NILAI ,PENGAJARAN dan LATAR MASYARAKAT
NILAI
|
CONTOH PERISTIWA
|
PENGAJARAN
|
LATAR MASYARAKAT
|
|
1
|
Cinta akan tanah air
|
.
Contoh - Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat cinta akan tanah air yang sangat tinggi sehingga mereka sanggup bergadai nyawa menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan tanah air yang dicintai. . |
Kita hendaklah mempunyai
semangat cinta akan tanah air dan sanggup berjuang menentang musuh yang
ingin menjajah tanah air kita yang dicintai.
|
Masyarakat yang
mempunyai semangat cinta akan tanah air dan sanggup menentang
musuh
|
2.
|
Nilai Keberanian
|
Datuk
Bahaman berani menentang Inggeris yang cuba menangkapnya dengan mendirikan
rumah pasung di hadapan rumahnya.
Selain itu
empat orang remaja iaitu, Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad juga
dipaparkan sebagai watak yang sangat berani bersemangat waja dan berusaha
keras untuk menjayakan usaha mengusir mata-mata Inggeris serta ancaman
Inggeris yang diketuai oleh Owen dan Syres dengan mendirikan kubu
mereka sendiri di Lubuk Senggarat.
|
Kita hendaklah bersikap berani
menentang anasir atau penjajah yang cuba mengancam keselamatan, keamanan dan
keharmonian negara kita.
|
Masyarakat yang
berani menentang musuh demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan
tanah air
|
3.
|
Nilai kepatuhan/
taat setia
|
Contohnya,
Tuk Selampit patuh kepada Datuk
Bahaman dengan membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang
berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk
Bahaman bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.
Pak Long Abas
juga taat setia kerana tidak membocorkan rahsia Datuk Bahaman walaupun
dipukul dengan buntut senapang ketika ditangkap oleh Inggeris semasa mengail
ikan tembeliaan di sungai Semantan bersama-sama Pak Uda Ismail
|
Kita hendaklah sentiasa
taat setia dan patuh kepada perintah ketua supaya perkata yang dilakukan akan
mencapai kejayaan
|
Masyarakat yang
patuh dan taat setia kepada pemimpin
|
4.
|
Nilai Bekerjasama
|
Zahid, Rahman, Samad dan Awang
Muhammad sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah
Inggeris dengan membina kubu pertahanan di Lubuk Senggarat. Penduduk
kampung juga sentiasa memberi kerjasama kepada Datuk Bahaman dalam usaha
mngusir penjajar Inggeris dari negeri Pahang.
|
Kita hendaklah sentiasa
bekerjasama untuk melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan yang
diingini
|
Masyarakat yang
berkerjasama dalam melakukan sesuatu perkara
|
5.
|
Nilai Kebijaksanaan
|
Datuk Bahaman bijak dalam usaha
memerangkap musuh di Sungai Senggarat dengan memasang rantai besi dan menarik
rantai besi sehingga sampan musuh terbalik.
Datuk Panglima Raja pula bijak
menggunakan helah bubur ubi gadung untuk memerangkap mata-mata Inggeris.
|
Kita hendaklah bijaksana dalam
mengatur strategi untuk menentang musuh supaya mencapai kejayaan yang
diingini.
|
Masyarakat yang
bijaksanan dalam menyelesaikan masalah
|
Latihan 2 Proaktif dan 2 Inspirasi
Berdasarkan jadual yang diberikan, tulis esei berikut dengan lengkap.
I. Nilai murni merupakan sesuatu yang baik dan boleh dicontohi oleh pembaca. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, bincangkan empat nilai murni yang dikemukan oleh pengarannya.
2. Setelah mengkaji novel dalam tingkatan 2, anda mendapati banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Huraikan pengajaran-pengajaran tersebut dengan contoh yang jelas.
3. Perbuatan dan sikap watak-watak dalam sesebuah cerita menggambarkan sikap masyarakat dalam dunia sebenar. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari jelaskan latar masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel tersebut.
1 ulasan:
As stated by Stanford Medical, It is really the ONLY reason women in this country live 10 years longer and weigh on average 19 kilos less than we do.
(And by the way, it really has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING around "how" they are eating.)
BTW, What I said is "HOW", not "WHAT"...
CLICK this link to find out if this short test can help you unlock your real weight loss possibility
Catat Ulasan