HALAMAN 2

Rabu, 2 Disember 2020

SKEMA CADANGAN - RUMUSAN TINGKATAN 4 2020

    Bahan 1

    Fokus 1 – kepentingan penguasaan bahasa Melayu

1.    meningkatkan daya saing dan kualiti pendidikan bertaraf dunia

2. sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.

3. seseorang individu mampu untuk menyampaikan kehendak perasaan, pendapat , pengalaman, buah fikiran dan pengetahuan.

4.    diangkat sebagai medium penyampaian ilmu ialah bahasa kebangsaan

5.    membolehkan pelajar (yang menuturkan dan menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk) menguasai pelbagai bidang ilmu.

6.    dapat membantu meningkatkan budaya ilmu

7.    berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi.

 

Fokus 2 – Cara meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu

 

1.   penutur berbangsa Melayu juga menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama mereka. 

2.   pelajar yang bukan golongan penutur bahasa Melayu, bahasa Melayu ini akan menjadi bahasa kedua mereka

3.   pelajar perlulah mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa yang dipelajari.

4.   pelajar perlulah mempunyai  motivasi diri untuk menguasai bahasa Melayu

 

Bahan 2 –

Fokus 1 – Kepentingan penguasaan bahasa Melayu

1.   mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum

2.  dapat membuktikan  taat setia kepada negara melalui penggunaan satu bahasa

3.   mampu memajukan bangsa dan negara


Contoh rumusan lengkap:

Rumusan  membincangkan kepentingan penguasaan  bahasa Melayu dan langkah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.

Antara kepentingan bahasa Melayu  adalah sebagai medium komunikasi yang penting untuk menerima dan menyampaikan maklumat.   Seterusnya,  merupakan bahasa utama yang diangkat sebagai medium penyampaian ilmu iaitu bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai perkara. Penguasaan Bahasa Melayu juga dapat membantu meningkatkan budaya ilmu di samping berkebolehan untuk bersaing pada peringkat yang lebih tinggi. (Bahan 1-fokus 1=5 isi) Bahasa Melayu juga mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat membuktikan  taat setia kepada negara melalui penggunaan satu bahasa (Bahan 2-Fokus 1=2 isi).  Manakala, antara usaha untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu ialah pelajar perlu mempunyai sikap yang positif terhadap  bahasa yang dipelajari. (Bahan 1-Fokus 2=1 isi)

Kesimpulannya, semua rakyat haruslah menggunakan bahasa Melayu dengan baik agar meningkatkan martabat bahasa Melayu di negara kita dan di pentas dunia.










5 ulasan:

Unknown berkata...

TERIMA KASIH, CIKGU. BAHAN CIKGU SANGAT BERMANFAAT DAN IZINKAN SAYA MENGGUNAKANNYA UNTUK ANAK-ANAK DIDIK SAYA..

Unknown berkata...

terima kasih cikgu berkongsi bahan yang sangat bermanfaat.. mohon izin saya gunakan untuk anak didik saya....

Unknown berkata...

Terima kasih cgu Chom . Sy guna yea bahan ini sebagai panduan

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu.saya guna ye bahan ini sebagai latihan anak murid saya.

Cikgu Kalsom berkata...

Silakan ambil bahan. semoga bermanfaat untuk anak murid