Soalan 1 : Rumusan
(30 markah)
Baca petikan dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat-manfat yang
diperoleh jika kita sering bersenam dan langkah-langkah
untuk menjadikan aktiviti bersenam ini sebagai rutin dalam kehidupan. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Bersenam didefinisikan sebagai pergerkan badan
yang dilakukan berulang kali secara terancang dan berstruktur. Pakar-pakar perubatan menyatakan ahawa
senaman merupakan ubat yang bukan sahaja murah, malah amat berkesan untuk
merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi. Badan yang sihat dan cergas dapat mencegah
seseorang daripada mendapat penyakit. Oleh
itu, senaman terbukti telah memberikan kelebihan untuk tubuh badan kekal sihat.
Bersenam bukan bermaksud kita perlu
menghabiskan masa berjam-jam di gymnasium atau di mana-mana kawasan
rekreasi. Kita boleh sahaja melakukan
aktiviti seperti beryoga dan aktiviti-aktiviti regangan yang lain di
rumah. Aktiviti ini tidak memerlukan
masa yang panjang, namun manfaatnya tetap memberikan kesan yang positif kepada
tubuh. Bersenam bukan sahaja membuatkan
kita berasa lebih segar, malah jantung kita menjadi lebih kuat. Dengan itu, tindak balas jantung menjadi
lebih efisien, sekali gus berupaya untuk membantu dalam mencegah penyakit
jantung.
Gerakan yang dilakukan sewaktu
bersenam dapat memastikan paru-paru kita berfungsi dengan baik kerana otot
paru-paru akan bekerja, sekali gus melanarkan pengaliran udara yang melalui paru-paru. Individu yang menjadikan senaman sebagai
rutin hidup mereka biasanya memiliki tulang yang kuat dan sihat jika
dibandingkan dengan mereka yang tidak bersenam.
Bersenam juga mampu untuk mencegah osteoporosis. Bersenam juga dapat akan membantu seseorang
itu mencapai berat badan yang ideal kerana melalui senaman, pembakaran kalori
akan berlaku.
Aktiviti senaman juga mampu untuk
mengurangkan kadar gula dalam darah dan menjamin kesihatan. Di samping itu, bersenam mampu untuk mengawal
tekanan darah. Pakar kulit juga
menyarankan kita agar bersenam untuk menjaga kesihatan dan kesegaran
kulit. Hal ini demikian kerana, bersenam
dapat meningkatkan kadar denyutan jantung yang melancarkan perjalanan darah,
sekali gus menyalurikan nurtisi yang baik kepada sel-sel kulit. Kesannya, kulit akan menjadi lebih sihat dan
berseri. Sejajar dengan itu, peredaran
darah yang lancar ke otak berupaya untuk meningkatkan konsentrasi. Oleh itu, senaman yang teratur akan membantu
seseorang memiliki konsentrasi yang baik.
Justeru,
pujangga ada mengatakan bahawa kesihatan lebih berharga daripada wang ringgit. Fizikal
yang sihat dan cergas membolehkan kita melakukan apa-apa sahaja pekerjaan. Oleh
itu, jadikan senaman bagai makan harian demi menjaga kesihatan diri.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kebaikan
Bersenam’ oleh Team WOM.my, Women Online Magazine, Julai 2016)
Soalan 2: Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata senaman bagai makanan harian. (2 markah)
(ii) Mengapakah bersenam dapat mempengaruhi kesihatan dan kesegaran kulit kita? (3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita harus mempunyai ilmu tentang senaman sebelum memulakan sesuatu aktiviti ? (KBAT) (4 markah)
SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan