PUISI TRADISIONAL: PANTUN NASIHAT
Pantun
|
Maksud Pantun
|
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
|
Rangkap 1 Jika hendak membuat pekerjaan yang baik,
janganlah berlebih- lebihan sehingga tidak kena pada tempatnya, dan pekerjaan
yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.
|
Ketua-ketua raja duduk,
Jangan ditimpa pagan;
Diketahui ganja itu mabuk,
Apakah sebab maka dimakan?
|
Rangkap 2 Sesuatu yang haram dan memabukkan hendaklah tidak diambil
sama sekali.
|
Meninjau berpadi masak,
Batang kapas bertimbul jalan;
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.
|
Rangkap 3 Jangan dibiarkan perasaan sedih dan risau berpanjangan.
|
Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangan kata
terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan.
|
Rangkap 4 tutur kata haruslah sentiasa dijaga agar kita tidak
menanggung sengsara.
|
Hangus bertih berwarna merah,
Mari dituang ke dalam kain;
Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain.
|
Rangkap 5 Seseorang isteri hendaklah mengelakkan diri daripada
memarahi suami yang sedang letih kerana dikhuatiri dia akan mencari perempuan
lain.
|
Anak Cina membawa surat,
Dari Perak langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak dijual beli.
|
Rangkap 6 hendaklah beradat ketika hidup di dunia dan bahasa itu tidak
dapat dijual beli.
|
Pisang kelat digonggong helang,
Jatuh ke lubuk lnderagiri;
Jikalau berdagang ke rantau orang,
Baik-baik membawa diri.
Dipetik daripada antologi Baik Budi,
Indah Bahasa, Tingkatan 2,
|
Rangkap 7 para perantau dinasihatkan agar pandai membawa diri di
tempat orang.
|
1. Tema
Nasihat yang
dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar sentiasa melakukan kebaikan.
Pelanggaran norma dalam masyarakat akan membawa keburukan dalam kehidupan.
2. Persoalan
a. Sentiasa
melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
b. Melakukan
perbuatan haram akan membawa kemudaratan.
c. Perasaan
sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan.
d. Berhati-hati
mengucapkan tutur kata kerana jika tersilap berkata-kata buruk padahnya.
e. Persefahaman
antara suami dengan isteri mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga.
f. Budi bahasa
amat penting dalam hidup bermasyarakat.
g. Adat orang
merantau mestilah pandai membawa diri di tempat orang.
3. Bentuk
a. Pantun ini
terdiri daripada tujuh rangkap.
b. Bilangan
baris pada setiap rangkap adalah sama iaitu empat baris satu rangkap.
c. Ada
pembayang dan maksudnya.
d. Jumlah suku
kata dalam pantun ini antara tujuh hingga sebelas suku kata.
e. Pantun ini
berbentuk terikat.
4. Unsur Bunyi
(a) Asonansi.
Contohnya, •
Batang kapas bertimbal jalan
(perulangan vokal a);
• Hangus bertih
berwarna (perulangan vokal e);
(b) Aliterasi.
Contohnya,
• Buat baik berpada-pada
(perulangan konsonan b);
• Hidup di dunia
biar beradat (perulangan konsonan d).
5. Gaya Bahasa
Anafora (perulangan kata pada awal baris).
|
Buat baik berpada-pada, Buat jahat
jangan sekali.
|
Inversi.
|
Buat jahat jangan sekali;
|
Penggunaan unsur alam.
|
buah peria; padi; kapas; panas; hujan; pulau;
|
Repetisi.
|
buah peria (rangkap 1, baris 1 dan 2)
|
Simile.
|
Bagai panas mengandung hujan.
|
6. Nilai dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai baik hati.
|
Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan
menjauhkan diri daripada melakukan kemungkaran.
|
Nilai rasional.
|
Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang haram
supaya hidup kita tidak binasa.
|
Nilai ketabahan
|
Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan dugaan yang menimpa diri
kerana perbuatan tersebut akan memudaratkan diri sendiri.
|
Nilai berhati-hati.
|
Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata supaya diri kita
terhindar daripada sebarang bencana.
|
3 ulasan:
According to Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason this country's women get to live 10 years more and weigh 19 kilos lighter than us.
(Just so you know, it really has NOTHING to do with genetics or some hard exercise and EVERYTHING around "how" they are eating.)
P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...
Click this link to discover if this easy questionnaire can help you unlock your true weight loss potential
Boleh x kalau tolong buangkan gambar daun itu?Menyusahkan betul.
Pisang
Catat Ulasan