor gembira dan mengaku bahawa baginda adalah pemerintah Johor. Baginda meminta supaya rakyat Johor menyembah dan menyembut ’daulat’.

Apabila baginda masuk ke negeri Johor, baginda dibedil. Anehnya meriam yang digunakan keluar air menyebabkan tiada bunyi. Baginda belayar sehingga sampai ke Pangkalan Rama. Baginda melompat ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan yang bernama Sepurejab. Apabila hulubalang melihat baginda melompat sedemikian, merekapun segera melompat untuk mengiring baginda.

Apabila Yang Dipertuan Johor mendengar Yang Dipertuan Raja Kecik sudah masuk ke kota, bagindapun lari bersama anaknandanya dan pulang ke kampung  lama Bendahara. Yang Dipertuan Raja Kecik masuk ke istana dengan diiringi para pembesar. Baginda hairan apabila melihat Bendahara tiada di situ. Penghulu Istana memberitahu bahawa Bendahara telah melarikan diri.

Yamtuan Muda mengamuk dengan membunuh semua anak dan bininya kecuali seorang anak perempuan. Setelah berbuat demikian, dia menjadi takut dan lari ke hutan untuk bersembunyi. Yang Dipertuan Besar tidak mahu melarikan diri kerana memikirkan perbuatannya membunuh ayahanda Yang Dipertuan Raja Kecik adalah kesalahn berat. Dia ingin menyerahkan dirinya kepada Yang Dipertuan Raja Kecik. Baginda menyatakan bahawa tidak patut membunuh Yang Dipertuan Besar kerana dia sudah menyerah diri.

Apabila mengetahui Yamtuan Muda membunuh anak isterinya, baginda meminta pendapat Bendahara. Yamtuan Muda diperintah supaya dibunuh kerana kesalahan membunuh anak isterinya. Encik Apung, iaitu bonda kepada Yang Dipertuan Raja Kecik telah meninggal dunia. Baginda sangat bersedih apabila bondanya mangkat. Bonda baginda dikebumikan seperti anak-anak raja dan orang-orang besar. Orang mengaji di makam bonda selama empat puluh hari serta tahlil dan sedekah diberikan kepada fakir miskin.

Baginda ingin mengahwini Tengku Tengah, anak Bendahara. Apabila tiba hari raya, semua anak Bendahara menghadap baginda kecuali Tengku Tengah yang tidak datang. Apabila terpandang Tengku Kamariah, baginda rasa berkenan dan mengambil cincin di jari Tengku Tengah untuk diberikan kepada Tengku Kamariah. Tengku Kamariah menangis dan bendahara memberitahu dia perlu menurut perintah Yang Dipertuan. Baginda memberitahu Bendahara untuk berkahwin dengan Tengku Kamariah. Bendahara menurut sahaja apa yang diperintahkan oleh Yang Dipertuan.

Baginda dirajakan di negeri Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah. Baginda bernikah dengan Tengku Kamariah.

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT SIAK

ASPEK
KOMSAS
PERNYATAAN
ISI
HURAIAN/CONTOH 
PERISTIWA
Tema
Pengembaraan anak raja untuk menuntut hak yang telah dirampas oleh orang lain
Yang Dipertuan Raja Kecik telah mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda merupakan keturunan raja iaitu anakanda Marhum Mangkat Dijulang sehinggalah baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor.
Persoalan
Persoalan kesabaran akan membuahkan kejayaan
Kesabaran yang Dipertuan Raja Kecik mengembara dari satu tempat ke satu tempat membuahkan kejayaan apabila akhirnya baginda ditabalkan sebagai Sultan Johor
Persoalan kebenaran tetap terbukti apabila tiba masanya
Kebenaran Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai pemerintah sebenar negeri Johor akhirnya terbukti apabila baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor
Persoalan keberanian menuntut hak warisan keluarga
Tuan Bujang menuntut hak sebagai pemerintah sebenar negeri Johor apabila dirampas oleh Yang Dipertuan Johor setelah membunuh ayahandanya
Persoalan perpaduan dan kerjasama
Orang Minangkabau dan orang bugis telah berpadu tenaga untuk membantu Yang Dipertuan Raja Kecik menawan semula negeri Johor
Nilai
Kegigihan
Yang Dipertuan Raja Kecik gigih mengembara dari satu tempat ke satu tempat bagi membuktikan bahawa baginda adalah pemerintah sebenar negeri Johor
Keberanian
Yang Dipertuan Raja Kecik berani mempertahankan hak sebagai pemerintah sebenar negeri Johor
Baik hati/ pemaaf
Yang Dipertuan Raja Kecik telah memaafkan kesalahan Yang Dipertuan Johor kerana telah membunuh ayahandanya malah melantik pula sebagai bendahara
Kerjasama/ perpaduan
Orang Minangkabau dan orang Bugis telah bekerjasama membantu Yang Dipertuan Raja Kecik menyerang negeri Johor
Pengajaran
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Yang Dipertuan Raja Kecik gigih berusaha mendapatkan kembali haknya sebagai pemerintah negeri Johor
Kita hendaklah berusaha menuntut hak yang telah dirampas oleh orang lain
Yang Dipertuan Raja Kecik sanggup berusaha mendapatkan kembali hak sebagai pemerintah negeri Johor yang telah dirampas oleh Yang Dipertuan Johor
Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat
Yang Dipertuan Raja Kecik meminta kerjasama daripada orang Minangkabau dan orang Bugis bagi membina kekuatan menyerang negeri Johor
Kita janganlah berdendam dengan orang lain kerana ia akan membawa perpecahan dalam masyarakat
Yang Dipertuan Raja Kecik tidak berdendam dengan Yang Dipertuan Johor walaupun telah membunuh ayahandanya kerana yang Dipertuan Johor telah menyerah diri dan insaf

Latar:

Latar Masyarakat

Golongan masyarakat feudal. Contohnya, masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Golongan masyarakat istana. Contohnya, masyarakat yang tinggal di istana.
Latar Masa

Latar masa tidak dinyatakan dengan terperinci namun peristiwa berlaku pada zaman Kesultanan pemerintahan Raja Siak.
Latar Tempat

Rawas. Contoh: Tuan Bujang berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching.
Siak. Contoh: Tempat Yang Dipertuan Raja Kecik tetapi tiada siapa mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nahkhoda Penangguk.
Johor. Contoh: Yang Dipertuan Raja Kecik telah ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.



Gaya Bahasa:

1. Penggunaan Bahasa Arab.

Contoh: Allah Ta'ala.
2. Penggunaan Bahasa Istana.

Contoh: Patik, Baginda, Hulubalang, titah
3. Penggunaan Kata Ganda.

Contoh: Kaya-kaya, besar-besar, masing-masing

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang hikayat siak ini tiada plot ke???????

Tanpa Nama berkata...

WE WILL FUCK YOUR ASSES YOU ASIAN NAZIES. IN YOUR FUCKING ASSHOLES!!!!!!!