HALAMAN 2

Isnin, 27 April 2015

Soalan Format PT3 - NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI

Soalan Format PT3
Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut.   [10 markah]

Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.  Terdapat banyak nilai murni yang diperoleh dalam novel ini.  Antaranya ialah nilai kegigihan.  Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.   Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.

                Selain itu, terdapat juga nilai bertanggungjawab.  Ini jelas dapat dilihat melalui peristiwa Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.
                Nilai yang terakhir ialah nilai kasih sayang.  Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.


Soalan Format PT3 – Aspek Pengajaran
Model Soalan

Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita peroleh dalam sesebuah novel untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan.  Berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 1, jelaskan pengajaran-pengajaran  yang terdapat dalam novel tersebut.   [10 markah]

Model Jawapan:

                Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti, karya Rejab F.I.  Terdapat banyak pengajaran yang diperoleh dalam novel ini.  Pengajaran yang kita peroleh boleh dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan ini.
                Antara pengajarannya ialah , Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas supaya mencapai kejayaan.  Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.

                Pengajaran yang seterusnya ialah, Kita janganlah sesekali menyimpan dendam terhadap orang lain. Contohnya, 
Munir berdendam dengan Razali kerana Razali telah dilantik menjadi Setiausaha Koperasi dan disukai oleh kawan-kawan terutama Ramlah.
                Selain itu terdapat juga pengajaran bahawa Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada kita.  Contohnya,  Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah menengah Teknik Sri Kayangan yang lain   melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab untuk memajukan koperasi sekolah mereka.



                Pengajaran terakhir ialah,   Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hidup sentiasa bahagia dan gembira. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sangat sayang kepada Razali.  Mak Sopiah sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.


Cikgu Chom

2 ulasan:

Unknown berkata...

boleh bagi contoh konflik dalaman dan konflik luaran novel sejambak bakti??

afif berkata...

assalamualaikum..mohon izin kongsi ilmu ini dengan murid-murid,,terima kasih