HALAMAN 2

Selasa, 25 Februari 2020

Analisis PANTUN BUDI


Image result for berbudi bahasa



PUISI TRADISIONAL:  PANTUN BUDI


Pantun
Maksud pantun
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hat terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.
Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi dan bahasa yang tinggi.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.
Rangkap 4 Sudah menjadi lumrah hidup, kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa.
Anak beruk di tepi pantai, 
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Rangkap 5 Biarlah kita hidup miskin asalkan kita sentiasa berbudi bahasa.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
lndah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang mulia, manakala martabat bangsa dinilai dari segi bahasa dan tutur kata.
Padang Temu Padang baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, lndah Bahasa,Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Rangkap 7 Orang yang bijak akan kelihatan lebih hebat jika bersama-sama dengan orang yang sama taraf dengannya.





    1.      Tema

Masyarakat akan memandang tinggi terhadap golongan yang berbudi bahasa kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu bangsa. 

2.      Persoalan

     a.       Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.

     b.      Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan boleh menyebabkan mereka lupakan nilai budi bahasa. 

     c.     Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.

     d.    Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang dituturkannya.

     e.    Golongan miskin tetap dipandang mulia jika mereka berbudi bahasa.

     f.    Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan orang yang bijaksana.  

     3.      Bentuk

     a.    Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

     b.    Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.
       Contohnya, • setiap rangkap empat baris;

     c.   Ada pembayang dan maksudnya.

     d.  Jumlah suku kata 4 hingga 7.

     e.  Pantun jenis terikat.

    4.Gaya Bahasa

Gaya Bahasa
Contoh
Anafora (ulangan perkataan di hadapan)
Yang kurik kundi,
Yang merah saga, Yang  baik
Penggunaan unsur alam
air; laut; tanjung; bunga melati;batu.
Peribahasa.
Bagai cincin dengan permata
Personifikasi.
Bijak bertemu dengan jauhari.
Repetisi.
budi (rangkap 1, baris 4)
Responsi (perulangan perkataan yang sama di tengah ayat).
Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa.

    
    5.Nilai dan Pengajaran

Nilai
Pengajaran
Nilai berbudi bahasa.
Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa agar sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat
Nilai mengenang jasa.
Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.
Nilai kebijaksanaan
Kita disarankan supaya menjadi golongan yang bijaksana agar dapat membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.



1 ulasan:

Blogger berkata...

If you're trying to lose fat then you absolutely need to start using this brand new personalized keto diet.

To create this keto diet, licensed nutritionists, fitness trainers, and professional cooks united to develop keto meal plans that are powerful, suitable, money-efficient, and delicious.

From their first launch in 2019, hundreds of clients have already transformed their figure and health with the benefits a good keto diet can provide.

Speaking of benefits: in this link, you'll discover eight scientifically-tested ones offered by the keto diet.