Model
contoh karangan ulasan
Kempen
Cara Hidup Sihat akan diadakan pada 17 Mei 2014 bermula pukul 7.00 pagi hingga
5.00 petang. Program anjuran Taman Saujana Utama ini akan diadakan
di Dewan Orang Ramai Taman Saujana. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan
gigi, derma darah, demonstrasi CPR,
ceramah dan pameran kesihatan. Kempen
seumpama ini penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya bersenam
dan menjaga pemakanan supaya sentiasa sihat kerana kesihatan amat berharga
daripada kekayaan dan wang ringgit.
Bersenam contohnya dapat mengeluarkan peluh. Hindari
makanan yang tinggi kandungan lemak, gula dan garam untuk mengekalkan kesihatan
dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung
dan kencing manis. Justeru semua
masyarakat perlu menyokong kempen cara hidup sihat.
(100 patah perkataan)
8 ulasan:
ayat yang amat bagus. terbaiklah!!!!!!!! :)
BAGUS BRO
Hebat
Bukan ke penggunaan "justeru" sebagai perkataan pertama dlm ayat itu salah?
Ayat yang baik
Hebat
Assalamualaikum Cikgu. Mohon izin untuk saya menggunakan ulasan ini dalam PdPC saya. Terima kasih.
Boghh
Catat Ulasan