HALAMAN 2

Sabtu, 22 Februari 2020

HEBAT SPM 2020 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET I


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan tenaga kerja mahir tempatan dan kesan terlalu bergantung pada tenaga kerja asingPanjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Malaysia masih memerlukan sekitar 46 peratus tenaga mahir tempatan bagi menampung kehendak pasaran untuk memacu ekonomi yang berdaya saing.  Pada ketika ini, negara sekadar memiliki 28 peratus tenaga mahir tempatan, manakala tenaga kerja yang selebihnya diisi oleh warga asing.  Pada hakikatnya, tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi diperlukan untuk menampung guna tenaga negara.  Namun, begitu, peratus tenaga mahir yang melibatkan anak Malaysia adalah terlalu kecil berbanding dengan negara Jerman, Australia, dan Perancis yang memiliki tenaga kerja mahir yang terdiri daripada rakyat sendiri melebihi 50 peratus.

         Sehubungan dengan perkembangan ini, kerajaan menegaskan bahawa tumpuan terus diberikan terhadap pembangunan tenaga mahir tempatan untuk mempercepatkan usaha memajukan negara.  Oleh sebab aset terbesar dalam usaha tersebut ialah modal insan, maka pelaburan dalam pembangunan   berkenaan mampu mengeluarkan Malaysia daripada kelompok negara membangun.  Langkah ini bertujuan untuk menjamin masa depan seluruh rakyat yang lebih baik.  Kerajaan optimis untuk mencapai sasaran menghasilkan 300 ribu pekerja mahir dalam berbagai-bagai sektor setahun.  Pelbagai usaha digembleng untuk mencapai 50 peratus peningkatan tenaga mahir menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan visi bagi menggapai status negara maju.  Langkah ini, mesti dilakanakan secara drastik bagi memastikan Malaysia dapat bersaing dengan negara maju yang lain.

          Untuk mempercepat usaha tersebut, pelaksanaan program teknikal melalui latihan vokasional dilipatgandakan bagi menjamin penjanaan pekerja mahir yang mampu menyumbang secara posistif kepada pertumbuhan ekonomi negara.  Tidak dinafikan bahawa modal insan yng mempunyai ciri-ciri nilai tambah adalah penting untuk menjanakan pertumbuhan ekonomi yang mapan.  Dengan hal yang demikian, peningkatan tenaga mahir tempatan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga pekerja asing yang pasti berupaya untuk menyediakan persekitaran ekonomi yang berdaya saing.  Oleh sebab itu, golongan pekerja ini akan membebaskan Malaysia daripada kepompong negara berpendapatan sederhana. Justeru, sektor pekerjaan perlulah bergerak dengan pantas seiring dengan negara maju dari segi keupayaan untuk menyediakan modal insan berkemahiran tinggi.

Hasrat tersebut lebih mudah dijayakan apabila pelbagai entiti dalam masyarakat terutamanya golongan muda, penggiat industri, dan agensi pengendali tenaga kerja fokus terhadap peranan yang dilaksanakan.  Yang lebih penting, mereka mampu memberikan sumbangan yang terbaik kepada masyarakat dan negara.  Mereka hendaklah merebut peluang untuk menjadi insan yang berjaya dalam pelbagai aspek, terutamanya dalam mengusai bidang ekonomi yang menjadi tunjang utama keayaan negara.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Ke arah Modal Insan Negara Maju’ Oleh Shahrin Ramli , Dewan Ekonomi, Mei 20I4)

Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)   Berikan maksud rangkai kata bergerak dengan pantas.[2 markah]

(ii) Dalam petikan terdapat beberapa pihak yang harus bersikap sensetif terhadap perubahan yang berlaku dalam sektor pekerjaan di Malaysia.
Siapakah pihak-pihak tersebut?                                   [3 markah]

(iii)  Malaysia semakin menjadi tumpuan warga asing untuk mencari pekerjaan.

Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong pekerja asing semakin ghairah mencari pekerjaan di Malaysia.   [4 markah]









3 ulasan:

Unknown berkata...

If you're trying hard to lose kilograms then you have to start following this brand new custom keto meal plan diet.

To produce this service, certified nutritionists, fitness trainers, and chefs joined together to develop keto meal plans that are powerful, suitable, price-efficient, and enjoyable.

Since their grand opening in early 2019, 1000's of clients have already transformed their figure and well-being with the benefits a professional keto meal plan diet can provide.

Speaking of benefits: clicking this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones offered by the keto meal plan diet.

Unknown berkata...

Boleh berikan jawapan bagi rumusan ini cikgu 😊

Unknown berkata...

Nice