Plot
Binaan Plot
(a)
Permulaan -
Zahid, Samad,
Rahman, dan Awang Muhammad sedang menuju ke Masjid Lubuk Terua. Zahid terkenang
akan sikap Datuk Bahaman yang banyak berubah. Selepas sembahyang, Datuk Bahaman
berucap tentang Inggeris yang telah menjajah tanah air mereka.
(b)
Perkembangan - Inggeris
telah membina kubu di Lubuk Terua. Pak Long Abas mencadangkan supaya mereka
bertindak tetapi dihalang oleh Datuk Bahaman dengan alasan persiapan belum
cukup.
Kira-kira dua minggu kemudian, Zahid ternampak dua buah perahu yang
membawa seorang Inggeris dan diapit oleh tiga orang mata-mata Sikh. Samad
hendak menyerang mereka tetapi dihalang oleh Awang Muhammad.
(c)
Perumitan/Konflik -
Pada
bahagian ini, berlaku pergaduhan antara Zahid dan rakan-rakannya dengan dua
orang pemuda Melayu yang cuba menceroboh isteri Lajis. Datuk Bahaman pula
difitnah oleh Inggeris. Inggeris mengatakan bahawa Datuk Bahaman telah
menderhaka kepada sultan. Pak Long Abas, Ismail dan Samad ditangkap Desborough.
Datuk Bahaman telah menyelamatkan mereka. Sekali lagi Pak Long Abas dan Ismail
ditangkap Desborough.
Pak Long Abas dapat menyelamatkan diri tetapi Ismail
tidak dapat menyelamatkan diri. Datuk Bahaman menyusun strategi perang terhadap
Inggeris. Desborough datang dengan lima puluh orang mata-mata Sikh. Mereka
telah ditewaskan oleh pasukan Datuk Bahaman.
Peperangan telah bermula. Rodger
mudik bersama dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman dalam dilema.
Perjanjian dibuat antara sultan dengan Datuk Bahaman. Mengikut perjanjian itu,
askar- askar sultan akan menembak ke udara. Perajurit-perajurit Datuk Bahaman
juga akan menembak ke udara.
(d)
Klimaks -
Askar-askar
sultan naik ke tebing Pasir Tuk Anjang. Askar-askar itu meniarap dan
menghalakan senapang ke atas. Datuk Bahaman mengarahkan para pengikutnya
menghalakan senapang ke udara.
Keadaan menjadi kelam-kabut apabila tembakan
askar-askar sultan terkena paha Mat Lela. Kemudian, dada Awang Muhammad pula
ditembusi peluru askar-askar sultan. Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh berlari
ke arah askar-askar sultan untuk menyerah diri.
Namun begitu, mereka berdua
ditikam oleh ketua askar sultan.
(e) Peleraian -
Askar-askar
sultan bersorak kemenangan. Datuk Bahaman kecewa kerana sultan telah mungkir
janji.
Datuk Bahaman sendiri tetap patuh pada janji. Datuk Bahaman meninggalkan
Semantan lalu mudik ke Sungai Lembing. Datuk Bahaman bersatu dengan Tuk Gajah
dan Mat Kilau.
1 ulasan:
Did you hear there's a 12 word sentence you can speak to your partner... that will induce deep feelings of love and instinctual attractiveness for you deep within his chest?
That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, admire and guard you with all his heart...
12 Words Will Trigger A Man's Desire Response
This instinct is so hardwired into a man's brain that it will drive him to work harder than ever before to make your relationship the best part of both of your lives.
Matter of fact, triggering this dominant instinct is absolutely mandatory to achieving the best possible relationship with your man that the instance you send your man a "Secret Signal"...
...You will soon find him expose his mind and heart for you in such a way he never expressed before and he will perceive you as the one and only woman in the galaxy who has ever truly attracted him.
Catat Ulasan