NILAI ,PENGAJARAN dan LATAR
MASYARAKAT
NILAI
|
CONTOH
PERISTIWA
|
PENGAJARAN
|
LATAR
MASYARAKAT
|
|
1
|
Cinta
akan tanah air
|
.
Contoh - Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah air yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air yang dicintai. . |
Kita hendaklah mempunyai
semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang menentang musuh yang ingin menjajah tanah
air kita yang dicintai.
|
Masyarakat yang
mempunyai semangat cinta akan tanah air dan sanggup menentang musuh
|
2.
|
Nilai Keberanian
|
Datuk Bahaman berani menentang Inggeris yang
cuba menangkapnya dengan mendirikan rumah pasung di hadapan rumahnya.
Selain itu empat orang remaja iaitu, Zahid,
Samad, Rahman dan Awang Muhammad juga dipaparkan sebagai watak yang sangat
berani bersemangat waja dan berusaha keras untuk menjayakan usaha mengusir
mata-mata Inggeris serta ancaman Inggeris yang diketuai oleh Owen dan Syres
dengan mendirikan kubu mereka sendiri di Lubuk Senggarat.
|
Kita hendaklah bersikap
berani menentang anasir atau penjajah yang cuba mengancam keselamatan,
keamanan dan keharmonian negara kita.
|
Masyarakat yang
berani menentang musuh demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan tanah air
|
3.
|
Nilai kepatuhan/
taat setia
|
Contohnya,
Tuk Selampit patuh kepada Datuk Bahaman dengan membatalkan niatnya
untuk menyumpit pihak Inggeris yang berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali
atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada
sultan.
Pak Long Abas juga taat setia kerana tidak membocorkan
rahsia Datuk Bahaman walaupun dipukul dengan buntut senapang ketika ditangkap
oleh Inggeris semasa mengail ikan tembeliaan di sungai Semantan bersama-sama Pak Uda Ismail
|
Kita hendaklah sentiasa taat setia dan patuh
kepada perintah ketua supaya perkata yang dilakukan akan mencapai kejayaan
|
Masyarakat yang
patuh dan taat setia kepada pemimpin
|
4.
|
Nilai Bekerjasama
|
Zahid, Rahman,
Samad dan Awang Muhammad sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk
menentang penjajah Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk
Senggarat. Penduduk kampung juga
sentiasa memberi kerjasama kepada Datuk Bahaman dalam usaha mngusir penjajar
Inggeris dari negeri Pahang.
|
Kita hendaklah sentiasa bekerjasama untuk
melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan yang diingini
|
Masyarakat yang
berkerjasama dalam melakukan sesuatu perkara
|
5.
|
Nilai
Kebijaksanaan
|
Datuk Bahaman
bijak dalam usaha memerangkap musuh di Sungai Senggarat dengan memasang rantai
besi dan menarik rantai besi sehingga sampan musuh terbalik.
Datuk Panglima
Raja pula bijak menggunakan helah bubur ubi gadung untuk memerangkap
mata-mata Inggeris.
|
Kita hendaklah
bijaksana dalam mengatur strategi untuk menentang musuh supaya mencapai
kejayaan yang diingini.
|
Masyarakat yang
bijaksanan dalam menyelesaikan masalah
|
Berdasarkan jadual yang diberikan, tulis esei berikut dengan lengkap.
- Nilai murni
merupakan sesuatu yang baik dan boleh dicontohi oleh pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda
pelajari, bincangkan empat nilai murni yang dikemukan oleh pengarannya.
- Setelah mengkaji novel dalam tingkatan 2, anda
mendapati banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Huraikan pengajaran-pengajaran tersebut
dengan contoh yang jelas.
- Perbuatan dan sikap watak-watak dalam sesebuah cerita menggambarkan sikap masyarakat dalam dunia sebenar. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari jelaskan latar masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
3 ulasan:
Did you hear there is a 12 word phrase you can say to your man... that will induce deep feelings of love and instinctual attraction to you deep inside his chest?
That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's instinct to love, please and protect you with all his heart...
12 Words Will Fuel A Man's Desire Instinct
This instinct is so built-in to a man's genetics that it will make him try better than ever before to build your relationship stronger.
In fact, fueling this all-powerful instinct is absolutely binding to achieving the best ever relationship with your man that as soon as you send your man a "Secret Signal"...
...You'll instantly find him expose his mind and soul for you in such a way he's never expressed before and he will recognize you as the one and only woman in the universe who has ever truly attracted him.
Mna latar masyarakat nya....
Kat tepii
Catat Ulasan