HALAMAN 2

Khamis, 27 Ogos 2015

karangan 29 - Faedah-faedah program motivasi kepada diri pelajar


Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasI.
Bahagian B.

Soalan no.1:


Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut.

Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

CADANGAN JAWAPAN:


Pendahuluan

saya telah berpeluang mengikuti program motivasi anjuran pihak sekolah - diadakan di tapak perkhemahan air terjun yang terkenal di tempat saya - program motivasi ini diadakan selama tiga hari dua malam -bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan motivasi - pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program motivasi - ceramah, aktiviti berkumpulan. dan aktiviti lasak

Isi-isi Penting

(a) saya mendapat semangat baharu dan motivasi untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
- mendapat suntikan semangat daripada pakar motivasi tersohor tanah air - turut menekankan
aspek kaedah belajar yang berkesan - memperoleh ilmu baharu yang amat berguna untuk diaplikasikan
dalam persediaan menghadapi peperiksaan

(b) saya berpeluang berkenalan dengan pelajar dari kelas lain - dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran dengan mereka - melalui perbincangan dan aktiviti berkumpulan - memperoleh pengetahuan dan pengalaman baharu yang tentunya berbeza sedikit daripada apa-apa yang diperoleh di kelas

(c) saya berpeluang merasai suasana dan persekitaran pembelajaran yang berbeza daripada yang dialami
di sekolah pada setiap hari - beJajar di dalam kelas dengan suasana dan situasi yang sama mengundang rasa bosan - sesekali belajar dalam situasi yang berbeza  pastinya menarik dan menyeronokkan
- seterusnya mampu menimbulkan minat dan tumpuan para pelajar

(d) saya memperoleh pelbagai sumber atau informasi tentang peluang yang disediakan untuk pelajar lepasan SPM - melalui program motivasi yang saya sertai. penceramah menyampaikan pelbagai informasi tentang pelbagai peluang yang disediakan oleh institusi pendidikan dan kemahiran kepada pelajar selepas tamat peperiksaan SPM

(e) saya dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal
- program motivasi tersebut turut menyelitkan pelbagai aktiviti lasak yang dapat melatih saya daripada aspek ketahanan mental dnn fizikal -tubuh badan yang sihat .dapat membantu pelajar menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas - badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas - jika fizikal pelajar kurang mantap dan kurang cergas, pelajar akan mengantuk dan mudah letih

Penutup

pengalaman menyertai program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah amat bermanfaat -pelbagai pengetahuan dan ilmu baharu diperoleh - jika pelajar berpeluang untuk mengikuti program motivasi. rebutlah peluang keemasan tersebut - masa itu emas dan jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

















Rabu, 26 Ogos 2015

Karangan 28 - Peranan Program Motivasi dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar

Program motivasi yang dianjurkan oleh pelbagai pihak bertujuan untuk membantu kecemerlangan pelajar dari pelbagai aspek. Huraikan kelebihan program tersebut kepada pelajar.

Rangka karangan
Pendahuluan
-        pelbagai program motivasi dianjurkan oleh pelbagai pihak untuk kecemerlangan akademik dan sahsiah
Isi-isi Penting
i.                 melatih pelajar dari aspek ketahanan diri dan bersikap yakin diri
ii.                murid didedahkan tentang teknik belajar dan teknik menjawab soalan
iii.               teknik mengurus masa secara bijaksana
iv.              mencungkil potensi pelajar  melalui aktiviti berkumpulan
v.               menekankan nilai keagamaan dan kerohanian
Penutup
-        program motivasi merupakan medan terbaik untuk mendisiplinkan diri dan menjadi insan yang cemerlang

Contoh  Karangan
Program motivasi yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak adalah untuk manfaat pelajar. Perkara ini turut diuar-uarkan menerusi media massa untuk kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan awam. Program motivasi seperti Kem Bina Minda Cemerlang, Kem Motivasi Cuti Sekolah, Summer Camp Anak Soleh dan sebagainya menjadi mangkin kecemerlangan pelajar. Dengan menyertai program motivasi itu, pelajar bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam akademik tetapi juga kecemerlangan dalam sahsiah. Oleh sebab itu, terdapat pelbagai perkara yang menyebabkan program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan swasta itu dapat  membantu kecemerlangan pelajar. 
Program motivasi itu melatih pelajar dari aspek ketahanan dan sikap yakin diri. Hal ini dikatakan demikian kerana selepas mengikuti program itu, para pelajar mampu menghadapi cabaran dalam pelajaran dan dalam kehidupan. Sebagai contohnya, dalam program motivasi itu para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan  fizikal dan keyakinan diri para pelajar. Pengalaman dan pendedahan itu membolehkan para pelajar bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang pastinya akan dihadapi oleh setiap orang. Jadi, perkara ini membuktikan bahawa program motivasi berupaya untuk meningkatkan daya tahan pelajar untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Selain itu, dalam program motivasi itu juga, para pelajar didedahkan tentang teknik belajar dan teknik menjawab soalan yang betul. Penganjur program kebiasaannya akan menyediakan pakar-pakar yang mahir dalam kemahiran belajar, ibarat jauhari yang mengenal manikam. Melalui cara itu, para pelajar akan menggunakan pengetahuan mereka untuk belajar secara berkesan selepas menamatkan program tersebut. Di samping itu, para pelajar dapat mengetahui teknik untuk menjawab soalan seperti yang dikehendaki oleh pemeriksa dalam peperiksaan. Jelaslah bahawa program ini memberikan kebaikan yang banyak kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
Melalui program motivasi ini, para pelajar diperkenalkan tentang teknik mengurus masa yang berkesan.  Perkara itu dapat membantu pelajar mengurus masa dengan bijaksana dan berkesan. Jadi, aktiviti seharian pelajar dapat dijalankan secara teratur kerana masa mereka terisi dengan perkara yang sesuai dan berfaedah. Sebagai contohnya, program seperti itu membantu pelajar membuat perancangan aktiviti harian, mingguan dan bulanan yang berkesan untuk manfaat pelajar. Hal ini memang membuktikan bahawa program tersebut berupaya untuk menjadikan pelajar itu bijak mengurus masa kerana masa itu emas.
Program motivasi yang dijalankan itu turut mencungkil potensi pelajar dalam pelbagai bidang. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti berkumpulan yang dimasukkan sebagai pengisian program yang penting. Melalui aktiviti tersebut, pelajar akan sedar akan potensi diri sendiri yang selama ini terpendam kerana tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Di samping itu, program seperti itu dapat membantu murid agar sentiasa bersikap dan berfikiran positif dalam apa-apa aktiviti yang dilakukan. Potensi diri yang terpendam itu pula dapat digilap dan dibimbing ke arah yang lebih baik demi kemajuan diri pelajar dalam segenap bidang.
Tidak ketinggalan juga, program motivasi turut menekankan nilai keagamaan dalam diri pelajar. Para pelajar akan sedar akan tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara, dan agama. Pihak penganjur program biasanya akan menyediakan pakar motivasi dalam bidang agama untuk membimbing pelajar ke arah penghayatan terhadap agama yang sebenar. Pakar-pakar itu akan menekankan aspek pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab setiap insan terhadap pencipta-Nya. Secara tidak langsung, perkara ini akan membentuk sahsiah dan memantapkan aspek kerohanian yang cemerlang dalam kalangan pelajar yang menyertai program itu.


Sebagai kesimpulannya, program motivasi merupakan medan yang terbaik untuk setiap pelajar mendisiplinkan diri dan menjadi insan yang cemerlang. Oleh sebab itu, ibu bapa perlulah menghantar anak mereka untuk menyertai program motivasi yang sesuai untuk anak-anak mereka. Jangan biarkan masa anak-anak terbiar dan tidak diisi dengan aktiviti yang tidak berfaedah semasa cuti sekolah yang panjang. Jadi,  ibu bapa harus memberikan galakan dan menyokong usaha pelbagai pihak yang menganjurkan program itu untuk kebaikan anak-anak mereka. Dengan cara itu, kita berharap agar para pelajar ini akan menjadi orang yang cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka.







Khamis, 20 Ogos 2015

Nota Sajak Gelanggang


Gelanggang

(Onn Malini)

TEMA:
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.



MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama

Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.



Rangkap kedua

Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.



Rangkap ketiga

Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.



Rangkap keempat

Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.



Rangkap kelima

Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.



PERSOALAN


Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.



Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



BENTUK SAJAK


Terdiri daripada lima rangkap
Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abccd
Rangkap kedua : abcdefgh
Rangkap ketiga : abcadef
Rangkap keempat : ab
Rangkap kelima : abcde


GAYA BAHASA


anafora
Contoh :

kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat


hiperbola
Contoh :

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata



inversi
Contoh :

jangan sekali bermain apikelak membinasakan diri sendiri
kita pelihara gelanggang inidengan kejap sepenuh hati
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah


personifikasi
Contoh :

demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini


kata ganda
Contoh :

yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
suara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh


NILAI


Nilai keberanian
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.



Nilai perpaduan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Nilai tanggungjawab
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



PENGAJARAN


Kita mestilah bersatu padu
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Kita mestilah berani bertindak
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani  berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.

Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.










Nota Sjak Aku Membaca Lagi



MAKSUD
RANGKAP PERTAMA
• Penyajak memandang ke
langit memerhati keadaan
langit.Dengan perasaan
penuh kusyukuran, dia
mengh...


Aku Membaca Lagi

(Razali Mohd Yussof)

TEMA


Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.



MAKSUD SETIAP RANGKAP


Rangkap pertama

Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.



Rangkap kedua

Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.



Rangkap ketiga

Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.



Rangkap keempat

Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.



Rangkap kelima

Penyajak meluahkan  kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.



PERSOALAN


Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.



Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang
Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.



Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.



BENTUK SAJAK


Terdiri daripada lima rangkap
Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abcde
Rangkap kedua : abcd
Rangkap ketiga : abcdefg
Rangkap keempat : abcd
Rangkap kelima : abcd


GAYA BAHASA


sinkof
Contoh :

- Ku selusuri alam

- menekuni kebesaran-Mu

- mewarnai kehidupan umat-Mu

- di lantai tanah airku yang makmur

- kutemui

- membasahi Bahasa Melayuku



personifikasi
Contoh :

desiran ombak dan wajah pelangi
dahan dan ranting terkulai
bulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsa
menetes air mata langit
membasahi Bahasa Melayuku  yang berdarah


repitisi
Contoh :

helai demi helai


kata ganda
Contoh :

pohon-pohonkian rapuh
daun-daunberguguran




NILAI


Nilai kesyukuran
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.



Nilai cinta akan bahasa
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.



Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.



PENGAJARAN


Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.



Kita mestilah cinta akan bahasa.
Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.



Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


















NOTA SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY




WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY

(Abdul Ghafar Ibrahim)



TEMA


Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.



MAKSUD SETIAP RANGKAP


Rangkap pertama

Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.



Rangkap kedua

Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.



Rangkap ketiga

Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.



Rangkap keempat

Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.



Rangkap kelima

Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.



Rangkap keenam

Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.



Rangkap ketujuh

Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.



Rangkap kelapan

Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.



PERSOALAN


Kepentingan merancang kehidupan
Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.



Kegigihan untuk menyelesaikan masalah
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.



Cara menjalani hidup dengan bermanfaat
Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.



BENTUK SAJAK


Terdiri daripada lapan rangkap
Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abac
Rangkap kedua : abac
Rangkap ketiga : abb
Rangkap keempat : abc
Rangkap kelima : abcde
Rangkap keenam : abcbc
Rangkap ketujuh : abcdefe
Rangkap kelapan : abcdefghbh


GAYA BAHASA


sinkof
Contoh :

untuk ku merdekakan warga fikirku
yang tak diduga klimaksnya
Elakkan dirimu menjadi sia-sia


hiperbola
Contoh :

hidup menentang senja dan malam
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan


personifikasi
Contoh :

ombak gelora menampar pantai aman
oleh kata yang mengekang
oleh kata yang menyerang
bagai siang memanggil malam


repitisi
Contoh :

menghayati skrip demi skrip
peristiwa datang peristiwa pergi


anafora
Contoh :

akuberlatih menangkis angin
akuberlatih memunggah awan


responsi
Contoh :

aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan


simile
Contoh :

bagaisiang memanggil malam


metafora
Contoh :

Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
Dalam parlimen diriku
untuk ku merdekakan warga fikirku
Dalam laut diriku
Dalam gergasi diriku
Dalam pentas diriku
Dalam dewan diriku
ke rumah cabaranku
Kini, kapal diriku telah berlabuh
di pangkalan usia


kata ganda
Contoh :

Elakkan dirimu menjadi sia-sia




NILAI


Nilai rasional
Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.



Nilai kegigihan
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.



Nilai keinsafan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.



PENGAJARAN


Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan
Contoh : Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.



Kita mestilah memiliki pendirian
Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.



Kita mestilah sentiasa melakukan muhasabah diri
Contoh : Penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.


















Nota Sajak Sang Gembala Kuda



Sang Gembala Kuda
Mohd Hashim Othman



MAKSUD
Rangkap
Maksud

1
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang

2
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk memburu kuda lain.

3
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.

4
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan.


TEMA

Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat  sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.



PERSOALAN

Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
Persoalan kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan


BENTUK

1.    Bentuk bebas

        2. Jumlah rangkap - 4 rangkap

Rangkap 1 - 5 baris ayat
Rangkap 2 -5 baris ayat
Rangkap 3 - 11 baris ayat
Rangkap 4 - 8 baris ayat
3.  Jumlah suku kata dalam baris

Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata.

.    Rima akhir setiap rangkap

Rangkap 1 – abcdd
Rangkap 2 – abcab
Rangkap 3 – aabcccadecc
Rangkap 4 – abaabacd
GAYA BAHASA

Aliterasi – perulangan konsonan’n’
                         Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan

Asonansi – perulangan vokal ’a’
       Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda

         -Metafora

       Contohnya : cemati keberanian,rimba perburuan,paya penindasan

Hiperbola
       Contohnya rembatan angkuhnya memacu takut.

-Imejan

Contohnya


 NILAI

keberanian
kesetiaan
harga diri
PENGAJARAN 

Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.
Kita hendaklah setia dengan pemerintah atau ketua.
Kita hendaklah berjuang demi kebenaran.
Kita hendaklah memastikan kebajikan orang bawahan.









Nota Puisi Tradisional (Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )



Puisi Tradisional
(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )
MAKSUD
RANGKAP
MAKSUD
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.     
Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.     
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.
  

     TEMA      

Nasihat memelihara anggota diri.

Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN
Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan
Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
Persoalan pentingnya memelihara pendengaran 
Persoalan semangat penting dalam kehidupan


BENTUK
Mempunyai 7 rangkap.

Setiap rangkap mengandungi 2 baris
            Contohnya : Apabila terpelihara mata,
        Sedikitlah cita-cita

Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata


Rima akhir aa
            Contohnya : Apabila terpelihara lidah,
        Nescaya dapat daripadanya faedah

GAYA BAHASA
Kata ganda – cita-cita

Asonansi – pengulangan vokal a 
       Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     
Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g
            Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

NILAI
Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 
Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN
Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.