HALAMAN 2

Selasa, 29 Jun 2021

SINTAKSIS - LATIH TUBI AYAT SUSUNAN BIASA DAN AYAT SUSUNAN SONGSANG



LATIH TUBI SINTAKSIS
AYAT SUSUNAN BIASA
AYAT SONGSANG

TINGKATAN 5ST

NAMA:Teo Xin Hui

TARIKH:16/6/2021

LATIH TUBI – AYAT SUSUNAN BIASA & AYAT SUSUNAN SONGSANG

Arahan:

1 .Tentukan subjek dan predikat ayat.

2.Tentukan jenis ayat berikut sama ada ayat susunan biasa atau ayat songsang

 3.Tukarkan ayat kepada bentuk susunan asalnya. (jika ayat susunan biasa – tukar kepada ayat susunan songsang, jika ayat susunan songsang, tukar semula kepada ayat susunan biasa)

Contoh:

Menurut kajian, ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat kurang tidur /kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya  .

1.Subjek & predikat:

Subjek :  kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya

Predikat :  ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat kurang tidur

2.Jenis ayat :  ayat susunan songang

3.Menurut kajian, kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan di jalan raya ada kaitannya dengn tumpuan yang terganggu akibat kurang tidur. (ayat susunan biasa)


Teliti ayat berikut.  Tentukan subjek predikat ayat, jenis ayat sama ada ayat susunan biasa atau susunan songsang. Kemudian tukar semula ayat tersebut kepada bentuk asalnya.

 

1.Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi kerana sebahagian besar peniaga di negara kita telah terkesan dengan pelaksanaan PKP penuh 3.0.

SUBJEK: Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin

PREDIKAT: membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi kerana sebahagian besar peniaga di negara kita telah terkesan dengan pelaksanaan PKP penuh 3.0.

JENIS AYAT:ayat susunan biasa

AYAT SUSUNAN SONGSANG:Membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi kerana sebahagian besar peniaga di negara kita telah terkesan dengan pelaksanaan PKP penuh 3.0 Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin.


2.Sanggup bergolok bergadai Pak Harun semata-mata untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.

SUBJEK: Pak Harun

PREDIKAT: Sanggup bergolok bergadai semata-mata untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.

JENIS AYAT: ayat susunan songsang

AYAT SUSUNAN BIASA:Pak Harun sanggup bergolok bergadai semata-mata untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang sempurna demi masa depan mereka.


3.Susulan peningkatan kes Covid-19, pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP penuh 3.0 mulai 1 Jun 2021.

SUBJEK: pihak kerajaan

PREDIKAT: Susulan peningkatan kes Covid-19, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP penuh 3.0 mulai 1 Jun 2021.

JENIS AYAT: ayat susunan biasa

AYAT SUSUNAN SONGSANG: Susulan peningkatan kes Covid-19, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan PKP penuh 3.0 mulai 1 Jun 2021 pihak kerajaan.


4.Pendidikan norma baharu telah menyaksikan guru-guru dan murid-murid menjalani pengajaran dan pembelajaran atas talian dari rumah atau PdPR apabila institusi pendidikan ditutup untuk mengekang penularan Covid-19.

SUBJEK: Pendidikan norma baharu

PREDIKAT: telah menyaksikan guru-guru dan murid-murid menjalani pengajaran dan pembelajaran atas talian dari rumah atau PdPR apabila institusi pendidikan ditutup untuk mengekang penularan Covid-19.

JENIS AYAT: ayat susunan biasa

AYAT SUSUNAN SONGSANG:Telah menyaksikan guru-guru dan murid-murid menjalani pengajaran dan pembelajaran atas talian dari rumah atau PdPR apabila institusi pendidikan ditutup untuk mengekang penularan Covid-19 pendidikan norma baharu .


5.Pemilihan awal perajurit muda lelaki dan wanita Angkatan Tentera Darat Malaysia akan diadakan pada Bulan Ogos 2021

SUBJEK: Pemilihan awal perajurit muda lelaki dan wanita Angkatan Tentera Darat Malaysia

PREDIKAT: akan diadakan pada Bulan Ogos 2021

JENIS AYAT: ayat susunan biasa

AYAT SUSUNAN SONGSANG: akan diadakan pada Bulan Ogos 2021 pemilihan awal perajurit muda lelaki dan wanita Angkatan Tentera Darat Malaysia.


6.Digesa untuk mengambil pelbagai langkah effektif pellbagai pihak untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

 

Subjek : Pellbagai pihak

Predikat : digesa untuk mengambil pelbagai langkah effektif untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Pellbagai pihak digesa untuk mengambil pelbagai langkah effektif untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.


7. Ramai sukarelawan /akan diperlukan untuk membantu melancarkan urusan pemberian vaksin kepada warga komuniti di seluruh negara.

Subjek : Ramai sukarelawan

Predikat : akan diperlukan untuk membantu melancarkan urusan pemberian vaksin kepada warga komuniti di seluruh negara.

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Akan diperlukan untuk membantu melancarkan urusan pemberian vaksin kepada warga komuniti di seluruh negara ramai sukarelawan.


8. Sejak lima tahun yang lalu ,  tinggal di pondok buruk di pinggir hutan itu Pak Rahman sekeluarga sebelum menerima rumah baharu melalui Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPR).

Subjek : Pak Rahman sekeluarga

Predikat : tinggal di pondok buruk di pinggir hutan itu sebelum menerima rumah baharu melalui Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPR) sejak lima tahun yang lalu.

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Pak Rahman sekeluarga tinggal di pondok buruk di pinggir hutan itu sebelum menerima rumah baharu melalui Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPR) sejak lima tahun yang lalu.


9. Amalan pemakanan sihat dan aktiviti rekreasi  perlu diutamakan oleh setiap individu demi membentuk rakyat Malaysia yang sihat dan aktif.

Subjek : Amalan pemakanan sihat dan aktiviti rekreasi

Predikat : perlu diutamakan oleh setiap individu demi membentuk rakyat Malaysia yang sihat dan aktif.

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Perlu diutamakan oleh setiap individu amalan pemakanan sihat dan aktiviti rekreasi demi membentuk rakyat Malaysia yang sihat dan aktif.


10. Sikap segelintir pengguna jalan raya yang memandang enteng terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan menyebabkan kes kemalangan jalan raya kian meningkat.

 

Subjek : Sikap segelintir pengguna jalan raya yang memandang enteng terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

Predikat : menyebabkan kes kemalangan jalan raya kian meningkat.

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Menyebabkan kes kemalangan jalan raya kian meningkat sikap segelintir pengguna jalan raya yang memandang enteng terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.


11.Bagi melonjakkan kecemerlangan dalam subjek Sains dan Matematik, para pelajar seharusnya berusaha menerima gaya pengajaran berasaskan KBAT yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Subjek : Para pelajar

Predikat : seharusnya berusaha menerima gaya pengajaran berasaskan KBAT yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi melonjakkan kecemerlangan dalam subjek Sains dan Matematik

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Seharusnya berusaha menerima gaya pengajaran berasaskan KBAT yang dilaksanakan oleh pihak sekolah para pelajar bagi melonjakkan kecemerlangan dalam subjek Sains dan Matematik.


12. Peristiwa kehadiran umi, ayah tiri serta adik tiri Haiqal semasa persembahan zapin D’Purnama sedang berlangsung telah menyebabkan pembaca berasa gembira kerana umi Haiqal akhirnya merestui perjuangan anaknya dalam bidang sastera seperti perjuangan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan.

Subjek : Peristiwa kehadiran umi, ayah tiri serta adik tiri Haiqal semasa persembahan zapin D’Purnama sedang berlangsung

Predikat : telah menyebabkan pembaca berasa gembira kerana umi Haiqal akhirnya merestui perjuangan anaknya dalam bidang sastera seperti perjuangan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan.

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Telah menyebabkan pembaca berasa gembira peristiwa kehadiran umi,ayah tiri serta adik tiri Haiqal semasa persembahan zapin D’Purnama sedang berlangsung kerana umi Haiqal akhirnya merestui perjuangan anaknya dalam bidang sastera seperti perjuangan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan.


13.Budaya belajar secara berkumpulan wajar diamalkan oleh para pelajar untuk menyemai sikap berani mengemukakan idea dan berkongsi kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.

Subjek : Budaya belajar secara berkumpulan

Predikat : wajar diamalkan oleh para pelajar untuk menyemai sikap berani mengemukakan idea dan berkongsi kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Wajar diamalkan oleh para pelajar budaya belajar secara berkumpulan untuk menyemai sikap berani mengemukakan idea dan berkongsi kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran


14. Merupakan pahlawan Melayu yang tersohor dan gagah berani dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi.

Subjek : Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi

Predikat : merupakan pahlawan Melayu yang tersohor dan gagah berani dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi merupakan pahlawan Melayu yang tersohor dan gagah berani dalam sejarah Kesultanan Melayu Melaka.


15. Cikgu Roha sentiasa menasihati dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajarnya yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu agar tidak berputus asa dan terus berusaha tanpa jemu.

Subjek : Cikgu Roha

Predikat : sentiasa menasihati dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajarnya yang gagal

 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu agar tidak berputus asa dan terus berusaha

 tanpa jemu.

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Sentiasa menasihati dan memberi dorongan kepada pelajar-pelajarnya yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Cikgu Roha agar tidak berputus asa dan terus berusaha tanpa jemu.


16.Bersyukur Rosmah kerana dia telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2020.

Subjek : Rosmah

Predikat : bersyukur kerana dia telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2020.

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Rosmah bersyukur kerana dia telah berjaya mendapat tawaran untuk

Melanjutkan pelajaran ke menara gading setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2020.


17.Setelah mengkaji novel Silir Daksina, Amyra telah memperoleh banyak nilai murni melalui perwatakan watak utamanya Haiqal.

Subjek : Amyra

Predikat : telah memperoleh banyak nilai murni melalui perwatakan watak utamanya Haiqal setelah mengkaji novel Silir Daksina

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Telah memperoleh banyak nilai murni melalui perwatakan watak utamanya Haiqal Amyra setelah mengkaji novel Silir Daksina.


18. Kenaikan harga barangan asas seperti minyak masak telah menyebabkan pengguna berasa terbeban berikutan perbelanjaan harian yang semakin meningkat sedangkan punca pendapatan mereka berkurang.

Subjek : Kenaikan harga barangan asas seperti minyak masak

Predikat : telah menyebabkan pengguna berasa terbeban berikutan perbelanjaan harian yang semakin meningkat sedangkan punca pendapatan mereka berkurang.

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Telah menyebabkan pengguna berasa terbeban berikutan perbelanjaan harian yang semakin meningkat sedangkan punca pendapatan mereka berkurang kenaikan harga barangan asas seperti minyak masak.


19.Setelah Patih Gajah Mada mendengar kata-kata bendahara, berasa terlalu sukacita baginda lalu menjamu rakyat jelata dengan makanan dan minuman yang lazat-lazat.

Subjek : Baginda

Predikat : berasa terlalu sukacita lalu menjamu rakyat jelata dengan makanan dan minuman

 Yang lazat-lazat setelah Patih Gajah Mada mendengar kata-kata bendahara

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Baginda berasa terlalu sukacita lalu menjamu rakyat jelata dengan makanan dan minuman yang lazat-lazat setelah Patih Gajah Mada mendengar kata-kata bendahara.


20.Perlu sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran golongan belia bagi memastikan mereka kekal fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran buruh.

Subjek : Golongan belia

Predikat : perlu sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan mereka kekal fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran buruh.

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Golongan belia perlu sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran bagi memastikan mereka kekal fleksibel dan dapat menyesuaikan diri dengan keperluan pasaran buruh.


21.Kesan pandemik Covid-19 yang melanda negara, perniagaan dalam talian telah menjadi penyelamat perniagaan di negara kita apabila banyak perniagaan menggunakan media social sebagai alat pemasaran.

 

Subjek : Perniagaan dalam talian

Predikat : telah menjadi penyelamat perniagaan di negara kita apabila banyak perniagaan menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran kesan pandemik Covid-19 yang melanda negara

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Telah menjadi penyelamat perniagaan di negara kita apabila banyak perniagaan menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran perniagaan dalam talian kesan pandemik Covid-19 yang melanda negara.


22. Merupakan resepi utama bagi menarik lebih banak pelancong dan pelabur asing ke Malaysia kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil dan keselamatan yang stabil.

Subjek : Kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil dan keselamatan yang stabil

Predikat : merupakan resepi utama bagi menarik lebih banak pelancong dan pelabur asing ke Malaysia

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil dan keselamatan yang stabil merupakan resepi utama bagi menarik lebih banyak pelancong dan pelabur asing ke Malaysia.


23.Pemain bola sepak terkenal di dunia Christiano Ronaldo telah mengelecek bola dan mengelirukan penjaga gol pasukan lawan lalu berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya.

Subjek : Pemain bola sepak terkenal di dunia Christiano Ronaldo

Predikat : telah mengelecek bola dan mengelirukan penjaga gol pasukan lawan lalu Berjaya

Menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Telah mengelecek bola dan mengelirukan penjaga gol pasukan lawan lalu berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya pemain bola sepak terkenal di dunia Christiano Ronaldo.

24.Kes-kes penerokaan dan pencerobohan hutan secara haram tetap berlaku meskipun usahausaha menjaga dan memulihara hutan giat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.


Subjek : Kes-kes penerokaan dan pencerobohan hutan secara haram

Predikat : tetap berlaku meskipun usaha-usaha menjaga dan memulihara hutan giat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Tetap berlaku meskipun usaha-usaha menjaga dan memulihara hutan giat dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab kes-kes penerokaan dan pencerobohan hutan secara haram.

25. Teknologi hijau merupakan usaha mengurangkan kesan buruk pembebasan gas rumah hijau yang akan menyebabkan penipisan lapisan ozon dan fenomena perubahan cuaca serta bencana alam.

Subjek : Teknologi hijau

Predikat : merupakan usaha mengurangkan kesan buruk pembebasan gas rumah hijau yang akan menyebabkan penipisan lapisan ozon dan fenomena perubahan cuaca serta bencana alam

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Merupakan usaha mengurangkan kesan buruk pembebasan gas rumah hijau yang akan menyebabkan penipisan lapisan ozon dan fenomena perubahan cuaca serta bencana alam teknologi hijau.


26.Langkah kerajaan mengadakan acara tahunan peringkat kebangsaan seperti Festival Kuala Lumpur merupakan satu usaha ke arah melestarikan warisan budaya negara.

Subjek : Langkah kerajaan mengadakan acara tahunan peringkat kebangsaan seperti Festival

 Kuala Lumpur

Predikat : merupakan satu usaha ke arah melestarikan warisan budaya negara.

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Merupakan satu usaha ke arah melestarikan warisan budaya negara langkah kerajaan mengadakan acara tahunan peringkat kebangsaan seperti Festival Kuala Lumpur.


27.Penggunaan bahasa ringkas dan bahasa rojak tanpa sekatan mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar dan tidak mengendahkan penggunaan tatabahasa yang betul.

Subjek : Penggunaan bahasa ringkas dan bahasa rojak tanpa sekatan

Predikat : mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar dan tidak

Mengendahkan penggunaan tatabahasa yang betul

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar dan tidak mengendahkan penggunaan tatabahasa yang betul penggunaan bahasa ringkas dan bahasa rojak tanpa sekatan.


28.Berusaha untuk memerkasakan pendidikan di negara kita Kementerian Pendidikan Malaysia kerana pendidikanlah yang kana menentukan hala tuju sesebuah negara.

Subjek : Kementerian Pendidikan Malaysia

Predikat : berusaha untuk memerkasakan pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang kana menentukan hala tuju sesebuah negara

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha untuk memerkasakan Pendidikan di negara kita kerana pendidikanlah yang kana menentukan hala tuju sesebuah negara.


29.Menggalakkan lebih ramai remaja supaya menyertai sukan boling Kementerian Belia dan Sukan bagi membuka peluang kepada mereka untuk mewakili negara dalam sukan tersebut.

Subjek : Kementerian Belia dan Sukan

Predikat : menggalakkan lebih ramai remaja supaya menyertai sukan boling bagi membuka

 Peluang kepada mereka untuk mewakili negara dalam sukan tersebut.

Jenis ayat : Ayat susunan songsang

Ayat Susunan Biasa: Kementerian Belia dan Sukan menggalakkan lebih ramai remaja supaya  menyertai sukan boling bagi membuka peluang kepada mereka untuk mewakili negara dalam sukan tersebut.


30.Orang ramai perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kesihatan tambahan dan bukan terpengaruh dengan produk makanan tersebut yang terdapat di pasaran secara berleluasa.

Subjek : Orang ramai

Predikat : perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kesihatan tambahan dan bukan terpengaruh dengan produk makanan tersebut yang terdapat di pasaran secara berleluasa

Jenis ayat : Ayat susunan biasa

Ayat Susunan Songsang: Perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kesihatan tambahan dan bukan terpengaruh dengan produk makanan tersebut yang terdapat di pasaran secara berleluasa orang ramai.

 
















Tiada ulasan: