HALAMAN 2

Ahad, 24 Ogos 2014

MODEL SOALAN RAMALAN NOVEL SPM - WATAK DAN PERWATAKAN




CABARAN YANG DIHADAPI OLEH WATAK UTAMA


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama. (7 markah)

Skema Jawapan :
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN LIMA


ISI:
1.  cabaran berpisah dengan ahli keluarga
2.  cabaran menghadapi kehilangan orang yang tersayang
3.  cabaran hidup seorang diri di negara asing
4.  cabaran putus tunang

contoh esei.

      Novel yang saya pelajari ialah novel Kabus Di Perbukitan.  Watak utama novel ini ialah Faridah.  Faridah menghadapi pelbagai cabaran dalam novel ini tetapi beliau berjaya mengatasinya.

       Antara cabaran yang dihadapi oleh watak utama ini ialah Cabaran berpisah dengan ahli keluarga.  Contohnya melalui peristiwa setelah ibu bapanya bercerai, Faridah terpaksa berpisah dengan adik kembarnya Rahayu. Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala Rahayu mengikut ayahnya dan ibu tirinya, Hamidah.

        Selain itu Faridah juga menghadapi cabaran kesedihan akibat  kehilangan orang tersayang.  Ini jelas dilihat melalui peristiwa Faridah kehilangan adik kembarnya, Rahayu akibat penyakit kanser, selang beberapa tahun dia kehilangan ibunya akibat terlalu merindui arwah Rahayu. Akhirnya, suaminya Ghazali turut meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan.

        Seterusnya, Faridah menghadapi cabaran hidup seorang diri di bumi asing.  Contohnya setelah kematian Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali, Faridah meneruskan hidup bersendirian. Selepas itu, dia membawa diri ke New Zealand kerana mengikuti Kursus ‘Comunitty Services for Disable People’ selama enam bulan. Faridah terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

        Akhir seklai ialah beliau menghadapi cabaran putus tunang. Contohnya, Faridah terpaksa menerima hakikat, Azman telah memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebab. Hasrat Faridah untuk bertemu dengan Azman bagi mendapatkan penjelasan tidak kesampaian kerana dia ditimpa kemalangan.


        Demikianlah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh watak utama novel Kabus Di Perbukitan.


NOVEL MELUNAS RINDU TINGKATAN EMPAT:


Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama. (7 markah)

ISI:
1.   cabaran sebagai saudara baru
2.   Cabaran mencari ibu kandungnya
3.   Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.
4.   Cabaran berpisah dengan orang tersayang
5.   Cabaran dalam kerjaya

Contoh Jawapan esei:


       Novel yang saya pelajari ialah novel Melunas Rindu.  Watak utama novel ini ialah Faridah.  Faridah menghadapi pelbagai cabaran dalam novel ini tetapi beliau berjaya mengatasinya.

       Antara cabaran yang dihadapi oleh watak utama ini ialah Cabaran sebagai saudara baru.  Ini jelas dibuktikan melalui diri Fuad, sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.

       Selain itu, watak utama iaitu Fuad juga menghadapi cabaran mencari ibu kandungnya.  Contohnya, Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

           Tambahan pula, cabaran menghadapi kebencian ibu angkat, turut dihadapi oleh watak utama ini.  Contohnya, Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

       Seterusnya Fuad juga menghadapi  cabaran berpisah dengan orang tersayang.  Contohnya melalui peristiwa Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.

       Akhir sekali ialah menghadapi cabaran dalam kerjaya.  Ini jelas dibuktikan melalui peristiwa Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang ‘Program mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.


        Demikianlah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh watak utama dalam novel Melunas Rindu.  


SOALAN DUA NOVEL(PERBANDINGAN)

Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama dalam novel tersebut. (8 markah)

        Dua novel yang telah saya pelajari ialah novel Melunas Rindu dan novel Kabus Di Perbukitan.  Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Fuad dan watak utama dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah Faridah,

          Cabaran yang dihadapi oleh kedua-dua watak tersebut ialah cabaran berpisah dengan orang yang disayangi.  Contohnya dalam novel Melunas Rindu Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan Faridah terpaksa berpisah dengan adik kembarnya Rahayu setelah ibu bapanya bercerai, Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala Rahayu mengikut ayahnya dan ibu tirinya, Hamidah.

        Selain itu, dalam novel Melunas Rindu, Fuad juga menghadapi cabaran kebencian ibu angkat, Contohnya, Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.  Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah menghadapi cabaran putus tunang. Contohnya, Faridah terpaksa menerima hakikat, Azman telah memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebab. Hasrat Faridah untuk bertemu dengan Azman bagi mendapatkan penjelasan tidak kesampaian kerana dia ditimpa kemalangan.




     

Tiada ulasan: