SUBJEK DAN OBJEK ; SINTAKSIS
KONSEP SUBJEK, PREDIKAT, DAN OBJEK
2.1) KONSEP SUBJEK
SUBJEK (FRASA NAMA) - kata nama, kata kerja (berfungsi sebagai kata
nama), kata adjektif (berfungsi sebagai kata
nama), kata ganti nama
a.
Kunci pintu itu di dalam poket
b.
Sabar sebahagian daripada iman
c.
Membazir amalan syaitan
d.
Dia pengurus syarikat itu
Jenis
kata |
Contoh |
Predikat |
|
Kata
nama |
Kunci
pintu itu |
di
dalam poket |
|
Kata
ganti nama |
Dia |
pengurus
syarikat itu |
|
Kata
kerja (Berfungsi sebagai kata nama) |
Membazir |
amalan
syaitan |
|
Kata
adjektif |
Sabar |
Sebahagian
daripada iman |
2.2) KONSEP PREDIKAT
a.
Adik saya pengurus syarikat
itu. (Predikat frasa nama)
b.
Kami sedang beristitrahat. (Predikat
frasa kerja)
c.
Minuman itu terlalu
manis. (Predikat frasa adjektif)
d.
Kunci pintu itu di dalam
poket. (Predikat frasa sendi nama)
2.2.1) FUNGSI PREDIKAT SEBAGAI PELENGKAP
·
Biasanya muncul dalam ayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif.
·
Contoh ayat -
a.
Siti menjadi pensyarah
USM sejak 10 tahun yang lalu
b.
Dia beributirikan artis
veteran
Dalam ayat ini, pensyarah
USM dan artis veteran merupakan pelengkap predikat.
Predikat ini berfungsi sebagai pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut.
Perkataan bermukim dan beributirikan merupakan kata kerja tak
transitif. Maka, pensyarah USM merupakan frasa sendi nama
manakala artis veteran merupakan frasa nama.
2.2.2) PREDIKAT SEBAGAI PENERANG
a.
Penerang nama keturunan
b.
Jenis
c.
Kelamin
d.
Tempat
e.
Arah
f.
Anggota badan
g.
Hal atau perkara
h.
Milik
2.2.3) PREDIKAT SEBGAI KETERANGAN
·
Muncul dalam ayat yang mengandungi
kata kerja transitif atau tak transitif. Unsur keterangan terbahagi kepada
jenis-jenis yang berikut; Keterangan tempat atau arah, keterangan
waktu, keterangan cara, keterangan tujuan atau harapan, keterangan alat,
keterangan penyertaaan, keterangan hal dan keterangan bagai.
a.
Pelajar-pelajar itu bersenam di
padang (keterangan tempat)
b.
Cahaya bulan bersinar terang
(keterangan cara)
c.
Mereka bersurai pada jam sembilan
suku pagi (keterangan waktu)
d.
Hayati pulang dengan basikal (keetrangan
alat)
e.
Dia melabur untuk memperoleh
keuntungan (keterangan tujuan dan harapan)
f.
Perdana menteri bermesyuarat dengan
Jemaah Menteri (keterangan penyertaan
g.
Mereka berbahas mengenai belanjawan
negara (keterangan hal)
h.
Mereka berlari seperti dihambat oleh
anjing (keterangan bagai)
2.3) OBJEK
·
Objek dalam ayat dasar telah
dikategorikan kepada dua jenis iaitu objek tepat dan objek sipi. Objek tepat
ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja. Objek
sipi menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja. Biasanya ayat aktif
transitif mengandungi kata kerja yang menerim,a objek tepat dan objek sipi
sebagai penyambut.
a.
Ibu menjahitkan kakak baju kebaya
Objek tepat; kakak
Objek sipi ; baju kebaya
b.
Hakim menjatuhi pengedar dadah itu
hukuman gantung sampai mati
Objek tepat; Pengedar dadah itu
Objek Sipi; hukuman gantung sampai mati
·
Dalam contoh di atas, kakak dan pengedar
dadah itu merupakan objek tepat yang berfungsi sebagai penyambut secara
langsung bagi kata kerja menjahitkan dan menjatuhi.
Manakala baju kebaya dan hukuman gantung sampai
mati merupakan objek sipi yang berfungsi secara tidak langsung bagi
kata kerja tersebut.
a.
Kejayaan adik amat membanggakan kami
·
Objek dalam ayat ini (kami) boleh
digugurkan menjadi kejayaan adik amat membanggakan. Sekiranya
objeknya terdiri daripaa orang kedua dan ketiga, maka objek tersebut tidak
boleh digugurkan. (Objek orang pertama)
Contohnya :
a.
Saya berharap agar Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang ini menggembirakan anda semua (objek orang kedua)
b.
Pembabitan pelajar dalam gejala
gengsterisme amat membanggakan pihak sekolah (objek orang
ketiga)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan