HALAMAN 2

Sabtu, 14 Jun 2014

Nota Novel Cempaka Putih Untuk Mu - Watak Utama dan Watak Sampingan

Watak Utama

Hartini

i.        Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.

ii.        Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu. Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub.

iii.        Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.

iv.        Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar  Satiah dirawat di hospital.

v.        Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.

vi.         Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah. Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.

vii.        Seorang pelajar yang bijak. Contoh:  Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.

Watak Sampingan

Satiah
i.        Anak  sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin

ii.        Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.

iii.        Rakan karib Hartini

iv.        Menghidap penyakit barah paru-paru.

v.        Seorang  yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke rumah kawan-kawan .

vi.        Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit barah paru-paru.

vii.        Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.

Encik Hasrul

i.        Suami kepada Sarah .

ii.        Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.

iii.        Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.

iv.        Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau memastikan segala  urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal diselesaikan terlebih dahulu.

v.        Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

vi.        Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.

Tiada ulasan: