Latar tempat – kubu di Lubuk Senggarat, Sungai Semantan, rumah
pasung
Latar Masa – tengah hari, malam
Peristiwa -
- Zahid, Samad, Rahman, dan Awang Muhammad di kubu Lubuk Sengarat
- Bambu runcing sudah siap
- Pak Long Abas datang dengan pakaian untuk berperang
- Datuk Bahaman pula tiba di kubu itu - memikul seutas rantai besi
yang panjang bersama-sama dengan Imam Perang Weh
- Tuk Muda Bidin dan Datuk Panglima Raja mengiringi mereka -
meletakkan rantai besi betul-betul di pangkal pokok merbau berdarah
- Datuk Bahaman memegang hujung rantai itu lalu terjun ke dalam
lubuk - berenang ke seberang seorang diri - mengikat rantai besi itu pada
pangkal pokok jambu air di seberang sungai - berenang semula ke seberang
- Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh
mengumpulkan orang mereka untuk mengepung rumah pasung (balai polis)
- Apabila mendengar bunyi tabuh, Tuk Muda Bidin dan orang- orangnya
perlu merempuh rumah pasung itu - semua mata-mata Inggeris itu perlu dibunuh
dan senjata mereka perlu dirampas
- Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh segera beredar
- Lajis membawa berita bahawa Desborough mudik dengan lima puluh
orang mata-mata Sikh - sebuah daripada perahu itu berkayuh ke hilir Sungai
Semantan - ada mayat di dalam perahu itu
- Datuk Bahaman berbisik bahawa mayat itu ialah mayat Ismail
- Enam buah perahu yang lain sedang mudik hendak menangkap Datuk
Bahaman
- Kalau tidak dapat menangkap Datuk Bahaman hidup-hidup, mayat Datuk
Bahaman hendak dibawa juga ke Kuala Semantan
- Senja tiba - perahu yang membawa Desborough tiba
- Perahu-perahu yang lain pun sampai
- Perahu Desborough mula bergerak semula - apabila bahagian tengah
perahu itu hampir bersetentang dengan rantai yang tenggelam di dalam air, Datuk
Bahaman merentap rantai besi hingga tegang - perahu Desborough pun terbalik -
Desborough dan orang-orangnya tercampak ke dalam sungai
- Perahu kedua, ketiga, dan keempat juga terbalik apabila Datuk
Bahaman menarik rantai besi itu
- Datuk Bahaman memberikan perintah serang - Lajis naik ke darat
lalu memukul tabuh
- Pertarungan berlaku - berpuluh-puluh bambu runcing bertaburan
menghujani tempat air berpusing di sebelah hilir
- Beberapa orang mata-mata Sikh hilang di olak lubuk
- Datuk Bahaman terjun ke dalam air dengan keris panjangnya
mengejar musuh-musuh yang bergantung pada perahu yang terlingkup
- Kira-kira sejam kemudian, keadaan pun sunyi semula - orang- orang
Datuk Bahaman pulang ke kubu
- Malam itu, mereka berkumpul di rumah Datuk Bahaman
-
Tuk Muda Bidin berkata bahawa mereka telah mencapai kemenangan
besar
1 ulasan:
Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours
At least 160 thousand women and men are hacking their diet with a simple and secret "liquid hack" to drop 1-2lbs each night while they sleep.
It's simple and works all the time.
Just follow these easy step:
1) Hold a glass and fill it half glass
2) Now do this weight loss HACK
you'll become 1-2lbs skinnier the next day!
Catat Ulasan