Soalan I.
Nilai murni merupakan sesuatu sifat atau perbuatan yang baik dan boleh dicontohi oleh pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, bincangkan empat nilai murni yang dikemukakan oleh pengarangnya.
Nilai murni merupakan sesuatu sifat atau perbuatan yang baik dan boleh dicontohi oleh pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, bincangkan empat nilai murni yang dikemukakan oleh pengarangnya.
Novel yang telah saya pelajari dalam
tingkatan 2 ialah novel Darah Titik Di Semantan karya Arman Sani.
Terdapat banyak nilai murni yang dapat dicontohi oleh pembaca
dalam novel ini. Antaranya ialah nilai Cinta akan tanah air. Contohnya ialah peristiwa Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan
penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah air yang sangat
tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah Inggeris demi
mempertahankan Semantan dan tanah air yang dicintai.
Selain itu, terdapat juga nilai keberanian. Sebagai contoh, peristiwa Datuk Bahaman
berani menentang Inggeris yang cuba menangkapnya dengan mendirikan rumah pasung
di hadapan rumahnya. Contoh yang
lain ialah, empat orang remaja iaitu, Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad
juga dipaparkan sebagai watak yang sangat berani bersemangat waja dan berusaha
keras untuk menjayakan usaha mengusir mata-mata Inggeris serta ancaman Inggeris
yang diketuai oleh Owen dan Syres dengan mendirikan kubu mereka
sendiri di Lubuk Senggarat.
Seterusnya, terdapat nilai bekerjasama. Contohnya,
Zahid,
Rahman, Samad dan Awang Muhammad sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakannya
untuk menentang penjajah Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk
Senggarat. Penduduk kampung juga sentiasa memberi kerjasama kepada Datuk
Bahaman dalam usaha mngusir penjajah Inggeris dari negeri Pahang.
Akhir sekali terdapat juga nilai kebijaksanaan. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak
dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Akhir sekali terdapat juga nilai kebijaksanaan. Contohnya ialah, Datuk Bahaman bijak dalam
usaha memerangkap musuh di Sungai Senggarat dengan memasang rantai besi dan
menarik rantai besi sehingga sampan musuh terbalik. Datuk Panglima Raja pula bijak menggunakan
helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris.
Kesimpulannya, memang terdapat banyak
nilai murni yang boleh kita contohi dalam novel ini.
1 ulasan:
As claimed by Stanford Medical, It is really the one and ONLY reason this country's women get to live 10 years more and weigh an average of 42 lbs lighter than we do.
(And realistically, it really has NOTHING to do with genetics or some secret-exercise and EVERYTHING related to "how" they eat.)
P.S, What I said is "HOW", not "what"...
TAP on this link to uncover if this easy test can help you release your real weight loss potential
Catat Ulasan