SENARAI PERIBAHASA
(PERUMPAMAAN DAN PEPATAH) YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS 
TINGKATAN 1 - 3
TINGKATAN 1 - 3
| 
BIL | 
PERUMPAMAAN/ 
PEPATAH | 
MAKNA | 
| 
1 | 
Air beriak
  tanda tak dalam | 
Banyak
  bercakap tanda tiada berilmu. | 
| 
2 | 
Alang-alang  berminyak biar licin | 
Berbuat
  sesuatu jangan kepalang tanggung. | 
| 
3 | 
Alang-alang
  menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan | 
Kalau sudah
  terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. | 
| 
4 | 
Ayam di kepuk
  mati kelaparan, itik di air mati kehausan | 
Sangat
  menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
  orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. | 
| 
5 | 
Bagai air
  mencari jenisnya | 
Berusaha untuk
  mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih
  payah. | 
| 
6 | 
Bagai ayam disambar
  helang | 
Mati tanpa
  sakit. | 
| 
7 | 
Bagai cendawan
  tumbuh selepas hujan | 
Terlalu banyak
  pada sesuatu masa. | 
| 
8 | 
Bagai cincin
  dengan permata | 
Pasangan
  pengantin yang sepadan. 
Contoh ayat:
  Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata. | 
| 
9 | 
Bagai kerakap
  tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu | 
Hidup dalam
  kemelaratan. 
Kerakap
  sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang. | 
| 
10 | 
Bagai
  layang-layang putus tali | 
Tiada
  berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja. | 
| 
11 | 
Bagai menatang
  minyak yang penuh | 
Memelihara
  anak dengan penuh kasih sayang. | 
| 
12 | 
Bagai minyak
  dengan air | 
Orang baik
  kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat. | 
| 
13 | 
Bagai murai
  dicabut ekor | 
Orang yang
  suka  bercakap. 
Perempuan yang
  suka bercakap banyak. 
Contoh ayat:
  Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di- 
cabut ekor. | 
| 
14 | 
Bagai pucuk
  dilancarkan | 
Amat cepat. | 
| 
15 | 
Bagaimana
  acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya | 
Perangai anak
  biasanya mengikut orang yang mengasuhnya. | 
| 
16 | 
Baik membawa
  resmi padi daripada resmi lalang | 
Tidak sombong;
  rendah diri. | 
| 
17 | 
Belayar sambil
  memapan, merapat sambil belayar | 
Sesekali
  melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. | 
| 
18 | 
Belum duduk
  sudah berlunjur | 
Belum
  memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih
  dulu. | 
| 
19 | 
Berat mata
  memandang berat lagi bahu memikul | 
Betapa berat
  kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan
  itu pada orang yang menanggungnya. | 
| 
20 | 
Berjagung-jagung
  dahulu sementara padi masak | 
Sementara
  menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah. | 
| 
21 | 
Biar jatuh
  terletak, jangan jatuh terhempas | 
Lebih baik
  menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat. | 
| 
22 | 
Biar mati anak
  jangan mati adat | 
Adat yang
  tidak boleh dilanggar. | 
| 
23 | 
Biar putih
  tulang jangan putih mata | 
Lebih baik
  mati daripada menanggung malu. | 
| 
24 | 
Carik-carik
  bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga | 
Perselisihan
  faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan
  berbaik semula. | 
| 
25 | 
Diam-diam ubi
  berisi; diam-diam besi berkarat | 
Orang berilmu
  yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu. | 
| 
26 | 
Diibaratkan
  sebagai condong ditumpil, lemah dianduh | 
Memberi
  pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan. | 
| 
27 | 
Dimana ada
  kemahuan, disitu ada jalan | 
Seseorang yang
  bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya. | 
| 
28 | 
Genggam bara
  api biar sampai jadi arang | 
Membuat
  sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. | 
| 
29 | 
Harimau mati
  meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama | 
Orang baik
  meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. 
Setiap manusia
  akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya. | 
| 
30 | 
Hendak belajar
  berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai | 
Hendak
  mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang
  sesuatu perkara itu. | 
| 
31 | 
Hendak seribu
  daya tak hendak seribu dalih | 
Setiap yang
  berkemahuan, tentu ada jalan. | 
| 
32 | 
Ibarat burung,
  mata terlepas badan terkurung | 
Tidak ada
  kebebasan atau kemerdekaan. 
Contoh ayat:
  Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan
  terkurung. | 
| 
33 | 
Jika ada
  kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau | 
Kepandaian
  hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang
  begitu sahaja. | 
| 
34 | 
Kalau tak
  berada-ada tak akan tempua bersarang rendah | 
Tentu ada
  sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian
  meninggalkan kesan. | 
| 
35 | 
Kalau tiada
  rotan akar pun berguna | 
Sesuatu
  perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
  yang ada. | 
| 
36 | 
Kalau tidak
  dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya | 
Kita tidak
  akan mendapat hasil jika tidak berusaha. | 
| 
37 | 
Kalau tidak
  kerana angin tidak akan pokok bergoyang | 
Kalau terjadi
  sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. | 
| 
38 | 
Perempuan
  serasan, lelaki pemalu | 
Pegangan hidup
  yang tidak serupa. | 
| 
39 | 
Sebagai
  gembala diberi keris | 
Orang yang
  mendapat sesuatu yang tidak berguna. | 
| 
40 | 
Sekali membuka
  pura, dua tiga hilang berbayar | 
Sekali
  melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. | 
| 
41 | 
Semacam besar
  pacak daripada tiang | 
Belanja lebih
  besar daripada pendapatan. | 
| 
42 | 
Seperti air
  dalam dulang | 
Negeri yang aman
  sentosa. | 
| 
43 | 
Seperti api di
  dalam sekam | 
Kejahatan yang
  dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari | 
| 
44 | 
Seperti aur
  dengan tebing | 
Dua orang yang
  berkawan rapat dan saling membantu 
Contoh ayat :
  Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan
  tebing. | 
| 
45 | 
Seperti aur
  ditarik songsang | 
Pekerjaan atau
  perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan. | 
| 
46 | 
Seperti embun
  dihujung rumput | 
Tidak kekal | 
| 
47 | 
Seperti
  harimau menyembunyikan kukunya | 
Orang yang
  menyembunyikan kelebihannya. | 
| 
48 | 
Seperti hujan
  jatuh ke pasir | 
Nasihat yang
  tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia. 
Contoh ayat:
  Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir
  kerana kedegilannya. | 
| 
49 | 
Seperti lintah
  menghisap darah | 
Meletakkan
  faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut. | 
| 
50 | 
Seperti lipas
  kudung | 
Selalu
  bergerak dengan cepat. | 
| 
51 | 
Ular menyusur
  akar tidak akan hilang bisanya | 
Orang besar
  yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. 
Contoh ayat :
  Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular
  menyusur akal takkan hilang bisanya. | 
| 
52 | 
Yang dikejar
  tak dapat yang dikendong berciciran | 
Terlalu tamak
  untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah
  dimiliki. | 
 
14 ulasan:
assalam cikgu saya rabiatul kelas 1 dahlia.. cikgu ni salin ke?? kat buku mana???
assalamualaikum Rabiatun
Latihan peribahasa tak perlu buat
buat latihan di link ini
http://cikguchom.blogspot.com/2015/04/tugasan-novel-sejambak-bakti-tingkatan.html
saya suka blog ni.. ia penuh dgn peribahasa..
Assalamualaikum cikgu. saya ingin mengambil ilmu yg ada pada blog cikgu ye.untuk rujukan saya.terima kasih dan halalkan ye :)
Assalamualaikum,
saya mengambil bahan ilmu dalam blog cikgu untuk bahan rujukan saya, mdh2an usaha puan ini sentiasa dilimpahi rahmat,Terima kasih dan halalkan.
Pn. fatimah
Assalamualaikum cikgu...saya mohon share senarai peribahasa cikgu utk rujukan. Mudah-mudahan dihalalkan dan saya doakan semoga usaha cikgu mendapat ganjaran kebaikan daripada Allah S.W.T.
Ada tingkatan satu sahaja tak?
Assalamualaikum cikgu saya suka peribahasa ini tetapi tiada banyak peribahasa
terima kasih cikgu . Mohon keizinan untuk berkongsi ilmu yang ada dalam blog cikgu.
Terima kasih cg,mohon share
Terima kasih,cikgu. Terbaiklah peribahasa ni
Assalamualaikum. terima kasih perkongsian ini. Mohon izin untuk digunakan bersama anak pelajar. Semoga tuan/puan dirahmati Allah.
Cikgu sya nk minta izin ingin salin semua peribahasa di sini
Terima kasih cikgu
Catat Ulasan