HALAMAN 2

Ahad, 2 Februari 2014

TUGASAN SEMASA CUTI 2- PELAJAR TINGKATAN 1 CERDIK DAN 1 BESTARI 2014

Assalamualaikum w.b.t serta selamat sejahtera ,
buat semua pelajar cikgu tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari yang budiman serta rajin.
Selamat bercuti kepada semua dan selamat menyambut perayaan Tahun Baru Cina kepada semua pelajar berbangsa Cina.




Di sini cikgu sertakan tugasan semasa cuti untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari 

Tugasan 1:
Jenis tugasan             :  Karangan Respon Terbuka
Tarikh tugasan           :   2 Feb 2014
Tarikh hantar tugasan :  5 Feb 2014 (Hari Rabu)

SILA PATUHI ARAHAN - NAK BUAT LATIHAN DALAM BUKU APA?


Tingkatan 1 Cerdik
tulis karangan anda dalam 'test pad' -  gunakan sebelah muka surat sahaja kerana kertas ini akan ditampal dalam buku karangan anda nanti.

Tingkatan 1 Bestari - tulis karangan anda dalam buku latihan karangan

Tugasan Menulis karangan
Soalan:  Anda telah melanjutkan pelajaran dalam tingkatan 1 di salah sebuah sekolah di daerah Batu Pahat.
Ceritakan pengalaman anda setelah sebulan bersekolah di sekolah tersebut.
Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 120 patah perkataan.


Antara pengalaman yang boleh diceritakan:

1.  Perasaan anda ketika mula-mula bersekolah di sekolah menengah

2.  Berkenalan dengan rakan-rakan yang baharu

3.  Kemudahan dan keindahan sekolah baharu

4.  Berkenalan dengan guru-guru yang baharu

5.  Perbezaan antara sekolah menengah dan semasa di sekolah rendah

6.  pengalaman-pengalaman lain yang menarik untuk diceritakan.

7.  Tulis karangan anda selengkapnya.


Tugasan 2:
Jenis tugasan             :  Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Tarikh tugasan           :   2 Feb 2014
Tarikh hantar tugasan :  5 Feb 2014 (Hari Rabu)

Arahan:
Salin contoh karangan bergambar di bawah.

Tugasan 2
Gambar di bawah menunujukkan usaha-usaha untuk menjaga keindahan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menjaga keindahan alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.


Contoh karangan;

      Memang tidak dinafikan, menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab semua. Justeru, kita perlu berganding bahu untuk menjaga kebersihan alam sekitar demi kesejahteraan hidup.  

      Usaha pertama ialah membuang sampah ke dalam tong sampah. Sekiranya kita membuang sampah ke dalam tong sampah, pastilah alam sekitar akan bersih dan kesihatan kita terjamin makhluk perosak seperti lalat, tikus atau nyamuk yang boleh membawa pelbagai penyakit tidak dapat membiak.   Manakala orang yang membuang sampah merata-rata boleh dikenakan denda sebagai pengajaran,

      Selain itu, usaha mengadakan gotong-royong juga dapat menjamin keindahan alam sekitar.  Masyarakat  boleh mengadakan gotong-royong pada pada hari cuti umum. Jika kita mengadakan aktiviti bergotong-royong, bukan sahaja alam sekitar terpelihara malah hubungan silaturahim juga dapat dipererat.

      Seterusnya, menanam pokok di kawasan persekitaran seperti taman perumahan atau taman rekreasi  juga dapat mengindahkan alam sekitar. Antara pokok yang boleh ditanam ialah pokok kelapa, pokok rambutan, dan pokok bunga. Udara juga menjadi segar kerana tumbuh-tumbuhan menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen.  

      Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berusaha menjaga keindahan alam sekitar supaya negara akan sentiasa bersih bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 


SELAMAT MENYIAPKAN TUGASAN. SEKIAN TERIMA KASIH
JIKA ADA SOALAN SILA TULISKAN DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH YE
SELAMAT MAJU JAYA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalam saya.zarina
saya nak ucap terima kasih kerana ini banyak membantu saya terutama untuk pt3
terima kasih banyak2

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera saya sanjanaa
saya dah buka ini banyak kali dan sangat2 membantu saya.tq

Tanpa Nama berkata...

hi saya kylie
saya suka sangat karangan awak. Banyak membantu saya. terima kasih cikgu Chom.